Harini kemasukan staf baru secara serentak (kebetulan pula) di kedua buah kedai di Kangar dan Alor Setar. Staf lama di Kangar (sangat cekap) merupakan seorang graduan UM, jadi dia dapat kerja yang lebih baik sebagai seorang guru. Sedih saya melepaskannya. huhu. Staf lama di Alor Setar adalah staf sementara , seorang bakal guru yang masih belajar di maktab Perlis, bekerja kerana bercuti semester. Jadinya, awal tahun ni para cikgu cikgi ni kena la berenti serentak sebab sekolah dah nak mula
Alhamdulillah sudah dapat pengganti, tapi mereka ini status sementara sahaja sehingga bulan Julai. Staf di Kangar, lepasan STPM sedang menanti untuk ke IPT Julai nanti manakala staf di Alor Setar, lepasan diploma sains Uitm dan sedang menanti kemasukan Julai juga (farmasi). Moga bertahanlah mereka ini sehingga Julai 2010. Amin...
Pencarian staf baru sebenarnya tidak susah, cuma iklan di internet... lebih 10 calon yang memohon. Cuma yang paling susah adalah untuk memilih yang benar-benar layak dan boleh dipercayai ( jujur & amanah) kerana bekerja di kedai melibatkan urusan wang keluar masuk yang agak banyak.
Kami bertawakal pada Allah dalam memilih staf ni. Memohon pertolongan dan bergantung penuh pada Allah taala.
Thursday, December 31, 2009
Staf baru...
Tuesday, December 29, 2009
Tujuan Pelanggan
Staf Kedai Alor Setar bercerita pada saya, ada seorang makcik ni, dengan wajah yang agak garang (tak senyum pun kat staf saya tu) terus masuk ke kedai dan bertanyakan, "ni mana tshirt yang harga rm35?"
Staf saya menjawab, "kak...rm35 takda la yang ada rm 28- mawaddah dan paling hampir rm38-broarts." Sambil staf saya mengambil tshirt broarts dan tunjukkan padanya
Makcik tu dengan serius menjawab (tak pandang sangat pun tshirt broarts yang staf saya tunjukkan tu) "awat mahal sangat kedai ni, saya beli kat tempat lain tshirt macam ni rm35 aja, hangpa jual mahal, hangpa tengok la... takde sapa pun nak masuk kedai hangpa lepas ni."
ternganga staf saya sebab ini kali pertama dia diserang sebegitu, sempat pula dia jawab, "yang kak tengok tu brand lain, yang ni brand broarts. yang akak tengok tu brand '......', memang ada dijual di kiosks kat depan tesco Mergong brand tu.
Dengan wajah yang masam mencuba, terus keluar dari kedai sambil membebel, "takda sapa nak masuk dah kedai hangpa dah"
Satu doa ke tu? iskk....
Staf saya terpinga-pinga, katanya "kalo takde sapa nak masuk kedai ni... minggu ni aje aku dah jual lebih 3K kat sini". Bila saya datang je, dia lantas ceritakan hal ni pada saya. Aah... bagi saya biasa je....pelanggan. Tapi bagi staff saya macam satu mimpi ngeri kena marah. hihi
Saya dah berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan. Sebab tu bagi saya, bisnes online lebih mudah. Sebab saya tak kenal dan tak tengok muka diorang pun walaupun dia tiap-tiap bulan membeli buku atau tshirt di kedai online saya. hehe. Senang bukan!
Sunday, December 27, 2009
Tip Kejayaan Bisnes: Jangan Buat Kerja yang Kita Pandai
Banyak peniaga kecil terus menerus kekal dengan bisnesnya yang kecil. Salah satu puncanya adalah disebabkan si peniaga terus menerus membuat kerja-kerja yang dia sangat pakar membuatnya.
Sewaktu mula-mula kita membuka bisnes, memang betul kita terpaksa buat sendiri produk yang menjadi item utama bisnes kita.
Sebagai contoh, kita membuka gerai mee udang sebab memang resepi mee udang buatan kita itu sedap, lebih sedap daripada mee udang orang lain. Justeru kitalah yang memasak sendiri mee udang itu.
Bertahun-tahun kita tidak mahu mengajar pekerja kita memasaknya, sebab kita takut kalau orang lain yang memasaknya, rasanya berubah.
Kita mahu mengekalkan kualiti air tangan kita sebab sudah sekian lama terbukti menjadi kesukaan pelanggan kita. Kalau orang lain yang memasak, kita khuatir rasanya tidak serupa dengan air tangan kita, jadi ada risiko pelanggan tidak puas hati, lalu lari.
Dalam bisnes, kita tidak boleh terus menerus membuat kerja-kerja yang kita pandai. Kalau kita terus memasak mee udang sendiri, nanti sampai bila-bila bisnes kita tidak dapat membesar.
Dalam bisnes, kita mesti ajar orang lain membuat kerja-kerja yang kita pandai. Biar mereka yang buat kerja-kerja itu. Dengan cara itu barulah kita dapat membuat kerja-kerja lain yang lebih penting, seperti bagaimana mahu membesarkan lagi bisnes mee udang kita.
Tetapi banyak peniaga gerai dan restoran tidak mahu mengajar pekerjanya resipi rahsianya sebab mereka takut nanti pekerjanya berhenti kerja lalu membuka bisnesnya sendiri dan mencuri pelanggannya.
Akibatnya, sampai tua dia terus membuat kerja-kerja yang dia pandai, bukan membuat kerja-kerja yang sangat penting dalam bisnes, seperti bagaimana hendak mengembangkan lagi bisnes yang ada, membuka cawangan baru, ataupun melabur dalam bisnes-bisnes lain yang berkaitan....
Nota: Artikel ini terbit pertama kali dalam blog http://puanainonmohd.blogs
---------------------------------------------
hmm..saya tertarik dengan artikel ini kerana keadaan ini seringkali berlaku di sekeliling kita. Akibatnya kita yang rugi dan bisnes kita tidak berkembang. Hmm... nampaknya saya kena ajar Aminah (adik ipar saya yang sedang mencari kerja sekarangni) atau Neni (maid) segala kemahiran membuat coklat. hihi. Pastu buat kek pula ya korang.Haha. hmm... tatau la diorang ni minat ker tak.
Saturday, December 26, 2009
Pos Malaysia punya servis
Harini, Sabtu jam 11.40 pagi saya dapat sms dari posmen Arau, sms huruf besar tuu...
"SILA DATANG AMBIL BUNGKUSAN DAN POS LAJU DI PEJABAT POS ARAU! TERIMA KASIH"
Saya reply,
"aik, takleh antar ke rumahke? saya bayar mahal woo untuk bungkusan pos laju tu"
Posmen tu reply balik
"Barang besar dan tak muat nak bubuh dalam beg!!!"
siap 3 titik tanda seru tu...
nak je saya balas, servis apa ni? ada aku kisah ko nak hantar naik motor ke, lori ker? tapi saya tak balas pun. Saya minta adik ipar pi amik.
