Harini terpaksa menjaga kedai. Staf hadiri kenuri saudaranya. Saya menjaga dari jam 11 pagi hingga 5 petang, Kak Lina (my staf) datang sambung jam 4 petang hingga ke malam.
Sudah lama tak jaga kedai, jadi terlupa tajuk-tajuk buku. Banyak buku baru tiba melalui courier.Masih ada yang belum disusun. Tunggu kak Lina key in data dulu untuk bar code system. Ramai juga customer walk in... maybe Sabtu rini, cuti. Ada yang saya kenal dan ada yang muka baru. Pastinya mereka menyangka saya ni pembantu kedai. Hehe. Senang sikit, kalo tokeh jaga kedai... customer suka mintak diskaun kaw-kaw punya. uhuk
Sejak saya melelong buku di blog, ada juga yang email n sms menempah. Kelakarnya ada yang datang sendiri beli di kedai,customer tu datang kat kaunter, "mana rak buku lelong tu?" saya pun tunjukkan tempatnya.Bila dia datang kaunter nak bayar, saya tanya, "mana tau ada buku lelong?". Dia kata, "saya baca blog awak". hahaha. tergelak saya. Malu pun ada. Cover... cover...
p/s: adus... website jualan saya belum siap-siap lagi. tertangguh lama. gi mana nih!
Sunday, August 17, 2008
Cerita Buku Lelong
Friday, August 15, 2008
Kuala Lumpur...Penang... Kedah
Sudah lama tidak bercuti. Kali ni bercuti agak lama selama 5 hari. Sebenarnya bawa mak ke konvo adik di UKM. Ambil peluang bercuti sekali dengan 2 orang budak kecik ni. Ibah n Tasneem. Pertama kali Tasneem berjalan jauh keluar dari kepompong umah. hehe. Sungguh tiada masalah. Baby yang baik. Bertandang di rumah maklong, Damansara Utama.
Dalam bercuti, biasalah kalo ke KL tu... tempat pertama adalah ke tempat menghabiskan wang.huhu. IKEA n The Curve. Memborong meja di IKEA hingga sarat kereta. Membeli buku di beberapa buah kedai, mujur sesetengah buku di pos oleh supplier. sampai break pun kereta boleh terlajak lagi. akibat muatan yang berat. bahaya betul. Boleh hancur kereta. Maklong kata, "akan datang hangpa nak mai kl kena bawak estima". Amin... haha. habuk estima pun lum tentu nak boleh beli. ish, ape pulak... mana nak tau kan!!
sebelum ke KL, saya ada listkan pada suami tempat-tempat yang saya ingin pergi. So, abang akan bawakkan...
Seronok dapat jumpa supplier Tshirt Sumayya, first time jumpa. Kalo sebelum ni deal guna sms n emel aje. Sekarang,dapat lawat sendiri ke ofis sumayya. best!! aiyak, best sampai terlupa nak amek gambo la..
Then, saya memang akan pergi jalan TAR. Bukan beli nak apa pun. Tapi terbeli telekung pulak. Telekung baru sambut Ramadhan :)
Seterusnya tercapai juga hajat nak ke SACC Mall nak tengok butik Al Amin Kids. Kalo sebelumni tengok kat Majalah Anis aje. Tapi tak beli ape pun, sebab baju yang saya suka tu, takde saiz untuk kakak Ibah. At last, pi beli wallet kat shopping complex tu.
On da way balik dari KL, tercapai hajat nak makan di RFC (Radix Fried Chicken) di Sg Petani. Saya rasa sangat berbangga kerana terbinanya RFC milik HPA dimana ayamnya adalah ayam organik dan 100% halal. Sudah boleh menyaingi KFC. Saya cadangkan buat kawan-kawan supaya pergi sendiri mencubanya. Recommended!
Sesapa nak buka franchise RFC, perlu ada 1 juta ada diberitahu kat dalam blog Tuan Hj Ismail,CEO HPA Berniagalah di tempat anda :). Dengarnya ada sorang dua pakcik JIM dah plan nih! Bagus2 !!
