thePencil.org Ar RaiYan

Monday, July 28, 2003

salam...
seronok baca blog orang. harini dok lama sangat kat muntalaq n janna nyer blog. hikss....
sampai lupa lak ada blog sendiri yang sudah menjadi pekasam (lama tak pekene ikan pekasam), tempoyak (sedapnye masak lemak tempoyak...hiks) and so on. Lama tak masuk sini. busy sket (ceeh...padahal orang lain pun busy gak... no alasanssss)
nothing to say.....mmm...ape yer...ha tadi dapat msg...
..Bertahajud menyerikan wajah.Bersyukur membajai barakah, bermuhasabah mencetuskan hikmah, bertawakkal membuahkan pasrah,bersaudara menyemai mahabbah,berjihad membangunkan ummah!
Moga terus istiqamah....

Saturday, July 12, 2003

Assalamualaikum…

Ta’lim dan Ta’lum
Dari segi maksud sebenar “Ta’lim dan Ta’lum” adalah sangat luas. Semua bentuk pengajaran yg berasaskan al-quran dan sunnah dan tidak menyeleweng dari batasan ini maka ia dikira sebagai ta’lim dan ta’lum yg di iktiraf oleh syarak.

Cumanya kali akan dibincang persoalan membaca buku atau kitab untuk masjid dan rumah kita atau mengikut bahasa orang dakwah atau jemaah tabligh sebagai baca ta’lim.

Baca ta’lim di masjid:

1) Bacalah ta’lim di masjid biasanya lepas solat subuh dan solat asar contohnya atau boleh di buat pada ketika lainnya berdasarkan keadaan di tempat tertentu. Sebagai salah satu rutin harian yg boleh membina kefahaman/semangat islam secara berterusan.
2) Bacalah sekadar satu muka surat atau dua muka surat atau mengikut tajuk yg ringkas yg ada dalam kitab tertentu.
3) Cadangan buku yg bagus utk dijadikan ta’lim ni ialah Riadussolihin. Baca buku yg tidak susah dan berbentuk targhib dan tarhib kerana ia tidak mampu di cerna oleh fikiran jikalau di bincangkan tajuk spt fiqh dan yg setinggi dengannya.

Baca ta’lim di rumah:

1) Kumpulkanlah semua ahli keluarga kita utk dibacakan atau diperdengarkan bersama2.
2) Tetapkan setiap hari bila waktu utk dikumpulkan bersama spt jam 9 malam ke dan d baca lebih kurang 30 minit atau berdasarkan mesyuarat keluarga.
3) Bertukar-tukar pembaca buku tu contohnya 10 minit seorang utk mengelakkan rasa boring, bosan dan mengantuk di kalangan ahli-ahli keluarga.
4) Bacalah kitab-kitab seperti Riadussolihin atau jenis targhib dan tarhib. Kalau suami atau ada dikalangan ahli keluarga yg mahir dengan keilmuan agama boleh sahaja melanjutkan bacaan kepada buku-buku yg lebih tinggi tahapnya.

Ini adalah teknik peningkatan ilmu dan peringatan untuk taat perintah Allah mengikut cara Nabi sallallahu alaihi wasallam di kalangan keluarga secara merata dan tidak meninggalkan ahli-ahli yg kurang membaca kerana terpaksa mengikut rutin harian seperti ni.

Sekian, wassalam

Dipetikdari : msm-net@yahoogroups.com

Monday, July 07, 2003

salam....menjengah ket blog yang agak simple sangat ni. tatau nak tulih ape laaa...
serba serbi kiter letak ket sini...hihihi

