thePencil.org Ar RaiYan: Permudahkan

Friday, April 10, 2009

Permudahkan

Ramai yang bertanyakan saya, kenapa buat blog yang simple macam ini. Kenapa tak 'categorize' supaya nampak profesional,moden dan canggih. Memang dah lama nak menjawab, tapi tiada kesempatan. Sebenarnya, saya teringin seperti orang lain, punyai blog jualan yang nampak elegant, profesional dan canggih seperti peniaga-peniaga lain.
Cumanya, saya bayangkan, jika saya sendiri yang menjadi pembeli, saya tentu nak yang mudah dilihat, senang dapat info hanya dalam satu page. tanpa klik dan klik dan klik ke page lain. Tu bagi saya la sebab saya ni suka nak cepat-cepat. hehe

Maka terhasillah laman web yang simple seperti ini. Ikutkan saya, mau permudahkan lagi. Biar senang customer membeli. Hiks, takpe la... walaupun nampak simple dan biasa-biasa saja. Janji hits kan!! Alhamdulillah...Inilah kedai maya saya! heh,promote nampak! Ape pun, saya bersyukur dan berterima kasih atas sokongan para pelanggan. Segala komen dan cadangan amatlah saya hargai. Mereka inilah yang memberikan pulangan bernilai dan berganda pada saya. Mekasih!

Seperti kata Irfan Khairi,

Laman web yang canggih manggih does not work. Sekiranya anda mempunyai laman web perniagaan Internet, permudahkan segala-galanya.

  • permudahkan pelawat mendapat info
  • permudahkan pelawat membuat belian
  • permudahkan pelawat menghubungi
  • permudahkan pelawat mencari jawapan kepada soalan mereka
  • permudahkan apa sahaja…

Keep it simple!

Ramai yang fikir, lagi canggih manggih laman web, lagi hebat pulangannya. Tetapi, di Internet, ianya tidak benar. Keep it simple. Sesuatu yang simple/straight forward itulah yang lebih berkesan di Internet.

3 comments:

Mynie said...

betul tu..
dulu saya terfikir jugak sama ada nak buat shopping cart.. tapi leceh kalu nak update stock setiap kali satu2 design/saiz tu habis, maklumlah biz sy kecil-kecilan je, stok tak brp byk.. so kiranya, it's not really online shopping, cuma all the info available online. kalau nak beli, still kena contact seller kan, check dulu availability.. which works too.

HappyIrfa said...

salam najah..
ya betul tu.sesetengah web site saya xleh buka.dr berminat terus ilang mood.awal juga letak senarai stok yg ada,bagus tu..

Luna said...

ya..aku mmg pantang betul blog berat2 ni...:)

 
blog template by suckmylolly.com