thePencil.org Ar RaiYan: Berakhir kursus

Friday, February 16, 2007

Berakhir kursus

Harini merupakan hari terakhir Kursus Asas Perniagaan yang dianjurkan oleh Mara Negeri Perlis yang diadakan selama 4 hari (12-15 Feb). Banyak yang saya pelajari selain peluang-peluang dan sumber bantuan Mara, saya juga dapat ramai kawan baru. Betul kata Dr Irfan, kalo berada di kalangan kawan-kawan yang punyai semangat usahawan, kita pun turut teruja sama.
Kalo sebelum ini, saya memang berada di kalangan orang-orang bukan usahawan/bisnes iaitu di kalangan sahabat yang professional/kerja makan gaji. Saya rasa kadang-kadang rendah diri aje kerana saya bekerja sendiri.
Sepatutnya saya tak patut berfikiran macam tu kan!! ish... Saya seharusnya rasa berbangga kerana bekerja sendiri dan tidak makan gaji. Tidak perlu bergantung pada orang lain dan berani menghadapi risiko.
Memang diperingkat permulaan, agak susah. Kurang sana sini. Kalo senang, semua orang nak berniaga ye tak?
Saya rasa kagum dan bersemangat semasa Pengurus Hafifah Frozen Sdn Bhd yang sudi datang berkongsi pengalaman beliau. En Hazizan, saya dari dulu lagi teringin nak dengar pengalaman dan kejayaan encik suami isteri menguruskan Pasaraya Hafifah. Harini tercapai hasrat saya :)
Buat peserta kursus, kita akan bertemu lagi insyallah,Perlis ni kecik aje. Mereka ini semua memiliki perniagaan masing-masing. Ada yang bukak kedai gunting rambut, kedai kecantikan, kedai jahit, kedai bakeri, kedai runcit, bundle, kedai komputer. Hebat-hebat belaka. Menjalin persahabatan dengan mereka, untung-untung dapat diskaun bila ke kedai mereka nanti :)
Yang bestnyer... our business coach (penceramah jemputan MARA), En Alauddin bgtau pihak mara katanya, peserta kursus kalini pandai-pandai belaka.haha.Boleh tahan jugak kami-kami ni.


Saya ler tu! hehe. Menerima sijil dari Tim Pengarah Mara Negeri


Para peserta yang sporting with Tim Pengarah negeri

No comments:

 
blog template by suckmylolly.com