thePencil.org Ar RaiYan: Buat Rumah

Sunday, September 27, 2009

Buat Rumah

Cerita mengenai rumah. Saya kira, kebanyakan rakan sebaya saya telah pun memiliki dan membeli sekurang-kurangnya sebuah rumah. Rakan seuniversiti saya, Sakinah telah mempunyai 3 buah rumah, sebuah rumah Semi D yang beliau diami sekarang di Puchong Perdana (kinah, correct me), dua buah lagi adalah apartment/ flat untuk disewakan dan dijadikan properties. Hebat mereka kan! tu tak tengok rakan yang lain lagi. Ada sorang kawan tu memiliki 18 biji rumah sewa. perrghhh. Bayangkan aliran wang masuk setiap bulan untuk setiap biji rumah mereka tu.

Sebenarnya, kami tiada rumah sebiji pun. Kesiankan! huhu. Atas keprihatinan, mertua saya menghadiahkan sebidang tanah (kecik aje tau) untuk kami buat rumah di belakang rumah mereka. Mungkin juga mengharapkan supaya kami tinggal berdekatan dengan mereka. Saif pun anak sulung. Saya faham tanggungjawabnya. Terhadap ibu bapa yang utamanya, lepas tu barulah keluarganya (isteri dan anak-anak). Saya mengikut saja apa yang terbaik. Ada baiknya anak-anak saya tinggal rumah bersebelahan dengan tok ummi dan tok ayah mereka. Atleast anak-anak saya dibimbing dan diperhatikan selalu.

Mama saya berpesan supaya memuliakan mertua saya, sayangilah mereka seperti mana saya menyayangi ibu bapa kandung saya. Pernah suatu ketika kami mahu menyewa kediaman sendiri, tapi mama saya menegur supaya saya tinggal saja di rumah mertua selagi kami belum membeli rumah sendiri. Kata mama, "Apa kata diorang tiba-tiba saja korang nak berpindah?"

Memang saya punyai keinginan yang kuat untuk hidup di rumah sendiri. Sudah 6 tahun saya tinggal bersama mereka, maid disediakan (sebab tu saya tak pandai memasak wahai kawan-kawan). Saya kira, kejayaan dalam kehidupan kami sekarang ini, berkat pertolongan, keredhaan serta doa mertua saya. Alhamdulillah syukur.

Berbalik pada sebidang tanah kecil tersebut. Insyallah boleh la memuatkan keluarga kami 4-5 beranak ni. Kami pun bukannya ada duit sangat nak buat rumah ni sebenarnya.huhu.Tapi, Sebolehnya mahu guna duit simpanan sendiri dan jika perlu buat loan, mungkin sebahagian saja. (baca: kopak duit ku lepas ni. hehe)

Oh tuhan, tika ini saya mengharapkan duit jatuh bedebuk dari langit. Mungkin ada rezki di mana-mana. Tapi saya sangat teruja untuk memiliki rumah sendiri walaupun kecil. Dah siap rumah kecil ni, baru boleh fikir untuk membeli properties lain. Amin. Berdoalah!

Tika menulis entry ini, saya baru sedar diri betapa sudah lama saya tak mengamalkan solat sunat dhuha. Teruknya saya! hanya mahu mengharapkan rezki melimpah ruah saja!

5 comments:

Mynie said...

kami pun belum ada rumah! tapi juga dalam status yang sama iaitu sedang nak bina.. semoga Allah permudahkan untuk kita, eh kak :)

the author said...

aminn...
tu mesti dok nak buat banglo besaaq tu Dr hanief...hehehe

Ummu Auni Afif said...

kak najah, nanti buat rumah cantik-cantik tau, macam rumah makcik saya...

the author said...

aini,nak buat cantik2 mesti duit pun kena 'cantek' juga. huhu.mana nak cekau nih.

eh, masa akak beraya kat kelate n teganu, umah diorang lawa2 kan! rasa kecik aje kite ni ngan tuan umah.hehe

ada gambar umah mck aini tak?

Ummu Auni Afif said...

ada! tu gambar kat blog tu. kalau nak tengok lelebih, add saya dlm FB. ada gambar raya dgn rumah dia org sekali, heh

 
blog template by suckmylolly.com