Setelah pulang bercuti, saya rasa begitu teruja menyiapkan satu projek (berkenaan tshirt). Sehinggakan terbayang-bayang di fikiran. Sekarang saya sedang membuat proposal kepada suami untuk meminjam duit daripadanya.hiks. Boleh ye bang?? Selepas itu barulah boleh memohon bantuan MARA dan SMIDEC. Moga Allah permudahkan urusan. Amin....
p/s: gambar-gambar travel ada dalam blog Kak Ibah.
Thursday, August 14, 2008
List untuk Hani
Maaf Hani, kalo tak dapat emel tadi... harap-harap hani baca blog akak.
salam,
sori lambat reply... seminggu bercuti, gi kl...gi penang..gi kedah...baru lik.hehe
ok...semua ada lagi...ni akak listkan harga after disc 30% ya
1.Masjid itu hidupku rm 13.93
2.Hari2 dalam hidupku rm10.25
3.Misteri solat suboh rm7.00
4.Soal jawab bakal ibu rm 14.00
5.Ahmadeenejad singa baru Islam rm 11.90
6.Satu rasa 2 hati rm15.75
7.Anak kita pintar cerdas rm12.60
total: rm85.43 + postage rm8 = rm 93.40
boleh bank in ke akaun maybank, 159012715015 NAJAH FARAHIN AHMAD FAISAL
mohon emelkan alamat utk pos ya!!
jazakillah
-kaknajah-
p/s: buat EL ZAHRA, buku 1 rasa 2 hati masih ada. kindly emel me!!
Monday, August 11, 2008
Kursus UBS
Alhamdulillah berakhir sudah kursus akaun UBS (User Business System) anjuran MARA pada 4 ogos hingga 6 ogos selama 3 hari. Percuma aje ha .Khas untu para penyewa kedai-kedai MARA di Perlis ni. Tapi tak ramai penyertaan. Isk. Makan pun best.hehe.
Saya diberitahu kursus ini adalah silibus percubaan buat pertama kali dibuat di MARA, Perlis. Alhamdulillah kami adalah 1st batch la yang dapat kursus UBS percuma ni.
Sepatutnya suami saya yang dipanggil untuk menjadi peserta. Suami saya seorang akauntan, kalo dia pi nanti... baik dia yang mengajar. hehe. At last saya yang menggantikan tempatnya. Best juga belajar UBS ni.
Tapi bagi saya peserta perlu ada kemahiran komputer dan pengetahuan asas akaun sedikit sebanyak. Supaya datang kursus, takde la cikgu tu nak ajar basic akaun semula, nak ajar klik mouse,download file n sebagainya. Saya rasa buang masa kat situ aje.Coz kita ni mai nak belajar guna sistem UBS. Nak tunggu semua peserta seorang demi seorang faham, saya pulak kena jadi cikgu, tolong cikgu ajarkan peserta lain. Nampaknya MARA kena bagi upah kat saya nih.hehe.
Secara keseluruhannya, saya begitu seronok menyertainya dan masa adalah fleksibel mungkin sebab cikgu ambil masa lebih untuk ajarkan peserta lain yang belum faham, peserta yang sudah faham dan selesai siapkan tugasan, boleh buat kerja sendiri atau buat tugasan seterusnya. Jadi saya sempat lari balik umah menyusukan Tasneem. Itu yang penting :) hiks
ops... blog saya dibaca oleh salah seorang pagawai MARA la. huhu...
p/s; thanks to En Hanafi as our teacher and credit to MARA Perlis!!
Bergambar kenangan bersama Pengarah MARA Perlis, En Suhaimi dan En Hanafi as our teacher
Wednesday, August 06, 2008
Bila sms masuk...
tet tet,tet tet..sms berbunyi ada 2 sms yang menarik perhatian pagi tadi...
"salam najah, akak nak tempah moist coklat kek yang mcm haritu utk besday syahmi 7/8 ni,yang najah buat bg kat akak ritu sedapla"
"najah,kak ani nak mtk buatkan coklat kek utk majlis tunang ni,utk mkn2 tetamu"
fuh,sms-sms ini mendebarkan hati saya!!
