thePencil.org Ar RaiYan: Survivor...

Friday, September 11, 2009

Survivor...

Semalam abang n ayah ke KL. Amik Aminah yang berkursus. Ummi mengambil kesempatan meluahkan hatinya. hehe. jeng... jeng...saspen aje.

Katanya, kawan saya nizah ada bagitau kekosongan part time lecturer kat xxx. Saya terus assume jawatan tu untuk Aminah ya? Yelah, skarang ni Aminah je yang masih berkebun anggur :)
ummi kata tak, untuk Saif. Aik... apekah??

Saif tanak mengajar ke? ummi risau tengok kedai korang sunyi macam takde orang je. Sales ok ke? Risau kalo korang teklah survive. See... mak yang tolong risaukan...hiks

Mak mana yang tak risau, anak menantunya terkontang kanting lagi, kais bulan ni, makan hujung bulan. haha. Manakan nak bayar kereta 3 biji tu (termasuk kereta mak saya di Penang), anak nak masuk 3 orang, rumah pun tak buat lagi. bayar loan lagi, bil itula, bil ini la...banyak nau expenses..

Sebenarnya, yang saya nampak. Mertua saya nak sangat anaknya jadi lecturer. Masuk government. secure. Anak menantu yang lain bakal doktor n phd. Tapi suami saya buat dek aje. Minatnya ke lain. Suami saya result bagus, dean list straight sem. Tapi masternya tak abis. tinggal nak buat thesis aja lagi. Satu sem aje. sayang kan? saya rasa macam nak pi sambung aje thesis dia tu. tapi nak buat cemana, kekangan masa. Sibuk, tiada kesempatan memikirkan masternya. Kalo tak, mesti sekarang ni saya ikut suami buat phd kat Menchester ka, France ka. hehe. Macam adik-adik ipar Khadijah n Aisyah yang mengikut suami masing-masing.

Takpe ummi, berdoa sajalah, mana nak tau akhir-akhir nanti Saif tu tetiba jadi lecturer ka, pegawai akaun ka. haha. Saya berseloroh, tapi ini bukan memain, doa ibu tiada hijab tau.

Eh abang, kalo nak jadi pegawai akaun, keja la kat LHDN ka... leh adjust2 sket cukai kita tu. muehehehehe

Saya ada sampaikan hal ini pada suami, pasal kerisauan ummi tentang kita. Kata saif, "usah terlalu risaukan masa depan, pastinya Allah sudah menjanjikan rejeki buat kita semua". itu kata-kata Aa Gym.Ya, ceramah Aa Gym banyak memberi motivasi pada saya. Selalu mendengar dalam kereta, siri ceramahnya yang kami beli dari Bandung bebaru ni.

hmm... moga Allah berkati segala usaha kita...

Saya? saya mau meneruskan perniagaan saya. Saya sudah selesa menjadi bos yang gila kuasa. muahahahaha

hmm...apa aku merepek di bulan puasa ni. pi sambung tadarus cepat!!

4 comments:

maryam abu ahmad said...

kak najah,
word bos yang gila kuasa tu best.. saya pun mau~ hihihi

Aina Ana said...

Najah, aku lagi suka jadi tokey macam hang..tp aku ni tak keras hati kalau berniaga..buat rugi je adala..hahaha..

Aku buat bisnes servis je la yg boleh..jual perkhidmatan buat drawing :D

Kalau jual barang, hancur!

the author said...

yam,
haha.awak pun leh jadi gitu kalo nak.

kakda,
weih, aku nak langgan servis ko la. tlg designkan plan umah aku. tp 10 thn lagi la. la ni baru terkial2 nak beli tanah. huhu
buat sementara ni buat umah kecik kat belakang umah mak mentua aku dulu

Luna said...

org tua mmg cpt risau..depa sbrnya concern..cuma kadang2 kita rasa mcm depa x yakin pd kita...

aku pun nk jd cam hang gak tp aku x dak bakat....dok buat MLM pun x de yg menjadi..nak buat business yg ada kedai takdak modal.

tapi aku tau mmg berniaga la paling memberi kebahagiaan dan jugak pahala.

 
blog template by suckmylolly.com