Bila Makan tutup Mulut
Rasanya ada satu adab ketika makan yang ditinggalkan oleh sebahagian kita ketika sedang makan, iaitu tutup mulut ketika sedang mengunyah makanan.
Ini adalah adab dan etika yang penting kerana beberapa sebab:
1 - Menjamin makanan yang sedang dikunyah tidak terkeluar jatuh merata-rata.
2 - Tidak mendedahkan gigi yang tidak digosok sejak beberapa hari.
3 - Tidak mendedahkan keadaan makanan yang masih dalam bentuk semi hadam di dalam mulut.
4 - Tidak mengeluarkan bunyi yang pelik-pelik, "nyak-nyak" atau "cak cup" atau macam-macam lagi yang tiada batasnya.
Keempat-empat perkara di atas adalah sesuatu yang sangat perlu dipelihara sebagai adab baik ketika sedang makan. Bayangkan bila sedang makan ada pula makanan yang terkeluar, pulak dah landing dalam pinggan orang lain.
Atau yang paling teruk bagi saya ialah bunyi yang bermacam-macam, sungguh tidak menyenangkan
.......Kalau tak percaya cuba ambil tape recorder dan record ketika sedang makan. Kemudian playback...wadus pasti terkejut kerana selama ini tak pernah perasan ada bunyi semacam itu!
Sekian sekadar pandangan
Dipetik dari msm-net@yahoogroups.com

Sunday, July 06, 2003

Selamat Hari Lahir Kanda (6 Julai 2003)

Kanda...
Selamat hari lahir dari dinda
Sudah 24 tahun rupanya
Moga bertambah usia yang ada
Makin bertambah Iman dan taqwa

Kenangilah pengorbanan ayah bonda
Tanpa mereka siapalah kita
Kasih sayang yang tidak terhingga
Doakan kesejahteraan hingga ke syurga

Setiap saat dan ketika
Makin meningkat bilangan usia
Ajal dan maut hampir menyapa
Teguran indirect tuhan buat kita...

Kanda...
Saatnya hampir tiba
Baiti jannati menanti hadirnya kita
Pastikan keimanan landasannya
Qur'an dan sunnah pegangan kita

Ingatlah kanda tika itu...
Getir hidup pasti ketemu
Usahlah kanda gusar dan ragu
Tenangkanlah dirimu,
Tabahkan hatimu
Mohon hidayah Allah yang satu

kanda
Syukur tak terhingga dinda panjatkan
Kanda hadir di saat dinda memerlukan
Moga Allah kukuhkan ikatan
Hingga ke syurga kita harapkan

Tiada apa yang dinda pohonkan
Hanya kasih kanda sebagai teman
Kebahagiaan kanda dinda impikan
Andai menuntut sejuta pengorbanan
Andai nyawa dinda sebagai taruhan
Moga Allah memberi ganjaran

Kini kanda buah hati dinda
Kanda tempat dinda bermanja
Kanda jua penawar duka
Bimbinglah,didiklah setiap ketika
Moga ikatan kita diberkatiNya
Bersama lahirnya generasi pejuang, pewaris agama

dinda,
~Raiyan~

Sunday, June 29, 2003

Assalamualaikum....
harini rasa macam shahdu je...rupanya tgk kat tingkap tadi rasa macam redup jer...nak hujan agaknye nih. patutla panas semacam jer....
I found this poem kat melbox last week. thanks kak roha. eh, rupanya ada lagi poem yang sama dari faizah. tq!there's something to ponder....

Jika Aku Jatuh Cinta
Ya Allah,...
Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin,...
Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah,...
Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu
Ya Rabbana,...
Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati,...
Jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalan-Mu.
Ya Allah,...
Jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah,...
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah,...
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah,...
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah....
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu....
Amin ya rabbal alamin….

Saturday, June 28, 2003

Wanita

Wanita yang ideal untuk dijadikan isteri ialah wanita yang mempunyai akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Cara untuk mengenali wanita seperti ini tidak lain dari melihat tingkah laku dan pembawaannya setiap hari. Kemuliaan akhlak seseorang akan dapat dikesan melalui caranya bermuamalah serta membawa diri. Akhlak yang mulia jauh lebih penting bagi seorang wanita berbanding kecantikan paras rupa, kerana akhlak akan kekal walaupun usianya telah lanjut, sedangkan kecantikan akan lenyap apabila tubuhnya sudah dimamah usia.