Sebenarnya posmen tu dah lama tak puas hati dengan orang-orang kat umah kami, sejak ayah buat komplen surat selalu kumpul banyak-banyak dulu, baru dia hantar. Jangan memain, bil-bil kad kredit selalu dapat time nak due dah. Haritu dapat kad kenuri kawan, selepas kenuri. Posmen tersebut kena 'sound' dengan HQ. Haritu bos pos malaysia siap datang rumah jumpa ayah minta maaf. Ha.. memain, Prof Madya Wan Muda punya komplen! hehe
Tapi, yang jadi mangsa ialah anak-anaknya....bila ada bungkusan, posmen tu tanak hantar. Hanya tinggal note (kad merah) aje dalam post box supaya kami ambil sendiri barang di Pej Pos Arau
Cuba belajar service courier lain, bayaran postage sama aje. Siap hantar depan pintu, kalo takda orang... siap call pastu esok datang hantar lagi.
Friday, December 25, 2009
Cakes Order
Cakes order dihentikan seketika kerana memberi laluan pada kehadiran baby baru. Bercuti selama 2 bulan dari Jan - Feb 2010. Doakan saya ya!!
Tapi kedai online yang lain tetap dijalankan seperti biasa
http://www.tshirtlabuhmuslimah.com
http://www.bukuonline2u.com
http://www.quranonline2u.com
http://www.bacaquran2u.com/ (join affiliate, RM20 komisen)
Thursday, December 24, 2009
Year End Sales!!
Dear customer... this is for you! end year sales starting on
24 Dis 2009 to 4 January 2010
Nauwar Tshirt: disc 10% for 2 pcs and above
Ukhti Tshirt: disc 15% for 2pcs and above
Mawaddah Tshirt: disc 15% for 2 pcs and above
Hilyah Nursing (breastfeed): disc 10% for 2 pcs and above
Hilyah Tshirt : disc 5% for 2 pcs and above
Sumayya Tshirt: disc 5% for 2 pcs and above
Aqeela Tshirt: disc 5% for 3 pcs and above
all at
http://www.tshirtlabuhmuslimah.com
Grab it ! Based on stock available. First come first serve. We keep your order in 2 days only.
~Najah~
Nusayba Design
Wednesday, December 23, 2009
Moga dipermudahkan
Tahun 2009 lagi beberapa hari meninggalkan kita. Tahun yang banyak mengajar saya erti kehidupan dan kesusahan. Erti pengorbanan dan kasih sayang. Dengan kesibukan yang tak pernah habis. Amalan bagaimana? alangkah rugi dan celanya pabila bertambah tahun,tapi amalan tak bertambah. Nauzubillah...
Betapa aku merasai kasih sayangMu Ya Allah, tapi kenapa aku tidak bersyukur....
Tahun 2010 hampir saja lagi. Saya rasa agak berserabut sebenarnya. Tapi buat-buat cool aje. huhu. Entah kenapa saya memikirkan macam-macam hal. Saya perlu belajar berfikiran positif dan kritis. Amende tuh?
Tahun depan seperti dalam perancangan adalah untuk membina rumah. kecil sahaja. Tapi fikir punyala berat, macam nak bina rumah banglo 3 tingkat pulak. Agaknya orang yang nak bina umah banglo 3-4 tingkat pun tak fikir serabut macam saya. Yelah, orang-orang macamtu takyah fikir apa dah, duit banyak. Saya ni sedang fikir ketidakcukupan duit. huhu. Orang tanya, nape tak beli jer rumah, leh buat loan. Buat rumah nak kena buat personal loan. Kalo keja gomen senang jer. Ni sape suruh kerja sendiri? kan susah. Ahh...hanya sekadar kelebihan itu saja tidak mengurangkan semangat saya berbanding dengan keterikatan diri bekerja mengikut segala arahan. isk.Nampaknya saya perlu kerja lebih keras untuk mengumpul duit jika mahu berumah sendiri. Kesian kekasih hati saya. Tahun depan mungkin tugasan paling berat menanti dirinya. Andainya kita terpilih untuk program MSC tu, boleh pecah kepala nak siapkan sofware tu. hehe. Insyallah, mohon Allah permudahkan.
Dan saya tidak jadi seperti ini tanpa sokongan suami saya. Saya sudah meyusun beberapa plan untuk mengumpul duit buat rumahni tanpa menggunakan sumber yang ada sekarang. Perlu set up bisnes lain yang semata-mata tujuan untuk pembinaan rumah. Usah ditanya tentang modal, nanti berserabut lagi jadinya. Haha !!
Nampaknya saya terpaksa memendamkan sebentar hasrat nak bercuti tu. Hal-hal pembinaan rumah perlu diselesaikan dulu. Tambahan pula dengan penantian kehadiran baby baru :-)
oh sungguh tidak sesuai jika mahu travel. Lupakanla sekejap.
p/s: eh, apa yang kau merepek ni....
Sunday, December 20, 2009
Detik Terindah
Tasneem Sofiyya sudah masuk 1 tahun 6 bulan. Sudah banyak keletahnya. Macam-macam dibuatnya. Sudah pandai dan kuat merajuk. Kalau merajuk, dia akan lari kat tepi dinding dan buat muka sedih. Mencebikkan mukanya. Ahh... sangat comel. Dalam seminggu ni sudah banyak vocab Tasneem yang berjaya dikumpulkan. She can say it clearly, tak termasuk yang sebut wording pelat-pelat tu. Antaranya perkataan clear yang disebut aduh, jatuh, habis, ketat, rabbit, bird, ayam, satu, empat, hello. Hmm.. apa lagi ya? itu yang dapat saya kumpul dan ingat sekarangni. Nanti kalo ada wording baru, akan saya tuliskan :)
Seronok sebenarnya melihat anak yang sedang berlatih bercakap macam ni. Kadang-kadang ada perkataan yang dia nak bagitau tapi kami tak faham. sampai dia tarik tangan kita ke tempat tersebut dan tunjukkan benda yang dia maksudkan. kadang-kadang orang lain tak faham, tapi saya sorang je faham atau pun kakak dia sorang je faham. dan macam-macam lagila. Rasa nak rakam aje setiap/semua detik berharga ni. Detik-detik inilah bagi saya detik yang paling indah tatkala anak sedang membesar. Syukur kerana saya masih berpeluang melihat semua anugerah ini. Walaupun adakalanya saya sering meninggalkan mereka di rumah kerana terpaksa berkejar ke kedai dan urusan lain. Tapi saya cuba lebihkan masa di rumah walaupun saya akui maid yang banyak tolong uruskan sebab saya sekarang sangatla tak larat. Sedang menanti hari aje. Mengikut due lagi 12 hari. Huhu... doakan agar semuanya selamat. Insyallah. Berdebar menantikan kelahiran ketiga ini. Sama seperti menanti kelahiran sebelumni. Orang yang paling tak sabar tunggu baby keluar ialah budak berdua tu lah. Kak Ibah n Tasneem. Tataula apa reaksi Tasneem nanti. hehe.
Moga kalian menjadi anak-anak yang solehah cemerlang dunia dan akhirat.
Saturday, December 19, 2009
Rezeki...
Awal tahun 2009 ritu kami ada hantar proposal pada pihak berkenaan, mengenai plan dan proposal untuk membuka kiosk aiskrim Mingo Mingo di kompleks membeli belah disini. Kami ada menyerahkan proposal lengkap pada pegawai tersebut dan menanti jawapan darinya. Pegawai tersebut akan call jika ada perkembangan berlaku, katanya tapak tu takboleh bukak kiosks sebab berdekatan dengan pili bomba. Tapi pegawai tersebut akan usahakan tempat bahagian hadapan sedikit (berhampiran dengan tempat yang kami propose tu). Kami menanti. Agak exited juga la. Tup-tup awal bulan Disember ni sudah ada orang membuka kiosk tersebut di tempat yang sama seperti yang kami cadangkan tu. Kelulusan hanya dari pihak berkenaan sahaja yang mampu meluluskan segala permohonan. Apekah??? kebetulan atau....
