thePencil.org Ar RaiYan: Research krimwell n Gelatine

Saturday, April 04, 2009

Research krimwell n Gelatine

Selepas saja belajar membuat dan menghias kek, saya semakin meminati dengan bahan-bahan kek. Suka berlama-lama di kedai bahan kek.Membaca keluarannya, isi kandungan, status halal. Penting sekali bagi saya. Ini melibatkan makanan, dan saya bertanggungjawab terhadap apa yang saya sediakan. Jadi saya menjadi semakin concern dalam bab-bab ini. Jika dulu, ke kedai bakeri hanya membeli kek dan masuk kedai melihat status halal Jakim, terus membeli. Tetapi kini ada rasa terpanggil dalam diri untuk membuat research segala bahan kek yang terkandung di dalam kek tersebut.

Alhamdulillah... semua bahan halal boleh didapati. Tapi tau sajalah, kebanyakan bahkan boleh dikatakan kesemua bahan mentah kek adalah dari keluaran produk bukan muslim yang mendapat status halal Jakim. Kadang-kadang rasa frust bukan! Sebab bukan muslim produk
Ada beberapa bahan yang amat meragukan saya kerana ada satu dua bahan yang repacked semula oleh setiap kedai yang menjual bahan-bahan kek. Contohnya krimwell dan piping jelly. Ini antara bahan yang digunakan apabila membuat dan menghias kek aising

Apakah 'krimwell'? Tekstur dan warnanya adalah seperti lemak sayuran (vegetable shortening). Sama seperti tekstur marjerin tetapi berwarna kuning pucat. Ia tidak perlu diletakkan di dalam peti sejuk dan selalu dijual di dalam bekas plastik lutsinar yang bertutup kemas. Krimwell juga dikenali sebagai creamwell dalam bahasa Inggeris. Salah satu jenama lain yang popular adalah marvello (sekitar awal 1990-an).

Krimwell yang agak keputih-putihan memudahkan aising diwarnakan. Anda boleh gunakan warna biasa atau esen di dalam botol. Hanya beberapa titik diperlukan. Bila membahagikan aising, pastikan secukupnya saja kerana anda boleh menambah lagi jika perlu. Sekiranya gemarkan aising yang manis, boleh tambahkan gula aising.

Saya telah men 'google'kan bahan ini dan tiada satu pun memberi jawapan yang tepat dari segi status halalnya. Akhirnya saya terjumpa berkenaan krimwell dari blog chef Norzailina (http://norzailina.blogspot.com) dimana

KRIMWELL keluaran Lam Soon Edible Oils (ISO 9001:2000) dengan Logo HALAL yg diiktiraf Kerajaan Malaysia mencatatkan bahan seperti berikut (pada kotak asal/packaging):
minyak kelapa sawit, minyak isirong kelapa sawit, pecahan minyak sawit, minyak bunga matahari, air dan garam, kondisioner makanan, bahan perisa, bahan pengawet dan antipengoksida yg dibenarkan.

Dlm Bahasa Inggeris:
palm oil, palm kernel oil, palm fraction, sunflower oil, water & salt, permitted food conditioners, flavouring substances, preservatives & antioxidants.


Jadinya saya menyiasat dari mana keluaran krimwell di Yonhin, Kangar. Tempat yang selalu saya beli bahan-bahan kek. Kalau di Perlis, itu la satu-satunya pembekal. Takde kedai lain yang boleh membekal bahan-bahan kek yang boleh dikatakan lengkap. Bayangkan betapa kayanya taukeh Yonhin tu sebab satu Perlis dan semua bakeri membeli bekalan darinya. Saya bertanyakan salah seorang pekerjanya (yang saya percaya padanya) dari kilang mana krimwell ni. Jawapannya dari Lam Soon.

Saya sebenarnya nak mencadangkan pada Pasaraya Hafifah supaya buka pasaraya yang dapat sediakan bahan-bahan kek selengkapnya, tapi belum punya kesempatan. Andainya saya punya banyak modal. (aiseh, saya ni macam nak buat semua, apa tamakla nih. tak... saya takda modal sekarangni, apa pun tak jadi. hehe)

Gelatine (jelly)


Alhamdulillah, saya dah jumpa gelatine keluaran Halagel. Lepasni saya tak ragu-ragu lagi!

13 comments:

Nadiah said...

salam kak,

krim jenama anchor yg selalu kat kedai kek tu halal tak? kalau philadelphia cream cheese....dia halal gak ke?

Najah Farahin said...

itu bkn krimwell hehe. itu whipping krim. anchor brand import kan?ada cop islamic council negara masing2. dari mana?lupa dah.
phidelphia cream cheese ada cop halal islamic council juga. tu semua brand import. manade cop jakim.kita base on trust.
akak pernah guna phidelphia cream cheese.mahal weih.

nadiah said...

aah...hehehe

tapi kita tengok website philadelphia confirm halal. kat sini, kedai kek jual rm6.50 for 250 gm tapi kalau kat supermarket rm 11 for 250gm. banyakkan bezanya....huhuhu

nadz ruslan said...

salam akak.

search cara nak wat roti di google terjumpa lak blog ni. hihi

sukanya blaja buat kek. ingatkan cuti sem ni nak jugak belajar.
penat menghentam ikut resepi internet dan buku ja.
area kedah perlis ni saya igt tak banyak kursus jangka pendek untuk bakery... ( ka saya yang x jumpa)
kalau akak wat kursus ka invite la saya..

dah lama usha gelatin, tapi tak beranila beli, takut tak halal. yang kat kedai tu jenama bunga raya ka apa ntah, x ada cop halal pulak. x pernah guna lagila takat ni gelatin.

yang halagel produk dia lagilah x pernah nampak. huhuhuu

(^_^) affeeffa said...

Krimwell tu product Lam Soon ker?? Aisey ... saya da lama xpakai produk Lam Soon. Leh ganti dengan shortening je x?

syazwaniadnan said...

tahun lepas wani ada beli gelatine dr halagel sendiri, tp online.
sampai skrg masih berbaki lagi. aisehh.. hehe

Saliha said...

bagus la info akak ni..memang tgh carik krimwel ni

KakTun cuppy said...

alhamdulillah.. jumpa juga org dah buat research krimwell ni. Sy bru langkah masuk bidang ni, dan dok belek2 brg buat kek. tq & tahniah. mohon copy-paste sbhg article ni..

Unknown said...

Salam Raiyan,

Kalau tak ada creamwell (akak duduk kat Oz), boleh guna Philadelphia Cream Cheese tak? Gelatin pulak akak cari yang halal tak ada. So, kawan syor guna agar-agar tali yang biasa kita buat agar-agar kat Malaysia tu. Boleh ke? He he he...

kamaliazaman said...

salam, nak tanya, di mana boleh cari kim well ni?

Alia Aishah said...

Err. Nak tanya sikit boleh. Em, creamwell tu sama mcm whipping cream jugak ke? :') Siapa yg tahu pls jawab :')

zalinicollection said...

Bagus ler perkongsian ini... Ada x pasal ovallete?

zalinicollection said...

Bagus perkongsian ini.... Ovalete punya isu ada x?

 
blog template by suckmylolly.com