thePencil.org Ar RaiYan: Target !

Saturday, February 03, 2007

Target !

Sudah masuk februari, alhamdulillah, sasaran saya semakin mengena. Walaupun ada sasaran yang tersasar :). Produk saya di bulan Januari saya sasarkan dalam seminggu hanya 15 set kek batik butter. Tapi akan bertambah sekali ganda dalam bulan ini, iaitu sebanyak 30 set dalam seminggu. Bermakna sehari saya perlu mengeluarkan sebanyak 6 set kek batik butter.
Semalam berjalan lagi ke serata jajahan Arau :), ada pertambahan tempat. Di SMKA Arau n Politeknik serta pertambahan agent di Uitm. di Matrik dan SMK Dato' Sheikh, produk yang saya supply tak mencukupi ;)so kena tambah jadi seminggu 2 kali. Di Politeknik, esok start masuk produk. Doakan saya ye :)
Alang-alang melawat kawasan ni, kami terus ke beberapa sekolah di Kangar. Kalo sebelumni kami tuju ke koperasi sekolah, tapi disebabkan koperasi di beberapa buah sekolah tidak menerima barang basah, kami try la ke kantin sekolah, deal dengan kantin susah sikit. lagipun saya tak target kantin sebab memang tau diorg ni akan buat sendiri produk makanan diorang. tapi suami saya ni suka dok pi tanya, saja nak dengar alasan mereka. akhirnya, kami berjaya mengumpul beberapa alasan dari beberapa kantin sekolah. Bukannya mengumpul pesanan produk.haha. Bestnya, setiap kantin punyai alasan berbeza. Kelakar juga.
Dalam 5 buah sekolah yang saya pergi semalam, ada 2 sahaja koperasi yang confirm menerima produk saya. Ada kemajuan :), jangan segan bertanya. Mula-mula rasa frust juga sebab memang saya target kelima buah sekolah tersebut. Dahle pi melawat masa tengahari panas terik, so jika jwpn negatif...tentulah terasa juga. Tapi abang kata, "ala...rilek le... baru 5 buah sekolah, ada 30 buah sekolah menengah kat Perlis ni yang kita belum jejak lagi". hehe.
Harini kebetulan sungguh, Cikgu Karim (kawan ayah) seorang guru koop di MRSM, meminta saya meletakkan produk di koop MRSM. Yes! dapat lagi satu. Sebelah petangnya suami Nizah sms, mintak datang ke cafe KTP (Kolej Teknologi Perlis) katanya tokeh cafe tu adalah rakannya, dia minta saya pergi tunjuk sample produk di sana. di KTP ada dua cafe satu cafe staff/students dan satu lagi cafe di kolej (asrama) mereka.
Hmm... sasaran saya akan datang adalah Unimaps (Universiti Malaysia Perlis), cemana nak masuk tu... kalo dapat cari kaki/agent macam dok buat kat Uitm tu pun bagus juga :). Moga Allah permudahkan urusan saya.
Alhamdulillah...saya punyai ramai kawan dan sedara mara yang memang ikhlas niat nak membantu luaskan bisnes saya. dan mereka inilah juga yang menjadi pelanggan tetap fotostat di kedai saya. jadi tukang tolong kumpul bahan yang nak difotostat di tempat keje masing-masing pun ada :), then mereka hantar ke kedai saya.Terima kasih semua. Moga Allah merahmati anda semua. hanya Allah saja yang dapat membalas segala jasa baik kalian.

p/s: Tahniah Nizah dapat kuaters Politeknik. Dah duduk kat dalam sana tu, leh la saya pi lepak selalu yer :), lepak ada makna tu Nizah. hehe

No comments:

 
blog template by suckmylolly.com