Saya memandang Saif dengan penuh persoalan. 'abang...proposal kita tu cemana??
Anggapla bukan rezeki kita, jawapan Saif yang cool sokmo berbanding saya. Mungkin juga kami ni tak bersungguh dalam hal ni. hantar proposal, terus diam tunggu orang call. huhu
Mula-mula saya rasa agak terkejut, tetapi bila fikir balik hanya Allah yang berhak ke atas sesuatu. Rezeki hanya Allah yang berhak beri pada sesiapa pun. Saya rasa ok aje la. Mungkin ada hikmahnya di sebalik apa yang berlaku.
Tapi kan, banyak juga dengar cerita. Eh ni tiada kaitan kes diatas tau!
Orang-orang yang seperti kita (orang biasa yang tak cukup modal) memang punya banyak idea perniagaan dan suka membuat proposal dan serahkan pada jabatan kerajaan dengan harapan mereka dapat membantu kita menjadi usahawan berjaya. Pernah satu kes ada kawan yang buat proposal mengenai projek membiak baka kambing dengan cepat melalui aura or something la saya tak pasti, di serahkan pada satu jabatan, tetapi bos jabatan tu ambil proposal tu dan beri pada anak orang dalam/penting2 jugakla yang mempunyai modal yang banyak untuk melabur. Akhirnya projek tersbut dijalankan berdasarkan proposal orang lain dan memperolehi keuntungan berjuta-juta. Kesian bukan? nak marah atau nak saman, manade bukti. huhu
Ada satu kes saya baca kat satu group ni, ada sorangni keja pelukis plan diminta melukis/ design rumah banglo untuk sorang dato' ni. Plan dah siap dan diserahkan pada pembantu dato' ni. Bila tiba hari nak ambil upah, Dato' tu kata dia tak puas hati dengan plan rumah tersebut dan dia reject. Pulangla pelukis plan ni dengan tangan kosong. 3-4 bulan selepas tu, pelukis plan ni lalu kat kawasan perumahan dato' tersebut, dia nampak rumah banglo hampir siap dibina sama seperti plan yang dia lukis. Alangkah terkejutnya dia. Bahkan kontraktor yang membuat banglo tersebut adalah kawannya sendiri dan dato' tu menyerahkan plan yang pada awal tadi kononnya reject tu untuk kontraktor bina. hmmm....kesian kan.
Ini semua merupakan cabaran bagi para usahawan melayu yang chick feet seperti kita sebenarnya. Tu la kau, sape suruh nak join bisnes, nak jadi usahawan? hehe. Tanggungla risiko!
Teringat mak saya selalu cakap, rezki dalam mulut pun adakalanya boleh terluah. Maknanya bukan rezeki kita la tu, walaupun dan nak masuk mulut dah :)
Thursday, December 17, 2009
Tahun Baru
Esok mula tahun baru Islam... apa azam anda? mesti berderet-deret tu...
Azam saya, nak dok umah. hehe. (ape punya azam nih)
Takpe, saya akan pastikan income saya setanding dengan orang yang keluar bekerja pada umur saya ini. hihi
Saya semakin suka buat kerja dari rumah. Ada orang kata memang penat sangat jaga anak berbanding kerja-kerja pejabat. Tapi saya amek maid. hehe. Alhamdulillah, Neni banyak membantu kami sekeluarga. If takde Neni, saya leh pengsan jugak woo. Masuk Feb 2010 ni cukup 2 tahun Neni bekerja dengan kami dan akan sambung 2 tahun lagi. Neni sudah pandai memasak berbanding saya yang hanya tahu instruct dia aje. Masak itu, masak ini. Buku-buku resepi segala macam saya hadiahkan pada Neni (lupa ker... saya kan buka kedai buku. hehehe)
Ish, entry ni bukan citer pasal Neni tau. Pasal azam tahun baru. isskk...
Dok umah aje ke? macam-macam boleh buat rupanya. Saya bebas kesana kemari tanpa sebarang ikatan. Keluar shopping kalo teringin, tapi saya selalu shopping online aje. Setakat shopping di Kangar, apela yang ada. Kalo Alor Setar, bolehla tahan. Ooh... baru teringat, saya perlu berjimat cermat kerana sedang mengumpul wang untuk ke London dan France untuk melawat ipar duai. Apa-apa ajelah kau nih.
Tapi, dok umah atau bekerja, bagi saya kesibukannya tetap sama. Sibuk uruskan bisnes, sibuk dengan kerja-kerja kebajikan dan program JIM. Nak-nak diorang tau saya tak terikat dengan mana-mana kerja jabatan, lagik la saya kena buat banyak kerja. Takpa, itu satu pelaburan bank akhirat insyallah. Setting niat!
Teringat diri saya sebelumni yang masih blur untuk bekerja, lepas kahwin... jadi cikgu English sek agama. Tahun 2006 jadi cikgu English Tadika Huda. 2007 dan 2008 set up kedai kat Kangar dan kedai online. tahun 2009 sudah ada staf dan alhamdulillah semua staf yang uruskan. Bila semua staf dah buat, saya jadi takda kerja la pulak. Kena cari/cipta kerja lain. Huhu.
Alhamdulillah tahun ini bertambah pula kedai lagi satu kat Star Parade, Alor Setar. Tapi sales di sana cukup-cukup makan aje. Kena rajin promote, sebab kedai letaknya di bahagian belakang.Mujur suami rajin mempromosi. Insyallah tahun depan, mahu menembus pasaran KL. Sudah bertemu teman untuk share kedai di Melawati. Lepas bersalin ni, kena sain MOU la. Banyak duit tu nak kena curah. Nampak gayanya lambat lagi la boleh buat rumah sendiri tuh! Berdoalah, nescaya ada rezeki datang tanpa disangka! Solat Dhuha jangan lupa.
Isk... apa yang dibebelkan itu? oh ya, harini ada buat Carrot Cake Walnut with Creamcheese dengan tujuan nak habiskan stok barang-barang bakery sebelum bersalin hujung bulan ni. Mujur kawan-kawan datang halaqah malamni dan tolong habiskan. hehe
Maaf kerana kualiti gambarnya kurang, tapi tidak pada keknya ya! bila tengok gambar-gambar yang diambil, rasa teringin pula nak memiliki camera DSLR. Seronok tengok orang lain ambil gambar cantik-cantik. Harijadi saya nak dekat, saya berharap agar si dia tu mendengar... hehehe
Wednesday, December 16, 2009
Perniagaan apa yang boleh jadikan kita jutawan?
Saya tertarik dengan entry dari blog Dr Irfan Khairi,
Perniagaan apa yang boleh jadikan kita Jutawan
Perniagaan apa?
Ni memang soalan favourite ramai yang tanya saya. Perniagaan apa yang boleh jadikan kita usahawan jutawan?
