thePencil.org Ar RaiYan: T-shirt Labuh

Friday, November 03, 2006

T-shirt Labuh

Sudah lama saya berkecimpung dalam bisnes t-shirt labuh ni. Rasanya sejak company sahabat saya Anfaal (BrotherhoodArts) mula keluarkan tshirt labuh mereka, mungkin dalam tahun 2003/04 kot (tak pasti) saya antara yang terawal menjadi agent mereka di utara. Alhamdulillah... lebih 10k agaknya berurusan dengan mereka ni. Boleh buat belanja kenuri kawen kat hotel kan anfaal? hehe.
Sesambil tu saya try juga design sket2 untuk t-shirt labuh kanak-kanak. Laris. Tak sangka ada yang berminat. Then saya cuba design untuk tshirt dewasa, buat design bodo-bodo aje.masih belum leh tandingi BrotherhoodsArts lagi. Pada masa yang sama, saya masih lagi terus menjual t-shirt2 BrotherhoodArts. Sambutan? alhamdulillah menggalakkan. Lagipun saya buat tshirt, tak banyak. 100-200 helai aje sekali buat. cepatla habis :). Edar pun serata Penang, Kedah n perlis aje.
Ada rakan-rakan di KL bertanya, "aik...buat t-shirt nape tak iklan? laa... takdan nak iklan kak oi... dah abis stok".hehe. lagipun kami kat sini susah nak dpt suplier yang boleh bagi harga terendah dan kain yang berkualiti.
Lagipun saya tak sempat nak jual banyak-banyak disebabkan kesuntukan masa dan kesibukan bekerja.
T-shirt labuh ni sesuai dipakai di mana sahaja terutamanya bersukan. Menutup aurat, berbanding dengan t-shirt biasa yang agak singkat dan kurang sesuai untuk wanita. Kalo dulu, nak bersukan...nak kena cari baju yang labuh2 dan besar2... tapi sejak ada t-shirt labuh ni, tak payah susah-susah lagi.
kelakar juga bila teringat masa kami (saya dan beberapa org kwn) joined aerobik setiap pagi sabtu di dataran klinik Arau, ramai yang bertanya... "cantik tshirt, beli kat mana? Tak pernah jumpa pun". hehe. Saya mula la buka cerita. Saya le yang dok jual kak oi. minggu seterusnya... 20 orang yang memesan. hehe.
Alahamdulillah...sekarang, makin ramai yang menyedari pentingnya pemakaian tshirt labuh ni dan semakin ramai yang mengeluarkannya. tahniah. design pun hebat2 belaka. Moga usaha kita diberkati Allah hendaknya. Ameen.

2 comments:

Anonymous said...

diam tak diam mmg dah masuk tahun ketiga ummu nusaybah meniaga tshirt labuh nih. kalau dah nak hari sukan sekolah, cikgu2 ramai le yg pakat cari tshirt mcm nih. fardhu kifayah ni...hehe..

Anonymous said...

hehe.betoi tu.time sek nak sukan,sampai tak terlarat nak hantar.anyway, alhamdulillah :). brotherhood yg byk membuka peluang pada saya.tq Anfaal@ummu ulwan.

 
blog template by suckmylolly.com