Ada kawan-kawan tanyakan sample cookies utk raya. huhu. saya masih belum buat apa-apa lagi. Masih berkira-kira lagi dek kerana terkenangkan Tasneem walaupun sudah ada Neni yang bisa membantu nanti.
Sejak ada baby kecil, saya jarang ke kedai. Syukur dapat staf yang boleh diharap.Alhamdulillah. So saya boleh tumpukan pada kerja-kerja lain, pada baby especially dan... pada hobi baru mencuba resepi di fotopages kawan-kawan cyber. Saya sudah ada dapur baru :). Ummi buatkan ruang dapur besar kat belakang untuk saya test/eksperimen segala resepi-resepi :)
haritu saya cadang nak pindah umah sewa sebab salah satunya nak guna dapur/space utk buat bisnes makanan.Tapi ummi keberatan nak bagi kami berpindah.Atlast, ummi buat renovation/tambahan ruang dewan cantik dilengkapi aircond and 2 bilik air (utk program ikhwah akhawat) beserta satu ruang dapur yg agak luas + sorang maid sebagai pembantu. Mekasih ummi!!
ha kau! mak mertua yang cemana lagi yang kau nak? hehe
Monday, August 04, 2008
Dia kan angkasawan...
Saya jumpa angkasawan tu. Ensem siot.haha.
kat Ekspo Uitm semalam, saya punyala tunggu dia bagi talk. Tapi takde pun. Dia datang kejap je 15 minit kot buat ape tah masuk kat dalam dewan uitm, pastu makan tengahari n naik kereta balik.
Saya ada tanya ayah, bila slot Dr Sheikh Muszaphar tu? Ayah kata, manade dia bagi talk. Uitm bayar dia 10k untuk datang sain buku pelawat je. Pastu balikla. Haaa? tercengang saya. Banyaknya!! datang sain buku pelawat je ke.
ye lah... diakan angkasawan! huhu...
p/s: kayanyer uitm
Thursday, July 31, 2008
LELONG 30% LESS (PART THREE)

TAJUK: HARI-HARI DALAM HIDUPKU
PUB: PUSTAKA SALAM
PENULIS: ZAINAB AL GHAZALI
BILANGAN: 1 BUAH
HARGA ASAL: RM14.50
AFTER DISC: RM10.25
TAJUK: MASJID ITU HIDUPKU
PUB: TELAGA BIRU
BILANGAN: 2 BUAH
HARGA ASAL: RM19.90
AFTER DISC: RM13.93
TAJUK: KAUM-KAUM YANG PUPUS
PUB: SABA ISLAMIC MEDIA
PENULIS: HARUN YAHYA
BILANGAN: 1 BUAH
HARGA ASAL: RM22.00
AFTER DISC: RM15.40

TAJUK: THE STATUS OF WOMAN IN ISLAM
PUB: SABA ISLAMIC MEDIA
PENULIS: DR JAMAL A BADAWI
BILANGAN: 7 BUAH
HARGA ASAL: RM3.00
AFTER DISC: RM2.10
TAJUK: ISLAM YANG MUDAH
PUB: PTS
PENULIS: ALIAS OTHMAN & DR ANISAH
BILANGAN: 2 BUAH
HARGA ASAL: RM27.00
AFTER DISC: RM18.90
Wednesday, July 30, 2008
LELONG 30% LESS!! (PART TWO)
TAJUK: SUPAYA POKET TIDAK KOSONG LAGI
PUB: PTS
PENULIS: MOHD TAMSIR ALI & HALIMAH MOHD ARSAT
BILANGAN: 2 BUAH
HARGA ASAL: RM16.00
AFTER DISC: RM11.20
TAJUK: 12 LANGKAH MEMBENTUK MANUSIA CERDAS
PUB: PTS
BILANGAN: 2 BUAH
HARGA ASAL: RM27.00
