thePencil.org Ar RaiYan: assalamualaikum!

Saturday, June 25, 2011

assalamualaikum!

saya terlupa, rupanya saya ada blog. lama betul saya tak conteng kat sini. takde sape dah nak sudi masuk. sebab tak update. tengok, last saya update februari 4 bulan yang lalu

sekarangni saya bercuti. cuti dari memegang senduk dan mixer segala peralatan berkaitan kek. berehat sekejap dan memberi tumpuan pada anak serta kerja-kerja lain yang terbengkalai. oh ya, rumah kecil kami sudah start piling dan tambun tanah untuk kelihatan tinggi sedikit rumah tu. nanti saya ambil gambar. tapi kalo post gambar pun tak menarik sebab ada tanah n petak2 partition ajer nampak. tunggu naik dinding sket.

jadi kesempatan yang ada selama saya cuti ni sempatla juga nak membelek dan meminda pelan rumah, nak besarkan sket master bedroom dan dapur kek. ala...lebarkan 2-3 kaki ajer.yang lelain tu kekal seperti biasa. kami ni manala ada pengalaman buat umah. memula draf atas kertas tak nampak la bayangan, bila atas tanah, nampak le sikit. tu yang ada nak besarkan itu ini.

sebenarnya duit un tak cukup lagi, tapi dediam jer, sbb kalo kontraktor tau, jenus dia tak buat umah aku.hihi. insyallah.. doakan agar hujung tahun ni segelanya cukup terkumpul. ameen. rumah tu pun dijangka siap pada penghujung disember. doakan!!

kelihatan kakak ibah paling tak sabar skali. selalu dok tanya psl bilik dia di rumah baru ni. dia siap tunjukkan majalah bilik tidur idaman dia. saya tengok ada kaler pink n hijau apple. aduyaaii. insyallah nak, ummi akan usahakan. tasneem pulak nak purple. huhu. cuma kauthar jer lum reti apa2 tentang warna. hihi

gambar ni masa besday tasneem yg ke-3 tahun bebaru ni .tp semua kalut nak potong kek

2 comments:

SMM said...

yay, kak najah ingat lagi kat blog dia. mentang2 lagi byk berFB hehe :)

anak-anak saya tak demand2, saya vetokan je warna bilik, perabot dsb.. harap-harap bolehlah diorg tidur sendiri di bilik masing-masing (sedikit kurg yakin, diorg belum pernah tidur bilik lain). insya-Allah pindah sebelum puasa..

Irfa said...

sib baik masih igt psword ;-)

 
blog template by suckmylolly.com