thePencil.org Ar RaiYan: KLIBF 2009

Monday, April 27, 2009

KLIBF 2009

Selepas sahaja tamat mesyuarat Wanita JIM di UIA 18 april lalu, saya terus minta Maryam selaku MC prog pada haritu tolong annouce kan sesapa yang nak pulang ke rumah dan akan lalu depan PWTC atau berhampiran, saya nak tumpang. Haha. Betapa tak malunya saya minta MC buatkan pengumuman begitu. Takpe, lagipun diorang tahu, saya orang Perlis. Mana biasa dengan LRT dan jalan-jalan di KL. Silap-silap boleh hilang saya.

Saif menunggu di PWTC, tak boleh nak keluar ambil saya di UIA, saya perlu menaiki sendiri LRT ke sana. Jadinya, baik saya mintak rakan-rakan yang hantar. Mujur kak Rosliya punya rumah laluan ke sana. Mekasih Kak Liya. Selamat saya dari kesesakan dalam LRT. pheww!

Sampai di sana, Saif dah tunggu kat tepi pentas. Lega dapat jumpa. Belum sempat pusing semua sebab esoknya cadang nak datang lagi. Tujuan kami adalah untuk membeli beberapa buah buku ILBS tempahan dari Pej Pengurusan Serenti Bukit Chabang dan beberapa rundingan dengan supplier buku. duhh...penat tau jadi tukang angkut buku...

Saya tidak menyangka dapat berjumpa dengan Puan Roza. Beliau merupakn isteri FProf Kamil. Saya meminati blognya. Hampir setiap hari singgah ke blog beliau. Puan Roza saya temui sedang berdiri di tepi dinding bersama dua orang anaknya. Lantas saya menegur, "ni Puan Roza kan?", terkejut dia. Hehe. untuk menghilangkan kehairanannya, saya terangkan yang saya ni peminat blognya. Haha. Beliau terkejut dan sungguh terharu. Kami bersalaman dan bergambar.
Ini tidak asing dan tidak bukan adalah Puan Jalilah. Editor Majalah ANIS
Tercapai hasrat saya nak bertemu Sifu PTS ini. Sales PTS tahun ini 501k. perrghh. tu sudah disc 20% tuh!
Kalo gi KL, mesti singgah sini. aiyarrk!!

7 comments:

sue-zana said...

wah2 sakannya kak najah berjalan.x bawak tasneem sekali ka?

Roza said...

Assalamualaikum,

Allah menemukan kita..Alhamdulillah, bertambah saudara seagaman.

Najah said...

sue,kali pertama tinggal tasneem. teringat2 kat dia. tp sebab nak kena deel dgn supllier, ambil masa lama di KLIBF,kuatkan semangat tak bwk tasneem.huhu

puan roza,
puan lebih comel di luar berbanding dlm gambar.hehe.nampak muda jer

ZLAA said...

Salam. lamanya tak singgah sini. Seronok baca cerita kat KLIBF. Tentu meriah..

HappyIrfa said...

salam najah ..
dgr citer je org gi KLIBF.sy x pegi pun.tak dpt byg kesesakannya.
tahun depanlah kot.wow,smpt lg gi ikea yer

the author said...

kak Zlaa, bila nak balik sini?

irfa,
human traffic,penin2

abunyer said...

Terima Kasih atas sokongan anda mengunjungi booth kami Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

 
blog template by suckmylolly.com