thePencil.org Ar RaiYan: Bandung Part 2

Friday, July 17, 2009

Bandung Part 2

Pagi yang cerah itu kami menaiki keretapi ke Bandung. Ambil seat executive dan seat executive tu lebih kurang sama dengan kelas 3 KTM kita. Cuma dapat air mineral dan roti. Saif yang mencadangkan supaya dapat melihat suasana kehidupan Indonesia. Ye betul dapat melihat kampung-kampung halaman mereka, sawah bendang yang bertingkat-tingkat (hairan), kebun- kebun sayur dan yang paling tiada pemandangan lagi seperti ini kat Malaysia ialah kerbau membajak sawah. Kakak Ibah pun tak pernah tengok kerbau rasanya. Kalau dia ada, mesti bising. hehe

Mencuba kenderaan tut2. Menakutkan, di tengah kesesakan. Mujur dekat ajeStesen keretapi Jakarta

Perjalan mengambil masa hampir 4 jam. Berenti banyak stesen juga. Aduh boring. Mujur ada buku n suratkhabar. Pemandangan sekeliling yang menghijau. Subhanallah. Rumah yang kecil-kecil. Menginsafkan.Tapi ini kali terakhir ya saya menaiki keretapi di Indonesia. Tujuannya sebab berlibur dan melihat suasana kehidupan mereka.

Sampai di Stesen Bandung. Gembira betul sebab dah sampai. Perut lapar giler sebab dah hampir jam 12 tengahari. Nampak Mck zaini mencari-cari kami. Lega katanya bila dah jumpa dengan kami. Risau katanya takut tak sampai.hehe. " Lepas makan nanti kita ke Palasari ya, mesti Saif jadi gila tengok buku kat sana. Mck rasa tanak masuk lab lah petang ni", kata Mck Zaini. muahaha. ponteng ye mck!
Deretan kedai buku di Jalan Palasari. Ini baru deretan hadapan, tak masuk jalan belakang lagi. huhu

Mck zaini merupakan kawan ummi (orang Perlis) yang kini menetap di Bandung mengikut Dr Rushami sebagai visited professor di ITB. Di samping itu beliau membuat sebatikal di ITB. Satu family pindah ke Bandung selama setahun. Hingga hujung tahun ini. Kami menaiki Trajetnye beserta supir ke Palasari. Wow, saya terpegun tengok buku-buku yang banyak sehingga terlupa nak snap gambar. Banyak betul kedai buku, berderet-deret. Semuanya buku. Takpernah jumpa tempat cenggini. dalam setiap kedai, bukunya sampai ke bumbung. Selesai deal dengan tokeh buku dan membeli belah buku di Palasari, bermula la adegan menuju F.O (factory outlet). FO pertama yang kami singgah ialah Donatello. Kedai kasut yang best dan memenuhi citarasa saya. Jika ke Bandung lagi, saya pasti akan ke sini lagi. Insyallah.

F.O Donatello di Jalan DagoKusyuk mencuba kasut.Saya tak perasan gambar ini di snap.
Rembat 2 pasang. Suitable for preggy mum like me. yang coklat tu terus pakai haritu juga. Lagi sepasangtu simpan pakai raya . Thanks abang, belanja beli kasut. Setakat harini, duit rupiah saya belum terusik, sebab guna kredit card. Jadi belum reti2 lagi guna rupiah selama 2 hari di Indonesia.huhu.

Lepastu singgah victoria outlet, dan beberapa FO lain yang agak sama (kedai baju) beli baju anak-anak n solat zuhr+asar. Hampir maghrib kami ke Bandar Baru Parahyangan, rumah Mck zaini. Kawasan Elit orang Bandung. Sebelum tu singgah membeli groceries di Toserba. Sini banyak shortform, toserba tu maksudnya toko serba. Pilpres-pemilihan presiden, melayat-melawat mayat. Ini antara beberapa perkataan yang saya dengar masa tengok berita kat TV diorang. Malam tu kekenyangan setelah puas menikmati masakan Malaysia dari umah Mck Zaini. burrp...alhamdulillah. Saipkan tenaga untuk bertempur esok (shopping).

Jom kita tinjau kawasan perumahan Mck zaini, setiap pintu masuk Tatar (taman/kwsan), ada satpam (pak guard). Bukan calang-calang orang boleh masuk. Perlu di soal dulu.
ini rumah mck zaini, saya suka design umahni, walaupun ada ciri2 individualistik, tamannya di dalam kawasan rumah yang didirikan pagar tinggi, memisahkan jiran sebelah. Bila berada dalam taman tersebut, boleh buka tudung dan bermain dengan bebas. pintu rumah yang menghadap taman terbuka setiap masa sampai ke malam. Sejuk udara Bandung ni, takyah pakai kipas. Angin dari taman (halaman rumah) pun dah cukup. Sebelah malam, anak-anak mck dok main badminton. hmmm...boleh buat BBQ family kat sini kan!
Jalan masuk ke rumah Mck Zaini

Rumah-rumah jirannya... English Style

7 comments:

Ummu Auni said...

saya pun suka tgk rumah area bandung ni. macam2 design...ala bestnya akak pergi kedai buku kat sana :((. saya nak pergi, tapi org lain nak shopping baju

.Nusaibah. said...

(30:42) =) Blog ni best.. Teruskan berkarya! Hayyakillah~

Najah Farahin said...

aini,
kalo aini pi Palasari. akak rasa aini takmo balik.hehe. sebab aini kaki buku mcm saif juga. akak ni dah lenguh pinggang tunggu saif baca buku.

nusaibah,
tq. nama awak mcm nama anak saya.hehe

Irfa said...

salam najah..
akhirnya kesampaian jugak hajat awak nak ke bandung yer..
seronoknya jalan2 smbil mencari peluang bisnes.harap2 dapat peluang baik disana

Ummu Auni said...

kak najah, nak pi bandung lain kali, ajak saya yer, hehehe. nak pi kedai buku :-p

Anonymous said...

jeles2! tak gi tangkuban perahu ke?

Anonymous said...

nak cr kasut cam najah gak! lawa :D

tp yg kak fiz x jumpa kedai t-shirt muslimah, nak cr kt area mana ye di Bandung tu?

-Kak Fiz-

 
blog template by suckmylolly.com