thePencil.org Ar RaiYan: seusia ku...anak kami jua seusia...

Wednesday, September 22, 2010

seusia ku...anak kami jua seusia...

semalam pergi ziarah sorang kawan, seusia dengan saya, anak-anak kami pun sebaya. sayu hati melihat keadaannya...menitis air mata...
raya kedua lalu menurut suaminya, rozi demam dan jatuh di rumah. dibawa ke hospital, di scan terdapat bleeding di kepala. mungkin pendarahan akibat terjatuh tu dan tidak sedarkan diri.

pembedahan telah dijalankan, hingga kini tidak sedar/tak berapa sedar.masih di ICU dan semalam masih di HDW. semalam sewaktu saya menziarahinya, keadaan agak kritikal. dia ada buka mata memandang saya, tp tak mampu berbuat apa-apa. Kata suriani dan Dr Asma (kawan2 saya yang bekerja di hosp kangar) petang tadi doktor masukkan ubat dalam kepalanya. patut saya nampak tiup bersirat dalam kepala. keadaan sangat menyedihkan, wayar sana sini, bernafas menggunakan bantuan mesin.

Allah, tak dapat saya bayangkan keadaannya, andainya saya seperti itu, melihatkan anak-anak yang masih kecil.
saya ingin berkata sesuatu pada rozi semalam, tapi tak dapat meluahkan. tersekat di kerongkong. sungguh. bila nak cakap, air mata keluar dulu.nak cakap lagi skali, keluar air mata lagi. saya cuma bagitau saya mohon maaf atas segala kesalahan je, tu pun meleleh hingus. waktu bertemu hanya sekejap aje, sebab setiap lawatan hanya 2 orang aje boleh masuk dengan memakai pakaian khas.

rozi, saya sebenarnya nak bagitau yang , "rozi sangat baik.. rozi sebenarnya telah membuat anak saya tasneem sangat gembira di hari lahirnya. tasneem bangun pagi dan menjerit "hahabob!" pabila menatap kek rozi atas meja,terima kasih rozi,saya sangat terhutang budi".
3 jun bebaru ni saya terlalu kalut siapkan tempahan kek pelanggan, hinggakan saya tak sempat langsung nak buat birthday kek tasneem, Tasneem pula request nak gambar spongebob.adoila. sangat tensen.

jam menunjukkan 10.30 malam, esok besday tasneem. lantas saya teringatkan rozi. terus saya sms, mintak rozi buatkan kek lapis pandan/ pandan layer. lepastu lukis gambar spongebob dgn guna piping jelly. zalim jugak saya ni mintak org buat kek kol 10.30mlm, pastu mintak hantar jam 8.30 pagi esok sebab adik ipar saya wan aisyah dah nak terbang ke UK esok.

rozi kata telur dah abis, tapi takpe...dia akan cari telur kat 7 eleven atau kedai mana2 yang masih bukak. saya bgtau dia lagi, kalo sempat tolong buat skali fancy cookies utk kami sekeluarga siap tulis nama sorang satu. lagi zalim. tolong la wahai rozi.
rozi kata, ok2 demi kegembiraan seorang anak, insyallah rozi buat. malam ni rozi stay up.ya allah, kalo saya...saya pun tak sanggup kalo customer mintak order last minit mcm tu. tapi rozi, demi mahu melihatkan anak saya gembira....

dan... bila rozi terlantar sakit... segala memori tu menari2 di fikiran saya... saya tak mampu berbuat apa2. tapi saya memohon sungguh2, berdoa pada Allah supaya menyembuhkan dia kembali....

hanya Allah yang maha berkuasa, Hanya Allah yang maha mengetahui apa bakal berlaku. kami redha Ya allah
ni pandan layer dan fancy cookies rozi buatkan untuk tasneem
rozi bertudung hijau bercorak, masa datang rumah saya belajar buat tarts

2 comments:

Ummu Auni Afif said...

sedihnya...

buku said...

huhu..ha'ah la aini,dia dah meninggal 8 oktober lalu

 
blog template by suckmylolly.com