AFTER DISC: RM18.90
TAJUK: CAKAR HARIMAU
PUB: TELAGA BIRU
PENULIS: SITI NOR BAHIYAH
BILANGAN: 1 BUAH
HARGA ASAL: RM19.90
AFTER DISC: RM13.93
TAJUK: AMALAN IBU MENGANDUNG
PUB: TELAGA BIRU
PENULIS: SITI NOR BAHIYAH
BILANGAN: 6 BUAH
HARGA ASAL: RM19.90
AFTER DISC: RM13.93
TAJUK: KUANTUM DOA
PUB: PTS
BILANGAN: 2 BUAH
HARGA ASAL: RM20.00
AFTER DISC: RM14.00
TAJUK: MISTERI SOLAT SUBUH
PUB: PUSTAKA INDONESIA
BILANGAN: 4 BUAH
HARGA ASAL: RM10.00
AFTER DISC: RM7.00
TAJUK: DETIK KELAHIRAN SI PERMATA HATI
PUB: PTS
PENULIS: MAZNEERA
BILANGAN: 2 BUAH
HARGA ASAL: RM20.00
AFTER DISC: RM14.00
TAJUK: ANAK KITA MEMANG PINTAR CERDAS
PUB: PTS
PENULIS: HASSAN ALI
BILANGAN: 2 BUAH
HARGA ASAL: RM18.00
AFTER DISC: RM12.60
TAJUK: SOAL JAWAB BAKAL IBU
PUB: PTS
PENULIS: DR ARIZA MOHAMED
BILANGAN: 3 BUAH
HARGA ASAL: RM20.00
AFTER DISC: RM14.00
p/s: baca buku 'misteri solat subuh' membuatkan hati saya rasa insaf, terdapat kisah sejarah tentang peperangan n sebagainya.
Monday, July 28, 2008
LELONG!! 30% LESS (PART ONE)
Salam...
Saya nak lelong 30% buku-buku di bawah ini akibat terkena hujan sewaktu ekspo usahawan haritu. Kerugian disebabkan kedai mereka yang bocor tu tidak ditanggung oleh mereka kerana bencana alam (hujan lebat). Akibatnya kami mengalami kerugian hampir 2K. Jadinya daripada terus rugi, buat la lelong buku-buku ni supaya dapatla cover sikit-sikit.
Buku-bukunya masih elok, cuma agak terjejas sebelah tepi-tepi. Ada yang masih berbalut plastik. Gambar-gambar dibawah ini adalah gambaran buku yang sejujurnya :), tiada super impose, tiada editing.hehe
Ada 20 tajuk buku dimana saya akan upload beberapa post.
TAJUK: JANGAN BERALASAN ANDA JAHIL
PUB: SABA ISLAMIC MEDIA
PENULIS: HARUN YAHYA
BILANGAN: 1 BUAH
HARGA ASAL: RM21.50
AFTER DISC: RM15.05
pandangan depan
pandangan sisi
TAJUK: KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH
PUB: SABA ISLAMIC MEDIA
PENULIS: HARUN YAHYA
BILANGAN: 1 BUAH
HARGA ASAL: RM22.95
AFTER DISC: RM16.00

TAJUK: KEINDAHAN DI LANGIT
PUB: SABA ISLAMIC MEDIA
PENULIS: HARUN YAHYA
BILANGAN: 1 BUAH
HARGA ASAL: RM16.50
AFTER DISC: RM11.55
TAJUK: MARI BELAJAR TENTANG ISLAM
PUB: SABA ISLAMIC MEDIA
PENULIS: HARUN YAHYA
BILANGAN: 1 BUAH
HARGA ASAL: RM26.00
AFTER DISC: RM18.20
DEPAN
TEPI
TAJUK: AHMADENEJAD SINGA BARU DUNIA ISLAM
PUB: PTS
PENULIS:
BILANGAN: 5 BUAH
HARGA ASAL: RM17.00
AFTER DISC: RM11.90

TAJUK: SATU RASA DUA HATI
PUB: GALERI ILMU
PENULIS: PAHROL JUOI
BILANGAN: 2 BUAH
HARGA ASAL: RM22.50
AFTER DISC: RM15.75

Tuesday, July 22, 2008
Terkenang...
