thePencil.org Ar RaiYan: Musim Harumanis

Thursday, May 15, 2008

Musim Harumanis



Sekarang musim mempelam harumanis. Ini buah trademark negeri Perlis.Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Perghh sedap. Mujur saya belum bersalin lagi boleh la pulun puas-puas :). Bertuah juga kerana ayah mertua saya menanam pokok harumanis di depan rumah. Tiap-tiap hari boleh makan sementara musimnya ni.

Tengahari tadi selepas membuat penghantaran tshirt di jeti Kuala Perlis, saya sempat melihat Festa Harumanis 2008 yang telah dirasmikan pagi tadi oleh Raja Perlis. Ada makan-makan pulut mempelam.Tapi kami tiada kesempatan untuk berjalan-jalan di sana memandangkan hujan lebat tengahari tadi. Orang ramai pun berkumpul bawah khemah je dengan tempias hujan lebat. Last2 singgah ke kedai KakSu Laksa Perlis. Pekena sampai 2 pinggan. Buat bekal sebelum bersalin.hehe


Festa Harumanis 2008
(gambar diambil dari blog http://sangkelu.blogspot.com/)


Jualan Harumanis dari Jabatan Pertanian
(gambar diambil dari blog http://sangkelu.blogspot.com/)

Hebat juga penangan mempelam ni ya. Setiap kali kami membuat penghantaran tshirt melalui courier ktm dan skynet, penuh berkotak-kotak harumanis dalam lori courier tu, bila ditanya... sedara mara mereka di luar perlis yang memesan katanya. uish, sampai pos mengepos ek!

Sabtu lepas mak saya siap datang dari Penang mencari mempelam ini dan memborong untuk dibawa pulang. Mak saya memborong macam nak meniaga pula. Padahal beli nak makan dan beli untuk sedara mara yang memesan.

Mari! Mari! Mari! Singgahlah ke Perlis :)

9 comments:

Ummu Auni said...

wah, dah tukar skin baru nampak...XML ke ni?

Raiyan said...

ha'ah la aini, senang juga rupanya. tapi lum siapkan semua lagi sebab sibuk bebeno time2 nak bersalin ni.huhu
aini,tq for fa info last nite!!

Abang Long said...

Salam hormat. Dahulu terkenal dengan LAKSA PERLIS, la ni terkenal dengan mangga HARUMANIS.

alaf21fc said...

Salam hormat. Minat membaca novel ALAF 21 ?

Jomlah sertai peraduan AKU dan BUKUKU.

fadzli said...

Macam mana kalau nak beli Harumanis ni? ade ke org jual yg boleh courrier ke KL ni ?

the author said...

alaf21,
minat.ada peraduan ek?nanti nak pi jenguk

abanglong,
pelam tu musim dia sebulan aje, pastu thn depan la pula

fadzli,
contact jabatan pertanian perlis rasanya.diorg dok buat penghntaran ni.packing cantek punya.
kalo tak kerana saya sedang menanti hari untuk bersalin,saya leh la tolong poskan. ini saya pun takleh keluar umah, dah start sakit2 aje.huhu

dianz said...

Harum Manis disini sebut AROMANIS :D hampir2 sama lah :D
west java juga penghasil harum manis. jadi.. aku tak perlu pergi ke perlis buat menikmatinya :D

Norhazwanie CM said...

Salam..kak raiyan,

just drop by jenguk blog kakak..nice blog..and nice t-shirt..akak jual camne eh? through online..sbb sgt2 berkenan dengan t-shirt2 tu..:D

anyway..sy dh link blog akak kat blog saya.. :D

the author said...

dian,
mujur sudah ada di indon ya! hehe

hazwanie,
terima kasih. nanti sms akak kalo nak order ya. katalog ada kat tepi sebelah kiri blog akak

 
blog template by suckmylolly.com