thePencil.org Ar RaiYan: dah lama

Wednesday, February 09, 2011

dah lama

salam...
adus...dah lama tak menulis.sampai nak tulis apap pun tatau. hari-hari sibuk aje.sampai lupa rupanya ada blog. sian blog ni.tuan dia dah lupakan dia.
banyak menda dalam kepala nak diluahkan,tapi bertangguh-tangguh,last2 jadi lupa...
mulanya cadang nak privatekan blog ni.supaya menulis dengan bebasnya.hehe. tp bila fikirkan.tak start tulis menda private pun lagi. nanti-nanti la privatekan...

KUL-BDG-CGK
sebenarnya, saya baru pulang dari indonesia, hampir 2 minggu jugakla. banyak yang saya ingin ceritakan selama 5 hari pengembaraan di sana.
ya, kalini saya meraSa menaiki semahal-mahal servis kenderaan sehingga semurah-murah servis kenderaan. merasa berjalan kaki, merasa kena tipu dan sebagainya. ini satu pengalaman yang sangat berharga buat saya.
selama 5 hari disana banyak mengajar saya erti hidup, setiap pagi saya berselisih dengan para-para ibu yang mungkin sebaya saya atau muda dari saya yang sedang mengendong anak dengan kain ikat tu kedua belah tangannya membawa nasi dan kuih untuk berjualan. entah berapa kilometer mereka berjalan setiap hari. jualan tu kadang-kadang habis kadangnya tidak. lantas saya teringatkan kauthar, bagaimana menjual nasi lemak sambil dukung kauthar ni,boleh tergeliat tangan ni.duh.menginsafkan.

dijakarta, kami banyak menaiki busway, satu sistem bas yang tersusun, punya jaluran jalan tersendiri, agak cepat dan selesa- sbb ada aircond. dibawah ini stesennya. naik bas, sambung2 tukar bas,hanya byr sekali saja sewaktu pergi.sekali sewaktu balik. staf2 nya sangat baik. mungkin ini sistem baru,jadi orang indonesia pun tak berapa reti jalan jaluran busway ni.apatah lagi kami orang asing

saya juga merasa naik bajai, adus... sudah2, sakit punggung n telinga, tp bajai ni pernah 2 kali tipu kami ambil dgn harga yang lebih. ala lebih pun 60-70 sen duit malaysia. sedekah sajalah. duhai hati.ikhlas kanlah niat mu
buat kali keduanya, sama juga pergi berdua dengan saif. dari lcct terus ke bandung. sampai jam 12 tenghari,terus ambil bluebird ke ITB-institut teknologi bandung untuk setelkan tujuan utama kami iaitu bertemu dengan supplier quran iaitu pak irfan.kami solat jamak zuh asr di surau ITB. nyaman n tenang.maklumla tempat student ipt. saya suka lihat mereka memakai skirt labuh. comel aje.kalo saya pakai tak jadi mcm tu pulak.tak tak cantek.huhuhu. sebelum solat, kami lepak sekejap kat bangku depn musolla.kami nampak tong-tong air kopi panas dan teh panas yang gratis=percuma. bagus bukan! banyaknya pahala sediakan air untuk orang-orang yg sedang menuntut ilmu ni. dan juga buat musafir seperti kami.hehe
 ini toko buku tazkia,pemiliknya adalah pak irfan,terletak di luar pagar ITB. toko dia kecik dan sempoi aje,tapi full of knowledge
 ini pak irfan... soft spoken dan jujur orangnya. PKS dong!!
 kami turut merasa berbangga apabila karya-karya pak latip talib juga turut diterjemahkan ke dalam bahasa indonesia.tahniah pak latip
adus....sudah letih menulis...nanti kita sambung lagi yaaaa....

4 comments:

Ummu Auni said...

akak skirt labuh cantik ada tak jual?

buku said...

Aini,
Ada beli byk helai.tp xdan nak jual,sedara mara sudah siap rembat.skirts kat kedai koop itb sangat cantik.harga student.akak beli skirt jeans n jubah ala2 kain jeans.jubah dah pakai,tp skirt tu aku tatau bila tahun aku nak pakai.heee

Irfa said...

najah..
ingat dulu penah citer konon nak jadi partner bisnes dr bandung.hanya tinggal impian :-)
sy gembira awak dah sukses sekarang

najah said...

irfa, rindu kat awak

 
blog template by suckmylolly.com