thePencil.org Ar RaiYan: Guangzhou

Sunday, January 01, 2012

Guangzhou

Assalamualaikum... salam tahun baru 2012, moga Allah berkahi kita semua dengan limpahan rahmat dan nikmatnya...
insyallah azam tahun baru 2012, saya akan mula menulis dengan lebih konsisten. tak macam tahun 2011, sebulan sekali saja. tak reti nak manage masa. ntah apa yang sibuk pun tatau la. jadi untuk tahun baru ini, janganla azam hanya tinggal azam... saya perlu lebih berdisiplin dalam menulis. bagi sesiapa mencari bahan ilmiah, oh maaf ini bukan blognya. blog ini merupakan catatan kembaran seorang ibu yang ingin bekerja sendiri yang terjun ke bidang usahawan dan selalu merasakan dirinya betul.hihi.
saya menulis catatan ini untuk raiyan, tasneem dan kauthar supaya dapat membaca kembara kehidupan umminya ini mengharungi hidup yang penuh cabaran dan dugaan. segala kenangan manis dan pahit dapat dikongsi bersama. andainya saya sudah tiada... moga raiyan, tasneem dan kauthar mengerti apa yang saya lakukan ini. oh sedihnya...
Satu penutup tirai 2011 yang mana merupakan permulaan pencarian bisnes baru bagi saya apabila kami berdua berlepas ke Guangzhou pada 27-31 disember. ya... pulangnya semalam..
mendapat pelbagai pengalaman, alhamdulillah. Memang banyak sekali berdoa di sana supaya Allah permudahkan urusan,pencarian dan lebih-lebih lagi tak terkena malapetaka yang tak diingini seperti penipuan dan kehilangan barang. Alhamdulillah Allah maha memelihara. terasa kerdilnya diri dan lemahnya diri. setiap masa memerlukan bantuan dan peliharaan Allah.
kami sebenarnya gamble saja berdua, belajar membaca peta metro, belajar berkomunikasi macam ayam dan itik kerana sebilangan besar para peniaga di guangzhou tidak tahu berbahasa inggeris. hingga banyak menggunakan bahasa insyarat. kelakar bukan. adoilaa... asyik tekan2 calculator saja kalo nak minta tawar harga barang.
bila dalam situasi macamni, baru kau sedar betapa pentingnya kau mengetahui bahasa asing selain dari bahasa inggeris. ya, jika kau tahu mandarin... sudah satu bonus dan senang sekali kau berurusan. ingat yer anak-anak.... jom masuk kelas mandarin. hehe
kalini ke guangzhou tujuan utama nak survey barang dan idea saja. tapi end up jadi rambang mata dan shopping2 la juga. huhu. terapi paling syok sekali.
end up saif jumpa barang wooden toys dan alatulis yang dicarinya. dan saya dengan niat awal iaitu mahu mencari ribbons. alhamdulillah, dalam bandar guangzhou yang begitu besar, akhirnya kami dapat juga line/ kawasan2 pencarian kami. tapi banyak perlu di venture lagi. Lega sangat menetap di Clivia Hotel, kredit to mck sunirah yang kenalkan hotel ini pada kami. hotel rata2 pemborong dari malaysia dan arab yang menginap. satu bonus kami dapat kenal orang-orang malaysia yang beberapa kali datang memborong di guangzhou. mereka dengan baik hati beri tunjuk ajar dan sharing pada kami yang pertama kali tiba dan terpinga-pinga juga ni. terutamanya tempat makanan halal dan tempat barang-barang serta tips berurusan. syukur....
tapi rasa tak cukup masa sebab tak sempat nak survey banyak sebab kami tinggal di sana full dalam 3 hari saja. Ada beli sedikit barang-barang wooden toys, dan tunggu kargo tiba dlm masa 2-3 minggu lagi. harap-harap selamat la sampai barang kami yang pertama kali berurusan ni. Moga Allah permudahkan. ameen...
hmm... tak banyak amek gambar sebab bukan gi bercuti, pergi bekerja... ambil sikit-sikit saja lagipun keluar hotel aje, terlupa nak bawak kamera. aisehh...baru upload 4-5 pics

 suasana peniaga sedang packing dan hantar barang. orang kat sana takda nak lepak2 mcm kita, semuanya sibuk je buat kerja
takjub sebab jumpa muslim food restaurant berdekatan gereja. lepas dengar ceramah borong ritu, memang try cari kedai makan ni. so kami jumpa nasi paprik yang gambar kat bawah ni...
 malam keluar lagi pergi beijing street. kawasan pelancong suka shopping
 pheww....sekarang musim dingin...sejuukkk...hari ketiga, bibir dah pecah. terlupa nak bawak lip balm dari malaysia.uhuk

5 comments:

Luna said...

betul2 mcm hadis Nabi tuntutlah ilmu sehingga negeri China..meskipun hadis ini maudhuk tapi dr situ momentum positif tetap ada...makin ramai ummat Islam bjaya dlm perdagangan barangan2 dr China..itu lah 'ilmu' nya..ilmu kejayaan dunia dan insyAllah akhirat...

Kelambu said...

memang perlu untuk membebaskan pikiran dari rasa curiga yg berlebihan. By the way nice trips in guangzhou. wish I've been there.

Salam
kelambu

Irfa said...

sudah sampai ke china awak yer
peluang bisnes banyak kat sana kalau pandai cari (itu kawan yang cakap)

Nurul Nadia Ismail said...

Assalam awak. Boleh tau tak macam mana nak booking hotel clivia ni?
cari dlm google xjumpa2 cara utk booking online. kena call ke atau walk in trus?

Nurul Nadia Ismail said...

assalam awk. boleh tau x mcm mana nak booking hotel clivia ni?
dah google tp tak jumpa2 cara nak booking online. kena call ke or walk in terus? hrp2 awk reply asap T__T TQ

 
blog template by suckmylolly.com