Wanita yang kuat agamanya sudah tentu mempunyai akhlak yang baik tetapi bukanlah wanita yang menjadikan agama sekadar simbol dan keyakinan sahaja, malah maksudnya wanita yang iltizamnya mengikut ajaran-ajaran Islam sebagaimana yang diwajibkan kepada setiap wanita muslimah dalam kehidupan hariannya.Dengan kata lain, wanita tersebut hendaklah mempunyai akhlak Islami, memelihara kesesuaian dirinya lahir dan batin. Sesungguhnya, ada kewajipan-kewajipan tertentu buat kaum wanita dalam hidup ini, yang mesti mereka tunaikan dengan cara yang baik mengikut syarat dan aturan yang ditetapkan oleh Islam.

Monday, June 23, 2003

info sihat: sarapan pagi (tajuk harini..hiks)

salam…sejak ada blog ni, suka ati je nak letak ape ek…..

Pentingnya sarapan.Apabila kita bangun daripada tidur. Paras gula dalam darah dan kadar metabolisme adalah rendah. Tanpa sarapan, kita tidak dapat membantu tubuh untuk merangsang kadar metabolisme dan meningkatkan paras gula dalam darah. Dengan itu, tubuh kita beranggapan bahawa kita tidak mempunyai makanan yang cukup lalu mengekalkan kadar metabolisme yang rendah. Ini menyebabkan tubuh kita mambakar tenaga dengan perlahan. Jadi….tak semangat ler nak buat keje…..
Sarapan adalah penting untuk menjamin kesihatan kita serta meningkatkan prestasi kerja. Tetapi mengambil sarapan saja tidak cukup, apa yang lebih penting ialah memilih makanan yang betul semasa sarapan. Jadikanlah sarapan sebagai pembuka hari anda dan anda akan lebih bertenaga dan ceria sepanjang hari.

Beberapa sarapan ringkas dan berkhasiat:
• Roti bakar
• Mi /mihun sup
• Capati /tosai dan kuah dhal
• Soto ayam
• Bijirin sarapan dengan buah-buahan
• Sandwich
• Oat dan susu low fat
• Biskut hi-fiber
• Bubur nasi
• Kuih seperti pulut panggang atau apam

Jom sarapan!!!

“nikmat yang paling berharga ialah kesihatan”

Renungan....
“sesungguhnya kekayaan yang paling tinggi nilainya ialah fikiran, kemelaratan yang paling parah adalah kebodohan, kesepian yang paling menakutkan ialah perasaan bangga kepada diri sendiri, dan keturunan yang paling mulia ialah budi pekerti yang luhur”.
-Ali Ibn Abi Thalib-

Thursday, June 19, 2003

Sains dan teknologi yang tersirat di dalam Al Quran membolehkan manusia mencipta sistem memprosesan daging, susu, ikan, buahan dan sayuran. surah An Nahl ayat 66 hingga 69.

Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yg berada dalam perutnya (berupa) susu yg bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yg meminumnya. ayat:66

Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan rezki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-yang yg memikirkan
ayat:67

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibikin manusia.
ayat:68

Kemudian makanlah dari tiap-tiap (jenis) buah-buahanan dan tempuhlah jalan TuhanMu yg telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yg bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar2 terdpt tanda (kbsrn Allah) bg org2 yg memikirkn.
ayat:69

Thursday, February 20, 2003



I LOVE YOU FILLAH ABADAN ABADAA. NO ONE CAN EVER TAKE YOUR PLACE IN MY HEART COZ IT IS MADE SPECIALLY 4 YOU

Peringatan Buat Saudariku......
Saudariku.....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu; namun...... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......
Saudariku.....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......
Namun ............. ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ... sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting saudariku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah..........
Saudariku.....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu...Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu, " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"………….
Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.....
Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi,itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...
Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta" cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta , Cintailah dirimu terlebih dahulu , mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah.. Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............
Saudariku...
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu..... Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama :
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa , menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri."

"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT PERKAHWINANNYA,CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN MAHARNYA......"
(uslubuna)

temanmu,
-eL-

 
blog template by suckmylolly.com