thePencil.org Ar RaiYan: Buku Hari Ini

Monday, March 19, 2007

Buku Hari Ini


Tiap kali saya merasa sedikit kegusaran, saya seringkali membaca buku ini, menghayati bait- bait perkataan...menyelami penyampaian.... bagus sekali. Buku ini sudah lama diterbitkan dan mendapat jualan terlaris di Indonesia. Berkali- kali dicetak. seterusnya di terjemah di dalam bahasa Malaysia (di bawa ke Malaysia la). Semasa saya diperingkat awal jualan buku, buku ini antara yang terlaris pernah saya jual. Saya merekomenkan agar semua dapat memilikinya. Anda rasa bersyukur dengan anugerah diberikan Allah pada anda berbanding dengan anda menangisi satu atau sedikit kehilangan yang anda alami.Satu buku motivasi yang menggunakan pendekatan mengikut sukatan Islam. Dapatkan dan baca, saya yakin semangat hidup anda di atas dasar Islam akan semakin meingkat atau yang sedang lemah, anda akan dapat melihat sinar-sinar kehidupan yang hakiki…
Boleh dapatkannya dikedai-kedai buku, Popular/MPH pun ada. Dapatkan segera!

sinopsis buku ini dipetik dari e-kedai.net:

Pengarang : Dr. 'Aidh Bin Abdullah AlQarni
Penerbit : Al-Hidayah Publisher
Harga : RM49.00 (kulit keras) RM 35 (kulit nipis)
ISBN : 983-099-606-9

Buku ini merupakan hasil kajian bersungguh-sungguh dari penulis yang cuba menyelesaikan berbagai masalahdalam kehidupan manusia. Permasalahan yang imbul akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan,kesedihan, keputusasaan, hilang harapan, kekecewaan dan berbagai lagi.

Buku ini diharapkan dapat memberikan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk ajaran Nabi dan panggilan fitrah kemanusiaan, serta melalui berbagai saranan yang kreatif dan etika yang mengkagumkan. Di dalam buku ini juga terdapat berbagai nukilan sejarah para sahabat terbaik dan tabi'in terpilih. Juga ada beberapa potongan bait puisi para penyair terkemuka, nasihat daripada para doktor, pesanan para ahlu hikmah dan tuntunan para ulama.

Di antara lembaran-lembaran halaman buku ini terdapat pula beberoa hasil karya ilmiah dari para ilmuwan Timur dan Barat, terdahulu dan masa kini. Semuanya dirangkum dari berbagai sumber media maklumat, berupa tulisan yang terdahulu, majalah, makalah dan beberapa media lainnya.
Buku ini merupakan kumpulan berbagai topik yang disusun rapi dan telah disaring serta diringka.Ringkasnya,buku ini akan mengatakan kepada anda: "Bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan jangan bersedih"

6 comments:

kakLuna said...

saya beli buku ni version Indonesia..lebih murah ..harga RM30 saja..hehe

tapi bahasa Indonesia lebih lembut, menyantun jiwa dan dalam kesannya..

di kala2 ujian menimpa...mmg buku inilah capaian saya. :)

Raiyan said...

wah..Luna sudah memilikinya! tahniah. Saya ada juga baca buku indon nya, lebih kurang sama aje bila diterjemah ke bahasa melayu kita. sebab bahasa indon-melayu lebih kurang sama.
ya, buku la tahzan indon lebih murah rm 30, tapi saya miliki kedua duanya. indon n malaysia.hehe. (tokeh buku katakan)
best kan baca buku ni!!

ummibatrisya said...

salam,

ummi dah cari buku ni kat MPH Ipoh tak jumpa2. ummi ader pesan kat abah kalau terjumpa buku ni tolong beli untuk ummi. semua orang cakap buku ni best. tak sabar ummi nak bacanya.

Raiyan said...

ummi,kalo abah tak jumpa...pesan aje kat saya.hehe

ummibatrisya said...

salam,

raiyan boleh jugak. ummi nak. so nanti raiyan hantar sekali ngan gelang kristal ummi. nanti raiyan beritahu berapa jumlah keseluruhannya. :)

Raiyan said...

ummi: hehe ni yang best ni. tak sabar nak tau ukuran tangan ummi n eica.

 
blog template by suckmylolly.com