Selalunya saya akan tanya balik kepada yang bertanya. Rasa-rasanya perniagaan apa? Dan jawapan yang saya selalu dapat…
- Perniagaan hartanah
- Perniagaan construction
- Perniagaan telekomunikasi
- Perniagaan restoran…
- …dan sebagainya!
Hendak tahu jawapannya? Jawapannya adalah….
Semua perniagaan boleh jadi jutawan!
Tak kira apa sahaja perniagaan, kita boleh jadi usahawan jutawan. Tak percaya? Lihat sahaja semua industri… bukankah ada jutawan yang tercipta?
- Jual produk kecantikan boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… usahawan Sendayu Tinggi, De Navichee dan ramai lagi telah membuktikannya!
- Jual kasut boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… siapa tak kenal Jimmy Choo, usahawan jutawan kelahiran Malaysia yang menempa nama sampai ke Hollywood!
- Jual perkhidmatan design boleh jadi jutawan? tentunya boleh… thats where my first million came from!
Jual baja boleh jadi jutawan? Jual kacang boleh jadi jutawan? Jual keropok boleh jadi jutawan? Jual ikan boleh jadi jutawan? Jual basikal boleh jadi jutawan? Jual dompet boleh jadi jutawan? Jual gitar boleh jadi jutawan?
Oleh itu, berhenti dari mencari alasan industri ni tak boleh… industri itu tak boleh… industri ni susah dan sebagainya. Semua industri boleh mencipta usahawan jutawan. Ianya bergantung kepada usahawan - ANDA - sendiri! Kalau tak jadi usahawan jutawan, bukan salah industri. Tetapi SALAH KITASemuanya boleh. Sebut sahaja apa sahaja industri dan pastinya ada usahawan jutawan dalam industri tersebut!
-Dr Irfan Khairi-
Tuesday, December 15, 2009
Kelas Deco Cake lagi
salam,
ni kelas terakhir sebelum saya bersalin. Terima kasih Buat Afiza dan KakRozi. Saya tambah kawan baru. Mintak maaf segala terlebih atau terkurang yer
Kawan-kawan ada minta buatkan kelas cupcakes n deco. Insyallah early March 2010, saya akan buka semula dengan:
1. Cupcakes baking n deco for beginner
2. Choc Moist Cake with Rose Ganache
Tuesday, December 08, 2009
Choc Moist Cake
Semalam pergi belajar Choc Moist Cake with Rose Ganache kat Inasaly di Perda. Rasanya ini kelas terakhir saya sebelum bersalin. hehe. Lepasni berehat kat umah dengan anak-anak yang sering ditinggalkan ini (kesian mereka)
Terkejut datang je kelas, Mck mahani (mak sedara suami) pun ada. Tergelak kami. Masing-masing... Aikkkk??
Alhamdulillah, kelas berakhir dengan selamatnya dan kek tersebut selamat saya bawa pulang ke Arau. Kak Rohaya nak beli kek tersebut untuk hantaran anaknya harini 8 Dis. Rasa sayang lak nak bagi. Hehe. Anyway Zaid, Selamat Pengantin Baru. Ahadni akak n Abg saif serbu ke majlis kahwin Zaid yaa!!
Ada sesiapa nak order? sementara saya masih belum due. hehe
P/s: terima kasih cikgu Lina, sempat saya shopping keklapis darinya untuk hadiah hantaran walimah Cikgu Amin.
Sunday, November 22, 2009
Basic deco class
Alhamdulillah... berakhir sudah kelas petang tadi. Merasa jadi cikgu kejap. hehe. Memula macam tak konfiden juga. Tapi kawan-kawan ni teringin nak belajar. Ikutkan aje. Lagipun ajar kawan-kawan, takde hal punya. Yuran pun amek harga kawan-kawan juga. Feedback, diorang happy sangat sebab dapat tau serba sedikit skill baking cake n deco terutamanya...pastu request pulak mintak buat kelas cupcake. aiyaarkkk!
Wahai anak-anak muridku... balik nanti praktis selalu ya!! Tahniah. Dalam banyak-banyak pattern saya ajarkan, semuanya pakat nak buat basketwave kat tepi kek. haha. apa yang best tuh.
Hajar... cantek deco dia. Orangnya diam ajer. concentrate betoi.
Ni anak dara sorang yang naughty! hehe. dah tak sabar nak 'ngap' the cake
Kak Maznah yang cool...
Kak Rohaya, bakal tokeh bakery... saya segan kat dia sebab dia pandai buat cheesecake n bun. huhu
Kelas seterusnya, lepas raya haji. Kawan-kawan juga nak datang belajar. Harap-harap saya masih larat lagi time tu. heee
Monday, November 16, 2009
Ihtifal Kak Ibah
Kelas 5 tahun. Kak Ibah dapat no. 1 (lagi), tahniah. Tapi itu bukan menjadi kayu ukuran kejayaan untuk dia sebenarnya. Apa yang saya bahagia ialah anak yang sorang ni berjaya mendapat pendidikan dari Tadika Huda yang mendidiknya selama 2 tahun sejak umurnya 4 tahun. Sudah boleh menghafal sikit-sikit surah pendek n mathurat, ayat-ayat dalam solat, sudah boleh membaca. Tapi satu jer, agak malas. Hmm... tapi saya tanak memaksa dia, sekarang peringkat umur untuk dia bermain puas-puas. Biarkan perkembangan otaknya dilalui secara normal.
Tapi ada satu masalah, kuat tengok TV la pulak! suka tengok kartun dan sinetron. aiyarrk. Pengaruh Indonesia sudah menular pada anak saya. Gimana nih...
Mujur Saif banyak membeli CD kartun pendidikan dan Islamic Edu untuk mengisi masanya daripada keje mengadap sinetron tuh!
hmm... saya pun suka tengok tv juga! tapi bukan sinetron. CSI. pastu citer-citer melayu pun layan la jugak. Tapi kalo tengok bersama Kak Ibah, ada juga saya selitkan beberapa pengajaran. Supaya dia sendiri dapat menilai baik dan buruk cerita tersebut. Tapi lately citer melayu pun bikin merapu juga macam sinetron.
Sedikit gambar-gambar Hari Ihtifal Ibah....
sedang memegang kad huruf P & H
Bacaan mathurat, paling kecik sekali belah kanan
kak Jus, simpan gambar ni elok2 ek... Imtiyaz dok sebelah girlfriend la... hehe
Monday, November 09, 2009
Bertiga...
Saif bepergian lagi, ke Jakarta 5 hari. Saya kembali menjadi supermom. Sangat sibuk weekend ni, kena set up program Smart Start, kursus untuk bakal pengantin 7-8 November kerjasama JIM dan LPPKN. Biasa lah.. kalo program kerjasama ni, kena la buat yang terbaik. Nak kena nampak perfect aje. Sentiasa bersedia kalo ada apa keperluan yang tak mencukupi. huhu. Alhamdulillah... kursus berakhir dengan jayanya. Orang LPPKN pun nampaknya berpuas hati dan ingin bekerja sama lagi. Silakan!! Cuma tempat kursus tak berapa best. Toilet problem. Lepasni kena cari tempat lain laa... post mortem..post mortem..
Terima kasih Pak Utih (En Shafiai) sebagai penceramah jemputan bagi pihak JIM. (sabtu orang LPPKN bagi talk, Ahad orang JIM bagi talk). Dapat feedback peserta, slot Pak Utih paling best!
