thePencil.org Ar RaiYan: Belajar...

Sunday, November 09, 2008

Belajar...


Saya hadiri kursus kek, roti & pastri 3-6 nov lalu. Penat la juga. tak pernah-pernah uli roti, kena uli roti,buat kek,hias kek.huhu. Tapi best. dapat banyak info dan tips.dan yang paling best saya dapat belajar buat creampuff peberet abang :), orang lain dah tau lama dah. saya je yang tatau nak buat.hehe. Kursus ni kira sesuai untuk saya yang zero dalam bab roti n kek ni. Kebanyakan peserta sudah berpengalaman bertahun-tahun menjual cookies n kek tempahan. Kira depa ni otai dah la. Pangkat makcik-makcik le ni. Dapat juga share ilmu dengan diorang. Sebab diorangni banyak pengalaman. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan. Alhamdulillah kumpulan kami terdiri daripada beginner,yg taktahu asas buat roti n kek. Saya la salah sorang darinya!


Group The Young One.Dari kiri, kak Ita (kontraktor), saya (penjual buku aje,hehe),ayu (baru grad),emy (pemilik restoran) n kak ain (kontraktor). aik..mana kak kiah?


haa...yang kanan sekali tu kak kiah (tokeh Azlena's cafe). baru saya tau... tokeh2 besar belaka ahli-ahli group saya ni. Tengok kereta diorang pun leh cuak dah.hehe.

ni last day... kena uli tepung buat pizza



yummy...yummy buns n donuts dari group kiterorang :)


lambakan creampuff, abang kata dia boleh abiskan semua ni.hehe


blackforest, kak Ibah kata janji ummi kena buat 10 biji kat umah untuk dia.uisskk...


cheese cake dari group kiterorang yang tak berapa nak jadi

thanks to Mara Perlis!!

3 comments:

Mynie said...

wah.. bestnya! cantiknya uniform chef.. kak najah ajar buat creampuff boleh?

the author said...

mynie,
tula first time pakai baju chef yg byk2 butang tuh.panas mampuih.mujur dok dlm aircond

creampuff boleh aje, nanti ingatkn akak ek.dok dlm handout,lepas taip nanti leh emel

drnehar said...

ASSALAMUALAIKUM...

APA KHABAR? SORI LA HARI TU LUPA NAK BAGI BAJU WEDDING PURPLE TU, SO CEMANA??? DAH DAPAT BAJU UNTUK WEDDING KE BELUM?

ANYWAYS, HUSBAND EL TANYA ALAMAT/NO TEPON UNTUK KURSUS BUAT ROTI/KEK/PASTRI JUGAK... HE'S INTERESTED TO LEARN... :) NANTI EMEL/SMS KAT EL YE... THANKS!

 
blog template by suckmylolly.com