thePencil.org Ar RaiYan: cerita raya...

Monday, September 05, 2011

cerita raya...

alhamdulillah, nasih bernafas dan berpeluang menghirup udara di bumi Perlis. harini masuk kerja semula. rasa sekejap jer lebaran sudah berlalu, rasa baru jer semalam riuh rendah beraya ke sana sini, salam-salam, peluk-peluk dengan saudara mara yang lama tak jumpa, tup-tup harini sunyi balik, masuk kerja semula. kita pun meneruskan rutin hidup kita seperti biasa semula. kerja...kerja...moga ianya menjadi satu amal ibadah buat kita.

maka semangat dan azam ramadhan yang telah kita buat bebaru ni usah dibiarkan setakat itu saja, teruskanlah hingga ke akhir hayat. ingat tu. pesanan untuk diri saya sebenarnya.

yah, bermula masuk ke dapur ditemani Tasneem yang membaca Iqra' sambil meniarap di dapur kerja saya. sambil baking kek, sambil jadi ustazah. order pertama lepas raya ni ialah Red Velvet Cupcakes kegemaran Tengku Puteri sebanyak 25 biji. siap akhirnya walaupun terlambat sikit hantar kat Pejabat Istana. Maaf ya Ku....


No comments:

 
blog template by suckmylolly.com