Kesian anak-anak ditinggalkan 2 hari di rumah. Umminya sibuk betul sepanjang minggu lepas. Baba pulak takda. uhuk!
teringat pulak suatu ketika sambil tinggal bertiga....
Tasneem: Ummi, citak ! citak! (sambil tunjuk cicak kat ceiling)
Ummi: Ha'ah la dik, cicak (saya sebenarnya penat giler time tu)
Kak Ibah: Ummi rasa cicak tu nak pi mana ek?
Ummi: Mana la ummi tau... (jwpn pun dgn nada malas)
Kak Ibah: Sebenarnya cicak tu nak balik umah cicak laaaa. Apala ummi nih!
pulaak!
Tuesday, November 03, 2009
Selamat Hari Lahir
Selamat Hari Lahir buat mama tersayang, Pn Mahyon Hashim. Seorang ibu tunggal yang sangat tabah, kuat semangat dan pandai memasak. Kek ni ditempah khas dari seorang kawan yang tinggal berhampiran dengan umah mama, seorang graduan yang meninggalkan kerjaya asal, dan membuat duit melalui kelas kek dan mengambil tempahan. http://inasalybakery.blogspot.com/ yang buat kek secara marathon dan kelamkabut, sebab saya nak last minit. hehe. sori Lina! Mujur saya mintak yang paling simple. Asalkan Lina sanggup terima order saya. Hasilnya... rupanya ini dinamakan paling simple, siap berbunga-bunga tulip! perrgh...
Mama, kakak bangga jadi anak mama! mintak maaf sebab tak dapat bake cake untuk mama sebab pregnant kalini tak larat sesangat dan agak sibuk. Huhu. Next time, insyallah!
Thursday, October 29, 2009
Kesedaran
Kita perlu ada kesedaran dalam hal-hal dan sikap seperti ini. Apatah lagi sebagai seorang Muslim. Rasanya tahap kesedaran rakyat Malaysia masih lagi berada di tahap yang tidak membanggakan berbanding di negara maju lain
Lokasi: Pasaraya Hafifah (dalam tu ada kedai saya Iqra' Books)
Sikap: bila beli barang, tak simpan balik troli, biarkan saja di tempat parking kereta sehingga orang lain nak parking, kena turun kereta, ubah troli dulu, pastu baru boleh parking.
Dah tu pula. sampah dalam keretanya dibuang pula ke dalam troli tersebut. aiyaarkk...
saya pernah tengok Dr Wahab, yang sudah lama menetap di luar negara, seorang pemilik bakery kat bawah kedai saya menolak troli2 pelanggan untuk disimpan di tempat troli sambil menyatakan, "this is Malaysian!"
Sangka baik saya:
1. mungkin orang tu sakit perut kot, sehingga tak sempat nak pergi simpan troli kat tempat troli.
2. mungkin mata orang tu nampak troli tu sebagai tong sampah, atau tertera "sila buang sampah disini", dia sorang je nampak, orang lain tak nampak pun ianya sebagai tong sampah. terer..
Lokasi: Giant Alor Setar
Sikap: tengok la parking cemana, 2 petak sekali dia sapu. Sampai orang lain takleh nak parking. Dah la masatu parking penuh.
Sangka baik saya:
1. Dia ni baru belajar parking kot... baru lulus lesen agaknya.
2.Kereta dia besar sangat kot, takut orang lain parking kat sebelah dia, nanti tercalar kereta dia. Bagus, sayang kereta.
Tuesday, October 27, 2009
Belajar Buat Coklat
Semalam (ahad) Saif ada program di UIA. Saya teringin sekali nak ikut (baca: saja menyusahkan diri). Jadinya saya join kursus coklat di Bangi sementara menanti cik abang berprogram di UIA. Saya join kelas coklat tu bersama Huda. Sebahagian gambar-gambar pun ada kat blog Huda.
Thanks to our teacher Pn Rahimah dan adiknya Jamaliah yang sangat baik. Puas hati belajar. Bawak balik Perlis 50 biji coklat. Ha... amek kau! Makan puas-puas..
Dapat info macam-macam, baru tau jenis2 coklat, cara tampering mudah jika dirumah. Resepi pun sedap. hmm... lepasni boleh la buat sendiri
Sementara menunggu Saif habis kursus, kami jalan-jalan ke Midvalley, call faizah and buat gathering bertiga. Asalnya Asma ikut skali, tapi dia ada program ngan student. huhu. tak dapat nak jumpa Asma. Lama betul kami tak jumpa. Teringat zaman kecik-kecik berhingus dulu (berhingus ke? taklah). Kalo semua ada ni, mesti riuh punya. Takpe, tahun depan kita buat proper gathering batch kita ek!
Friday, October 23, 2009
Guru Qur'an
Masa umur 7 tahun, mak saya bawa saya ke rumah Tok Su Pishah (sekarang dah meninggal, arwah). Guru quran yang paling garang kat kampung tu saya rasa. Masa mak bawak saya tu, dia juga bawakan gulai ayam dan pulut kuning untuk disedekahkan pada Tok Su sebagai tanda saya sebagai murid baru. Umah Tok Su sebelah aje dengan rumah Tok Mak (tok saya).
Maka bermulalah episod saya belajar muqaddam. Mula-mula Tok Su ok la. Tapi cam serius aje ngajar muqaddam sambil pegang rotan . Lepas tu Tok Su makin garang. Eei... takut saya. Sehinggakan belajar muqaddam setiap hari jam 3 petang merupakan suatu mimpi ngeri buat saya. Bila jam 3 petang aje, saya mulalah buat-buat tido, atau pening kepala. hehe. Malasnya nakpi ngaji tuhan saja yang tahu.
Saya selalu balik mengadu pada mak yang Tok Su tu selalu marah-marah saya. Dia cakap macam-macam, saya suka baca main-main, saya ni lambat nak ubah mukasurat dan suka menangis. hiks. Tapi satu je, saya tak nak bagitau ayah sebab nanti ayah akan puji Tok Su tu lebih-lebih. Tok Su semuanya betul. Saya semuanya salah. Jadi malas saya nak dengar. Mak saya ok je, dia diam je dan suruh saya bersabar. Ada ketikanya mak saya sokong saya. Tak macam ayah asyik salahkan saya aje. Mak selalu kata, "isk...ada ke Tok Su tu kata anak mama lambat boleh? anak mama budak pandai apa!". Haa... tu ayat yang saya suka dengar tu. Padahal mak saya cuma nak bodek saya je tu. hihi
Saya sempat belajar dengan Tok Su selama setahun lebih aje, lepastu saya bertukar sekolah ke Al Islah, Tikam Batu. Masa tu saya rasa seronok sebab tak perlu lagi mengadap Tok Su yang garang itu. Saya tak suka Tok Su. Betul- betul tak suka.
Tapi harini, kerana Tok Su yang garang tu la saya boleh membaca al Qur'an dengan lancar dan khatam al Quran masa masuk darjah 3. Tok Su yang mencelikkan saya ke arah bahasa syurga. Betapa berjasanya Tok Su pada saya. Alfaatihah saya sedekahkan pada arwah Tok Su, seorang guru insan yang telah berjasa dalam hidup saya. Moga Allah tempatkan beliau di kalangan para solehin. Amin...
