thePencil.org Ar RaiYan: Cari...cari.. cari kedai !!

Friday, September 12, 2008

Cari...cari.. cari kedai !!

Semalam ronda-ronda Alor Setar. Tatau angin apa suami mengajak temankan dia. Selalu jarang ikut sebab sejak ada baby ni susah sikit nak bawa lagipun suami kalo ke Alor Setar, atas sebab kerja- buat akaun Petronas
Plan utama ke Alor Setar semalam, deal buku dengan tokeh Pustaka Darussalam. Selepas hantar Kakak Ibah ke Tadika, terus kejutkan Tasneem dan kemas itu ini, baru berangkat. Lama juga nak siapkan itu la.. ini laa. Singgah Iqra' Books kejap, print dokumen, ok... shoot to Alor Setar, on da way... singgah jap kat Bungaraya Entrepot tengok barang-barang terpakai, takde ape yang berkenan di hati, sambung perjalanan semula. Sampai kat Kompleks Peruda tu hampir Zuhr, suami ke Pustaka Darussalam, saya dan Tasneem tunggu di kereta aje sebab Tasneem tido. huhu. Lama juga. Ok, dah selesai deal, alhamdulillah berjalan lancar, keje utama pun dah selesai. So aktiviti bebas sekarang. hehe.

"Kita nak buat apa sekarang yer?" tanya abang. "Kita round ler satu Alor Setar" gurau saya. "Apakata kita round semua shopping kompleks yang besar-besar kat Alor Setar ni?" tanya abang. Wah...idea gilos tu. Ish...ish bulan-bulan posa ni rajin pulak buang tenaga. hehe. ok aje, saya suka berjalan. Nak-nak kalo takde Tasneem n Ibah, lagi panjang langkah. Tapi ni sebab bawak Tasneem, kira terbatas sket la. huhu.

Memula pi Pacific dekat dengan Peruda tu. Pi toilet sebenarnya, tersinggah beli baju Tasneem. Pantang tengok Sales sampai 50%. Pastu beli pulak CD (movie), aiseh. Beli sampai 3. Citer apa? haha. Kelakar lak nak bagitau, salah satunya Kungfu Panda. (tau dah, balik nanti buat simpan dalam laci aje, lepas raya baru dapat tengok sebab sibuk sangat sepanjang ramadhan ni)
Lor, punya la ramai orang buka booth baju raya dan kuih raya kat foyer bawah Pacific tu! Baru 10 hari puasa. Agaknya diorang ni buka booth bermula dari hari pertama puasa kot.

Pastu pi Giant, plan nak intai-intai booth kosong kat foyer Giant tu. Gi ofis diorang tanya, waduh penuh sih sampai ke malam raya. Plan saja nak tanya aje. Pastu daftar juga, booking untuk sewa booth penghujung Oktober nanti. Intai-intai lagi kedai kat dalam tu. Ada kosong, minat juga. Harga leh tahan juga. huhu. Abang pesan, "balik buat istikharah ek!"

Lama juga di Giant, solat and rehat, setelkan dan bf Tasneem dulu, buat kira-kira, bincang-bincang, berangan-angan sket, baru berangkat ke Tesco. Lor... Tesco pulak korang nih dah masuk asar dah. Solat asar kat Tesco pulak.
Sampai Tesco, hantar borang untuk buat promosi, pastu nampak butter murah, borong butter, nampak benda lain... capai benda lain.. nampak itu amek, nampak ini amek. Aiii... pantang dapat peluang shopping. Sedang seronok capai itu ini, manager Tesco call nak jumpa. Terus ke kaunter depan. Ada booth kosong la... you nak ker? aiseh, terkejut juga sebab nampak macam penuh aje semua booth. Harga leh tahan. Standard Tesco la wei. Nanti kami balik pikir dulu. Takleh bagi keputusan sekarang. Kita kena balik Istikharah lagi :)

Dah tiba nak berbuka. "Ala...tanakla berbuka dalam Tesco. Kita berbuka kat kedai makan la... pekena ikan bakar ker, air asam ke.." komen abang. Ok jom, ikut aje saya. Bab-bab makan saya tak kisahkan sangat. Singgah berbuka di Restoran Tepi Sungai. Leh tahan sedap juga. Guess wat, masa nakpi bayar rupanya kedai tu milik kawan suami masa degree dulu. Wow!!

Lepas berbuka, singgah masjid solat n terus balik Arau. Wa... sampai ke malam korang berjalan ye. Lega Tasneem memberi kerjasama sepanjang hari :), tq Tasneem... lain kali ummi bawak kamu lagi ya!!

p/s: Saya sudah memasang angan-angan (lagi!!)

4 comments:

Mynie said...

wah rajinnya jalan-jalan.. gitu ye org bisnes - jalan-jalan cari peluang hehe :)

Aina Ana said...

najah, ni dah lebih hebat dar aku berjalan dari siang ke malam..ahaks..bawa anak-anak lagi tu.

Kalau aku dah pengsan dah dalam kedai..hahaha

Irfa said...

salam najah..
sakan kamu berjalan yer..mesti dapat makan free yer sbb kawan hubby punya kedai..hehe

the author said...

mynie,
huhu.nama pun keje sendiri,kena perah otak gak pikir peluang.

kakda,
uish, ko lagi terer.sampai ke london, beijing,hong kong.ko tak sedar ke...sekerat dunia dah ko pusing.hehe

irfa,
yg tak bestnya... dah siap bayar baru dia tegur.huhuhu.
kwn se degree hubby tu pompuan, memula dia malu nk tegur, takut tersilap org.

 
blog template by suckmylolly.com