thePencil.org Ar RaiYan: Dugaan...

Thursday, January 18, 2007

Dugaan...

Mak saya di kampung beritahu yang kedai kami hilang habis barang-barang besi di curi oleh penyangak/ penagih dadah. Periuk nasi besar, kuali, laci besi meja pun hilang, hatta tong gas pun di angkutnya. Sebelum ni, arwah ayah yang angkat dan simpan semua dalam bilik kat umah setiap kali lepas berniaga. Tapi sejak ayah meninggal, mak saya memang tak larat angkat semua sekali.kes ini berleluasa sekarang di kampung kami. Bulan lepas kedai runcit seberang jalan di samun. Semua yang buat tu, anak melayu kampung tu jugak. Apa nak jadi nih....
Kesian mak saya. Bagaimana dia nak berniaga, barang-barang peralatan habis dicuri. Bukan senang nak beli semula semua peralatan tu. Memerlukan kos yang banyak. sedih sekali. oh tuhan, patutkah saya mendoakan kehancuran bagi pencuri- pencuri yang tak berguna tu? Saya sudah hilang sabar dalam hal ini.Mengambil hak kami seumpama merampas harta anak yatim, hilang semua barang-barang peralatan, kerana dari hasil jualan itulah mak saya menyara adik-adik saya yang masih bersekolah.
Kalini mereka terlepas, tapi di akhirat nanti kami menuntut apa yang kamu lakukan terhadap keluarga kami di hadapan Allah taala. Ya, janji saya. tunggulah! saya merasa tercabar jika hal ini melibatkan kesusahan keluarga saya.
Bercampur baur perasaan saya sekarang. Marah, sedih, teraniaya dan sebagainya. Saya membuka buku La tahzan kini....

Ya Allah, gentikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan, dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah, sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan, dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai menyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam. Berikan rasa damai bagi jiwa- jiwa yang resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah, hindarkan kami dari segala kesedihan, hilangkan kesengsaran, dan jauhkan segala kegelisahan dari jiwa-jiwa kami.

Kami berlindung kepadaMu dari segala ketakutan,kecuali hanya takut kepadaMu. Kami berlindung dan bertawakal, hanya kepadaMu. kami berlindung dari kepasrahan kecuali hanya pasrah kepadaMu. Kami meminta hanya kepadaMu, memohon pertolongan hanya kepadaMu. Hanya Engkaulah sebagai pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong

-Dr 'Aidh Al- Qarni-
Buku La Tahzan

No comments:

 
blog template by suckmylolly.com