Tapi sekarangni, manada guru quran pukul anak murid dengan rotan, silap-silap mak pak yang datang saman or pukul cikgu tu balik, dan kalo garang sangat, takde sape yang nak hadiri kelas quran tu kan! hmmm... rugi Nusaibah tak merasa kena rotan macam saya waktu kecik-kecik dulu!
Sekarang saya jual Qur'an, boleh singgah ke http://www.quranonline2u.com
Wednesday, October 21, 2009
Basuh Tandas
Saya bersekolah SMI Hira, Klang. Ada satu peraturan wajib pelajar asrama, iaitu perlu membasuh tandas sekolah setiap hari mengikut jadual diberi. Jika ada sesiapa yang melanggar peraturan, denda basuh tandas sekolah juga diberi. Buat bising waktu prep pun denda kena basuh tandas juga. Tak pergi prep pun kena denda basuh tandas juga. Pendek kata, apa saja peraturan kecil dilanggar, dendanya ialah basuh tandas sekolah. Banyak tau tandas sekolah. Masa tu ada tandas sekolah rendah lagi, tandas sekolah menengah lagi. Berpeluh juga. Itu peraturan SMI Hira'. Saya tak pasti samada peraturan ini masih lagi berkuatkuasa atau tidak pada masa sekarang.
Oleh kerana saya salah seorang pelajar asrama ketika itu, saya pun turut tidak terkecuali membasuh tandas. Kau tahu sajalah tandas sekolah. Kalo cantek macam gambar kat atas tu, takpe juga. Basuh lama-lama pun best. hehe
Saya pernah tanya sendiri pada mudir (pengetua sekolah) tentang peraturan ini. Kenapa asyik basuh tandas aje kalo kena denda? Pastu kami pelajar asrama, jadi kemestian pulak kena basuh tiap- tiap petang. Sekolah tak payah ambil cleaner untuk basuhkan tandas. menjimatkan.hehe.
Kata mudir, satunya adalah aspek kebersihan. Sekolah akan nampak hebat jika tandasnya bersih. Dan paling penting, ia adalah salah satu tarbiyyah untuk kamu bahawa basuh tandas ini melatih disiplin diri dan mengikis sifat besar diri serta melahirkan sifat tawadhu' dalam diri.
Tapi betul ... zaman kami bersekolah dulu, tiada kes-kes disiplin yang berat berlaku....
Terima kasih mudir Khairul..walaupun hal ini kecil, tapi ia significant! (amek ayat prof Kamil)
p/s: nanti boleh denda Kak Ibah basuh tandas, muahahaha. Tapi dia suka pulak basuh tandas sebab boleh main air. Siap bawak masuk pistol air. aiiyaarkk.Maklumla tandas rumah, mana kotor sangat pun!
Monday, October 19, 2009
Chopper
Masa saya berumur 5 tahun, saya ada chopper. Basikal pertama saya. Berwarna merah. Tapi takla secantik gambar kat atas tu. Masa tu kawan-kawan semua ada basikal bmx, saya pun minta kat ayah nak basikal juga. Nanti nak naik basikal dengan kawan-kawan. Masatu kami tinggal kat umah tok mak. Mak kepada ayah saya. Saya anak tunggal. Saya tiada adik hinggalah darjah 1 baru dapat adik. Jadi saya kesunyian dan teringin nak berkawan. Kata kawan-kawan, 'kalo hang takda basikal, hang takleh main ngan kami' (ada juga kawan cenggitu ek, hehe). Saya balik beritahu ayah, menangis nakkan basikal.
3 hari lepastu, ayah belikan basikal. Tapi pelik rupanya. Tayar depan kecil dari tayar belakang. Tak macam kawan-kawan yang lain. Mereka ada bmx. Saya sangat gembira, petang tu juga saya bawak basikal ke tempat bermain kawan-kawan.
Masa saya sampai di situ, mereka ketawakan basikal saya. Basikal saya pelik lah. Takda orang ada basikal macam saya. 'basikal hang jenis lain, takleh nak geng ngan kami'. Basikal hang macam orang cacat. Saya sedih sangat. Masa tu saya rasa marah sangat kat ayah, Kenapala ayah beli basikal pelik, sebab tu kawan-kawan tanak main dengan saya. Sudahnya saya tiada kawan. Saya lari balik rumah. Sandar basikal peliktu kat bawah rumah. Saya benci tengok basikal pelik tu. Lantas saya marah pada ayah kerana basikal tu. Ayah cuma senyum aje. Mungkin dia tahu saya ni tak mengerti apa-apa. Ayah kata dia hanya beli yang terbaik untuk saya. Saya memang tak faham apa-apa waktu tu. Saya tinggal aje basikal tu di bawah rumah. Ayah simpankan di bawah tangga supaya tidak hilang. Saya tak pedulikan basikal pelik tu lagi...
Bila saya besar... baru saya faham... rupa-rupanya hanya saya seorang aje kat kampung tu pakai basikal tu. Mahal pulak tu. haha..
ayah... oh ayah... saya rindukan arwah ayah!
Harini, Kakak Ibah pula mahukan basikal sebagai hadiah harijadinya seperti mana saya mahukannya suatu ketika dulu :)
Monday, October 05, 2009
Hal Ehwal Raya
Dah menulis, tapi lupa nak publish...
Raya tahun ni beraya di Teganu kiter. Kampung mertua (ummi n ayah mertua saya orang Teganu) jadi satu Teganu tu sedara mara depa. Memang kalo balik Teganu, perut sentiasa kenyang. Mata sentiasa mengantuk (sebab kenyang). Bersusun umah kena pergi beraya. Ada satu kampung tu, Bukit Bayas (org Teganu sebut: Bukit Bayah). Satu kampung tu sedara ummi n ayah. So park kereta, then berjalan aje sepanjang kampung melawat umah-umah sedara mara. Rumah mak-mak sedara kat Teganu ni cantik belaka. Aiyaark.. beraya sampai terlupa nak snap gambar-gambar umah yang lawa-lawa ini. Tahun depan kena amek lah buat koleksi.
Bertolak sehari sebelum raya, dijangka sampai Teganu petang raya konvoi 2 buah kereta. Kereta kami dan kereta ayah. Tiba di Teganu agak lewat jam 10 malam sebab kami accident di Jeli. Kereta tiba dari arah bertentangan tetiba terbabas masuk ke lane kami, menyirap darah, anak-anak n maid ada kat belakang. Saya n Saif menjerit dan mengucap banyak-banyak. Saif brek untuk mengelak. Tiba-tiba datang kancil menghentam kereta kami dari belakang. Alhamdulillah kami tak apa-apa. Syukur. Kancil belakang kami teruk juga, remuk bahagian depan, kena 'on tow'. Kereta kami, patah bahagian pemegang ekzos (tatau org panggil ape part tu ek?). Absorber/bumper ada kemik sket. Baru sedar, bila lihat kereta kancil yang langgar kami dan dibandingkan dengan kereta kami, kereta kami macam takde accident pula. Syukur body agak keras. Kredit to Honda. Gegaran minima, kami dalam kereta tak terasa sangat hentakan kuat dari belakangtu.
Baru accident, alhamdulillah takde pape. Tapi bahagian kanan belakang berhampiran ekzos ada kemik sket, kena tukar absorber/bumper baru dan sarung tayar ada patah sket di bahagian bawahnya.