Bila baca petikan berita ni, terkenang kembali zaman sekolah masa di Hira' dulu. Masa tu mewakili sekolah dalam netball. Tengok sekolah-sekolah lain semua ada t-shirt seragam masing-masing. Kami aje yang pakai baju kurung ngan seluar trek main netball. Abis kotor baju kurung n terkoyak tepinya.Zaman saya dulu manade t-shirt labuh/t-shirt sukan yang menutup aurat. Paling kurang ada t-shirt long sleeve tapi masih singkat. Orang tengok pelik tapi diorang support jugak ..budak2 cina etc diorang sorak irak! irak! ..sebab tak reti sebut Hira' (bak kata kawan saya, Faizah.hehe).Teringat juga masa Hira' masuk spelling Bee. Kagum juga org tengok team Hira' boleh tahan hebat.. yerlah biasanya sekolah agama zaman dulu-dulu takde ler terer english ... siap gamba masuk front page The Star kalau tak silap..Teringat Muhsin. Di mana Muhsin yer skarang??
dan....
Di Hira' juga saya bertemu dengan suami saya sekarang..... haha
Ops... ni bukan bercinta zaman sekolah ye. Saya sendiri pun tidak menyangka jodoh ini. Kuasa Allah!!
Misi geng tahfiz
Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my
'TAGHYIR' adalah perkataan dalam bahasa Arab, membawa maksud 'perubahan'.
Justeru penyertaan lapan anak muda dari Sekolah Menengah Islam Hira, Batu 18 Jeram, Kuala Selangor yang tampil buat kali pertama di Karnival Futsal i-Metro, Zon Tengah bertekad untuk membawa impak perubahan kepada pasukan itu.
Biarpun tidak mendapat bimbingan daripada jurulatih, pasukan yang dikenali Taghyir FC itu dibarisi lapan pemain bertekad menyempurnakan misi serampang dua mata.
Bagi kapten pasukan, Amirul Aiman Muhammad Kamal, 18, berkata dia mahu memastikan barisan Taghyir FC dapat mempamerkan bakat masing-masing selain membuktikan tiada halangan dalam bersukan biarpun bergelar tahfiz Al-Quran.
Menyedari setiap pemain pasukan itu mempunyai bakat terpendam, Amirul sedar hanya dengan menyertai pertandingan dapat membuka minda setiap pemain terhadap kemampuan mereka.
"Maksud Taghyir adalah perubahan. Kami mahu membawa perubahan dalam diri kami dan juga corak permainan kami. Kalau boleh kami mahu melangkah ke Grand Final dan muncul juara Zon Tengah.
"Biarpun tanpa bantuan jurulatih, kami yakin boleh berjaya kerana kami mempunyai skil dan kelebihan sendiri," kata Amirul yang pernah terpilih untuk menjalani latihan futsal negara bawah 20 tahun.
Katanya, biarpun tidak dapat membarisi pasukan itu kerana melepasi had umur yang dibenarkan, dia akan tetap memberi sokongan pada kepada pasukan berkenaan.
"Pemain pasukan ini menjalani latihan setiap hari. Mengikut jadual asrama, setiap pelajar akan bangun pada pukul empat pagi untuk sembahyang tahajud dan selepas itu, kami beramai-ramai akan turun menjalani latihan.
"Biarpun tidak di atas gelanggang sebenar, asalkan ada ruang untuk bermain bola, kami akan turun berlatih. Tak kisah di atas jalan raya atau rumput," katanya.
Namun penyertaan mereka tidak semudah yang disangkakan apabila dua pemain pasukan itu terpaksa menarik diri kerana mempunyai komitmen dengan kegiatan sekolah. Begitupun, perkara itu tidak mematahkan semangat mereka untuk berjuang.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Arena/20080520084635/Article/index_html


