thePencil.org Ar RaiYan: Terkenang...

Tuesday, July 22, 2008

Terkenang...

Bila baca petikan berita ni, terkenang kembali zaman sekolah masa di Hira' dulu. Masa tu mewakili sekolah dalam netball. Tengok sekolah-sekolah lain semua ada t-shirt seragam masing-masing. Kami aje yang pakai baju kurung ngan seluar trek main netball. Abis kotor baju kurung n terkoyak tepinya.Zaman saya dulu manade t-shirt labuh/t-shirt sukan yang menutup aurat. Paling kurang ada t-shirt long sleeve tapi masih singkat. Orang tengok pelik tapi diorang support jugak ..budak2 cina etc diorang sorak irak! irak! ..sebab tak reti sebut Hira' (bak kata kawan saya, Faizah.hehe).Teringat juga masa Hira' masuk spelling Bee. Kagum juga org tengok team Hira' boleh tahan hebat.. yerlah biasanya sekolah agama zaman dulu-dulu takde ler terer english ... siap gamba masuk front page The Star kalau tak silap..Teringat Muhsin. Di mana Muhsin yer skarang??
dan....
Di Hira' juga saya bertemu dengan suami saya sekarang..... haha
Ops... ni bukan bercinta zaman sekolah ye. Saya sendiri pun tidak menyangka jodoh ini. Kuasa Allah!!


Misi geng tahfiz
Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my

'TAGHYIR' adalah perkataan dalam bahasa Arab, membawa maksud 'perubahan'.

Justeru penyertaan lapan anak muda dari Sekolah Menengah Islam Hira, Batu 18 Jeram, Kuala Selangor yang tampil buat kali pertama di Karnival Futsal i-Metro, Zon Tengah bertekad untuk membawa impak perubahan kepada pasukan itu.

Biarpun tidak mendapat bimbingan daripada jurulatih, pasukan yang dikenali Taghyir FC itu dibarisi lapan pemain bertekad menyempurnakan misi serampang dua mata.

Bagi kapten pasukan, Amirul Aiman Muhammad Kamal, 18, berkata dia mahu memastikan barisan Taghyir FC dapat mempamerkan bakat masing-masing selain membuktikan tiada halangan dalam bersukan biarpun bergelar tahfiz Al-Quran.

Menyedari setiap pemain pasukan itu mempunyai bakat terpendam, Amirul sedar hanya dengan menyertai pertandingan dapat membuka minda setiap pemain terhadap kemampuan mereka.

"Maksud Taghyir adalah perubahan. Kami mahu membawa perubahan dalam diri kami dan juga corak permainan kami. Kalau boleh kami mahu melangkah ke Grand Final dan muncul juara Zon Tengah.

"Biarpun tanpa bantuan jurulatih, kami yakin boleh berjaya kerana kami mempunyai skil dan kelebihan sendiri," kata Amirul yang pernah terpilih untuk menjalani latihan futsal negara bawah 20 tahun.

Katanya, biarpun tidak dapat membarisi pasukan itu kerana melepasi had umur yang dibenarkan, dia akan tetap memberi sokongan pada kepada pasukan berkenaan.

"Pemain pasukan ini menjalani latihan setiap hari. Mengikut jadual asrama, setiap pelajar akan bangun pada pukul empat pagi untuk sembahyang tahajud dan selepas itu, kami beramai-ramai akan turun menjalani latihan.

"Biarpun tidak di atas gelanggang sebenar, asalkan ada ruang untuk bermain bola, kami akan turun berlatih. Tak kisah di atas jalan raya atau rumput," katanya.

Namun penyertaan mereka tidak semudah yang disangkakan apabila dua pemain pasukan itu terpaksa menarik diri kerana mempunyai komitmen dengan kegiatan sekolah. Begitupun, perkara itu tidak mematahkan semangat mereka untuk berjuang.



http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Arena/20080520084635/Article/index_html

8 comments:

Mynie said...

very interesting.. insyaAllah kehadiran mereka akan menjadi 'dakwah' kpd peserta/penyokong/etc yg lain2..

Aina Ana said...

Najah..cerita ko ni mengingatkan aku kat zaman kita sekolah la. Masih terkenang-kenang susah payah kita kat sekolah serba kekurangan, gaduh sesama sendiri, gaduh dengan pelajar lelaki, tiap2 minggu ada qiam, kelas dari 7.45pg sampai kul 5ptg, hari Sabtu sekolah juga, hari Jumaat ada Usrah, dsb.

Tapi Alhamdulillah tengok la batch kita macam mana sekarang. Berkat ilmu yg Muallim Muallimah ajar di Hira' menghasilkan kita-kita yang Alhamdulillah berjaya juga.

drnehar said...

Teruja nak membalas jugak entry ni.. hehe. Yup! I can still remember when we were all wearing BAJU KURUNG SEKOLAH PUTIH, kena lecak semua jadi la warna coklat tu ha.. hehe. Anyways, sorakan IRAQ.. IRAQ.. menyokong pasukan netbak Hira'. hehe.

Apa2pun, zaman la ni, dah ada Ukhti Najah & Pak Din untuk menjual t shirt2 labuh. Senang la adik2 Hira' la ni kalau nak bersukan. :)

Selamat berbisnes!!!

the author said...

huhu... korang citer2 cenggini...buat aku rindu pulak kang korang sumer!! uwaaaaa...

luna said...

pglmn bersekolah agama x kira kat mana sbnrnya 1 nikmat yg besar

sekolah aku dulu mmg ada t-shirt labuh

HAPPYIRFA said...

salam najah..
samalah kita.tp sy tukang sorak jer..x main pun.

ifah said...

ye lah kak najah,kalau ifah main netball dgn family kt brunei,mesti ifah teringat msa main kat sekolah dulu pakai baju kurung ngan seluar ..hehe..ifah teringat plak masa ptg2 kita main netball..suara kak najah lah yg paling kuat..jgn mare :P..tp ifah rindu nak main netball ngan kak najah lah hehe..

the author said...

ifah, baru teringat suara akak kuat dulu ek.
cheerleaders la tuu...hahaha
rindu sama kamu! uhuk

 
blog template by suckmylolly.com