Mujur dapat meneruskan perjalanan, kebetulan dalam kereta ada disimpan tali. Jadi ikat tali pada ekzos dan terus ke Balai Polis Jeli, tunggu kereta ayah tiba kemudian sama-sama teruskan perjalanan ke Teganu. Nak repair? mana le kedai buka malam-malam raya ni. Raya ketiga baru pi repair. Kelakar juga, berjalan merata ke rumah orang beraya dengan ekzos terikat tali macam tu. Menakutkan juga.Takde sape pun sedar. hehe. tali nun jauh bahagian bawah kat tengah.
Tapi kejadian ini mengingatkan kembali kenangan kami sekeluarga accident pada April 2006 lepas dimana saya kehilangan anak kedua (4 month pregnancy) dan tangan patah riuk. Sangat trauma.
Alhamdulillah... kalini kami semua selamat. Allah melindungi perjalanan kami. Syukur...
Rayuan Batal Sebat Persenda Hukum Syariah
Moga ramai lagi pengamal undang-undang di dalam JIM untuk memberikan pandangan, ilmu serta pengalaman mereka.
-----------------------------------------------------------------
Oleh Hasliza Hassan
haliza@bharian.com.my
Semua pihak perlu akur keinsafan Kartika sebagai Muslim untuk jalani tindakan syarie
KETIKA heboh isu sebat, Kartika Sari Dewi Shukarno sendiri sama sekali tidak mempertikaikan hukuman yang diputuskan mahkamah tetapi orang lain pula beriya-iya meminta pelbagai pihak termasuk kerajaan untuk mengkaji semula hukuman yang sudah termaktub dalam undang-undang syariah.
Malah, pengalaman dilalui model sambilan itu yang reda dengan hukuman sebat dijatuhkan atas kesalahan meminum arak, kini membuka lembaran baru dengan penampilan lebih positif.
Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Pelaksanaan Syariah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Dr Zulfakar Ramlee, berkata perubahan itu sepatutnya menjadi tamparan hebat kepada mereka yang memperjuangkan supaya hukuman ditangguhkan dan disemak.
"Itu satu tamparan kepada orang yang memperjuangkan supaya hukuman ditangguhkan sebab orang yang nak disebat sudah nampak perubahan dari segi penampilan tetapi orang yang kononnya nak membela, tidak ada perubahan. Pada saya itu satu tamparan untuk mereka," katanya.
Beliau berkata, tindakan pihak yang mempertikai pelaksanaan undang-undang syariah termasuk hukuman sebat terhadap jenayah syariah boleh menimbulkan tanda tanya serta sangkaan wujudnya motif tidak baik terhadap Islam.
Zulfakar yang ditemui selepas sidang media pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam membantah tuntutan menghapuskan undang-undang jenayah syariah, berkata suara kumpulan minoriti itu tidak seharusnya diberi perhatian.
Katanya, suara sakti majoriti masyarakat Islam yang mendukung kedaulatan undang-undang Islam sepatutnya diambil kira bagi mempercepatkan usaha ke arah meningkatkan martabat serta memperkasakan undang-undang syariah.
"Menjadi harapan NGO Islam supaya suara memperlekeh undang-undang serta mahkamah syariah tidak diberi ruang. Saya tidak fikir kerajaan atau pihak berkaitan ingin menunggu umat Islam menghukum baru hendak mengambil tindakan.
"Inilah masanya kerajaan melakukan sesuatu bagi memastikan kedaulatan undang-undang syariah dipelihara dan dipertahankan. Saya bersetuju keputusan Panel Rayuan Kehakiman Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan memutuskan hukuman enam sebatan terhadap Kartika kekal dan akan tetap dilaksanakan," katanya.
Katanya, Kartika juga bukan orang yang pertama menerima hukuman sebat atas kesalahan minum arak kerana Kelantan sudah melaksanakan 13 hukuman rotan terhadap pesalah jenayah syariah tetapi isu itu tidak diperbesarkan.
Mengenai kewajaran hukuman sebat itu dilaksanakan di khalayak umum, Zulfakar berkata, ramai tidak faham falsafah hukum Islam iaitu untuk mendidik orang lain supaya tidak melakukan kesalahan sama.
Beliau berkata, hukuman sebat mengikut undang-undang syariah boleh diibaratkan seperti hukuman rotan di khalayak ramai di sekolah yang tujuannya memberi pengajaran kepada pelajar lain tidak mengulangi perbuatan dilakukan rakan mereka.
"Apabila orang lain lihat, akan timbul rasa malu jika dirotan. Jika buat di tempat tertutup, tiada siapa pun akan tahu dan mendapat pengajaran. Ini simboliknya dan inilah falsafah Islam tetapi orang tidak faham," katanya.
Kisah Kartika mendapat tumpuan pelbagai pihak termasuk media asing apabila dijatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, 20 Julai lalu selepas mengaku salah minum arak di pusat hiburan di Cherating, dua tahun lalu.
Isu itu kemudian menjadi perbahasan kumpulan yang membuat permintaan supaya hukuman sebat diketepikan dan dibalas pula pelbagai pihak yang melihat kepentingan memastikan hukum syarak dilaksanakan.
Berita Harian turut menyiarkan dua siri rencana mengenai pelaksanaan hukuman sebat mengikut hukum syarak yang merangkumi prosedur hukuman sebat terhadap pesalah wanita serta rotan yang boleh digunakan.
Bagaimanapun, masih ada kenyataan dibuat sehingga kini mengenai hukuman sebat terhadap Kartika Sari yang ditangguhkan pada Ramadan lalu kerana menghormati bulan puasa.
Disebabkan kenyataan demi kenyataan yang dibuat itu, NGO Islam bertindak membuat bantahan terhadap tuntutan Sisters in Islam (SIS), Pertubuhan Pertolongan Wanita dan Kumpulan Bertindak Menentang Keganasan Terhadap Wanita (JAG).
Berikutan itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Persatuan Alumni Kolej Islam (Alkis), Jamaah Islam Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mendesak kerajaan mendakwa semua pihak yang membuat tuntutan bersifat menghasut serta menghina ajaran Islam.
NGO berkenaan juga meminta supaya dana diterima pihak berkenaan disiasat, membatalkan permit akhbar dan media menyiarkan pandangan bersifat menghasut untuk menghapuskan undang-undang jenayah Islam.
Mereka juga mahu ajaran Islam dipelihara selaras kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara seperti termaktub dalam Perlembagaan serta meminta pihak yang tidak berkenaan usah mencampuri urusan di mahkamah syariah.
Jabatan Undang-Undang Islam, Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam kenyataannya berkata, pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah tidak bertentangan undang-undang antarabangsa.
Pelaksanaan hukuman terpakai tanpa mengira jantina walaupun ada perkara perlu diambil kira sebelum hukuman dilaksanakan khususnya jika membabitkan pesalah wanita.
Hukuman itu juga bukan satu diskriminasi terhadap wanita dan oleh demikian tidak bertentangan Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang turut dianggotai Malaysia.
"Hukuman sebat mengikut undang-undang Islam bersifat kemanusiaan kerana perlu ambil kira faktor yang boleh memberi mudarat kepada pesalah termasuk tidak melukakan kulit pesalah. Ia juga bukan satu bentuk penderaan, hukuman kejam atau menghina," katanya.
Katanya, menurut Islam hak asasi manusia hendaklah ditafsirkan mengikut kehendak Islam yang mana hak seseorang individu diimbangkan dengan hak masyarakat yang inginkan keselamatan dan kesejahteraan.
Pendirian Kartika untuk mengaku bersalah dan bersedia dihukum harus dilihat sebagai kerelaan bagi mematuhi perintah Allah dalam menegakkan keadilan walau terhadap diri sendiri.
Wednesday, September 30, 2009
Vocab Tasneem
photoshoot dari umah Mck Chah di Teganu, pandangan depan
Tasneem Sofiyya sudah berumur 1 tahun 3 bulan. Lagi 3 bulan aje lagi gelaran 'adik' bakal dilupuskan dan bertukar kepada gelaran 'kakngah'. Manja... toksah cakap la. Tatau cemana datang adik baru nanti.
Ada beberapa vocab yang Tasneem cuba nak sampaikan dan tidak difahami oleh orang lain, kecuali ummi n baba, seperti,
"nak air" = nak dukung
"lalak" = berak
"nanak"=tanak
"nene"= neni (our maid)
"meme"= ummi
"bah"=kak ibah
"tada"= nak surprise kan orang
"eeei"= excited kepada sesuatu
"niii"=amek la barang kat tangan saya ni
"wawawa"=nak susu
perkataan lain seperti nak, baba, jom, cicak, nah semua difahami oleh semua orang
Tasneem ni unik sikit jarinya. Sebelah tangan kanan ada 6 jari. Risau jugua saya .heee
Kata Mama saya, "takpe...nanti bila Tasneem dah jadi doktor pakar ke, scientist ker, jutawan ker.. orang dah tak nampak dah jari dia yang lebih tu!"
uikss...materialistiknya orang! haha
Tuesday, September 29, 2009
Sudah Pandai Kak Ibah
Pertama kali budak berdua ni dapat peluang main pasir Pantai Batu Burok, Teganu
Kak Ibah sudah pandai membaca pada umur 4 tahun, syukur sudah mencapai target. Sekarangni sedang pulun habiskan dia Iqra' dan (English) Read Easy. English masih berterabur lagi. Tak seterer Umar sepupunya yang slanga ala-ala mat salleh tu. hehe
Sudahnya Kak Ibah sudah mula membaca blog saya. Bising dia kalau saya tak update blog. Apa yang tak bestnya, dia selalu menegur ejaan saya selalu salah. Yelah, saya taip ikut sedap aje. Rumah jadi umah, kasihan jadi sian. "ummi selalu salah eja, apala ummi ni," tegurnya. Aiyaarkk.. susah juga ya. gi mana nih?
Bila saya fikir semula, berbalik pada tujuan asal saya menulis blog adalah merupakan catatan perjalanan hidup saya, jatuh bangun saya dalam perniagaan, kejayaan dan kesedihan, suara hati saya serta kisah anak-anak saya. Semua tu saya tuliskan untuk anak-anak saya supaya mereka dapat membacanya pabila saya tiada nanti. Betapa susahnya ummi n baba mereka bertatih dan membina sebuah kehidupan. Lor... tetiba sedih la pulak. uhuk
Saya tahu, ramai yang singgah di blog ini (berdasarkan stats), walaupun entry yang tah apa-apa alahai. Ada peminat rupanya. hiks.Ada pula yang minta saya sambungkan kisah trip ke Bandung tempohari. lucu. Baru teringat, saya tulis separuh jalan! Ya Ampun...
Tapi ada statement dari orang yang saya sangat kenali mengatakan bahawa, kadang-kadang apa yang kita tulis tu macam nak berbangga diri pulak, macam nak tunjuk kat orang apa yang kita ada. Hmm...kalo begitu,ok juga jika diprivate kan saja blog bagi mengelakkan hal-hal ini berlaku. Hanya invited reader seperti kawan saya Aini dah buat tu. Hmm... sedang memikirkannya juga nih.
Sunday, September 27, 2009
Buat Rumah
Cerita mengenai rumah. Saya kira, kebanyakan rakan sebaya saya telah pun memiliki dan membeli sekurang-kurangnya sebuah rumah. Rakan seuniversiti saya, Sakinah telah mempunyai 3 buah rumah, sebuah rumah Semi D yang beliau diami sekarang di Puchong Perdana (kinah, correct me), dua buah lagi adalah apartment/ flat untuk disewakan dan dijadikan properties. Hebat mereka kan! tu tak tengok rakan yang lain lagi. Ada sorang kawan tu memiliki 18 biji rumah sewa. perrghhh. Bayangkan aliran wang masuk setiap bulan untuk setiap biji rumah mereka tu.
Sebenarnya, kami tiada rumah sebiji pun. Kesiankan! huhu. Atas keprihatinan, mertua saya menghadiahkan sebidang tanah (kecik aje tau) untuk kami buat rumah di belakang rumah mereka. Mungkin juga mengharapkan supaya kami tinggal berdekatan dengan mereka. Saif pun anak sulung. Saya faham tanggungjawabnya. Terhadap ibu bapa yang utamanya, lepas tu barulah keluarganya (isteri dan anak-anak). Saya mengikut saja apa yang terbaik. Ada baiknya anak-anak saya tinggal rumah bersebelahan dengan tok ummi dan tok ayah mereka. Atleast anak-anak saya dibimbing dan diperhatikan selalu.
Mama saya berpesan supaya memuliakan mertua saya, sayangilah mereka seperti mana saya menyayangi ibu bapa kandung saya. Pernah suatu ketika kami mahu menyewa kediaman sendiri, tapi mama saya menegur supaya saya tinggal saja di rumah mertua selagi kami belum membeli rumah sendiri. Kata mama, "Apa kata diorang tiba-tiba saja korang nak berpindah?"
Memang saya punyai keinginan yang kuat untuk hidup di rumah sendiri. Sudah 6 tahun saya tinggal bersama mereka, maid disediakan (sebab tu saya tak pandai memasak wahai kawan-kawan). Saya kira, kejayaan dalam kehidupan kami sekarang ini, berkat pertolongan, keredhaan serta doa mertua saya. Alhamdulillah syukur.
Berbalik pada sebidang tanah kecil tersebut. Insyallah boleh la memuatkan keluarga kami 4-5 beranak ni. Kami pun bukannya ada duit sangat nak buat rumah ni sebenarnya.huhu.Tapi, Sebolehnya mahu guna duit simpanan sendiri dan jika perlu buat loan, mungkin sebahagian saja. (baca: kopak duit ku lepas ni. hehe)
Oh tuhan, tika ini saya mengharapkan duit jatuh bedebuk dari langit. Mungkin ada rezki di mana-mana. Tapi saya sangat teruja untuk memiliki rumah sendiri walaupun kecil. Dah siap rumah kecil ni, baru boleh fikir untuk membeli properties lain. Amin. Berdoalah!
Tika menulis entry ini, saya baru sedar diri betapa sudah lama saya tak mengamalkan solat sunat dhuha. Teruknya saya! hanya mahu mengharapkan rezki melimpah ruah saja!
Friday, September 25, 2009
Masih Berhari Raya
Belum pulang ke Perlis lagi... masih dalam mood hari raya...photoshoot dari Terengganu..heh
Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin buat semua yang mengenali kami.
Dari kiri: Saif, Tasneem, Raiyan, Najah.
lokasi: Umah baru Su Mah