thePencil.org Ar RaiYan

Sunday, December 20, 2009

Detik Terindah


Tasneem Sofiyya sudah masuk 1 tahun 6 bulan. Sudah banyak keletahnya. Macam-macam dibuatnya. Sudah pandai dan kuat merajuk. Kalau merajuk, dia akan lari kat tepi dinding dan buat muka sedih. Mencebikkan mukanya. Ahh... sangat comel. Dalam seminggu ni sudah banyak vocab Tasneem yang berjaya dikumpulkan. She can say it clearly, tak termasuk yang sebut wording pelat-pelat tu. Antaranya perkataan clear yang disebut aduh, jatuh, habis, ketat, rabbit, bird, ayam, satu, empat, hello. Hmm.. apa lagi ya? itu yang dapat saya kumpul dan ingat sekarangni. Nanti kalo ada wording baru, akan saya tuliskan :)

Seronok sebenarnya melihat anak yang sedang berlatih bercakap macam ni. Kadang-kadang ada perkataan yang dia nak bagitau tapi kami tak faham. sampai dia tarik tangan kita ke tempat tersebut dan tunjukkan benda yang dia maksudkan. kadang-kadang orang lain tak faham, tapi saya sorang je faham atau pun kakak dia sorang je faham. dan macam-macam lagila. Rasa nak rakam aje setiap/semua detik berharga ni. Detik-detik inilah bagi saya detik yang paling indah tatkala anak sedang membesar. Syukur kerana saya masih berpeluang melihat semua anugerah ini. Walaupun adakalanya saya sering meninggalkan mereka di rumah kerana terpaksa berkejar ke kedai dan urusan lain. Tapi saya cuba lebihkan masa di rumah walaupun saya akui maid yang banyak tolong uruskan sebab saya sekarang sangatla tak larat. Sedang menanti hari aje. Mengikut due lagi 12 hari. Huhu... doakan agar semuanya selamat. Insyallah. Berdebar menantikan kelahiran ketiga ini. Sama seperti menanti kelahiran sebelumni. Orang yang paling tak sabar tunggu baby keluar ialah budak berdua tu lah. Kak Ibah n Tasneem. Tataula apa reaksi Tasneem nanti. hehe.

Moga kalian menjadi anak-anak yang solehah cemerlang dunia dan akhirat.

Saturday, December 19, 2009

Rezeki...


Awal tahun 2009 ritu kami ada hantar proposal pada pihak berkenaan, mengenai plan dan proposal untuk membuka kiosk aiskrim Mingo Mingo di kompleks membeli belah disini. Kami ada menyerahkan proposal lengkap pada pegawai tersebut dan menanti jawapan darinya. Pegawai tersebut akan call jika ada perkembangan berlaku, katanya tapak tu takboleh bukak kiosks sebab berdekatan dengan pili bomba. Tapi pegawai tersebut akan usahakan tempat bahagian hadapan sedikit (berhampiran dengan tempat yang kami propose tu). Kami menanti. Agak exited juga la. Tup-tup awal bulan Disember ni sudah ada orang membuka kiosk tersebut di tempat yang sama seperti yang kami cadangkan tu. Kelulusan hanya dari pihak berkenaan sahaja yang mampu meluluskan segala permohonan. Apekah??? kebetulan atau....

Saya memandang Saif dengan penuh persoalan. 'abang...proposal kita tu cemana??
Anggapla bukan rezeki kita, jawapan Saif yang cool sokmo berbanding saya. Mungkin juga kami ni tak bersungguh dalam hal ni. hantar proposal, terus diam tunggu orang call. huhu

Mula-mula saya rasa agak terkejut, tetapi bila fikir balik hanya Allah yang berhak ke atas sesuatu. Rezeki hanya Allah yang berhak beri pada sesiapa pun. Saya rasa ok aje la. Mungkin ada hikmahnya di sebalik apa yang berlaku.

Tapi kan, banyak juga dengar cerita. Eh ni tiada kaitan kes diatas tau!
Orang-orang yang seperti kita (orang biasa yang tak cukup modal) memang punya banyak idea perniagaan dan suka membuat proposal dan serahkan pada jabatan kerajaan dengan harapan mereka dapat membantu kita menjadi usahawan berjaya. Pernah satu kes ada kawan yang buat proposal mengenai projek membiak baka kambing dengan cepat melalui aura or something la saya tak pasti, di serahkan pada satu jabatan, tetapi bos jabatan tu ambil proposal tu dan beri pada anak orang dalam/penting2 jugakla yang mempunyai modal yang banyak untuk melabur. Akhirnya projek tersbut dijalankan berdasarkan proposal orang lain dan memperolehi keuntungan berjuta-juta. Kesian bukan? nak marah atau nak saman, manade bukti. huhu

Ada satu kes saya baca kat satu group ni, ada sorangni keja pelukis plan diminta melukis/ design rumah banglo untuk sorang dato' ni. Plan dah siap dan diserahkan pada pembantu dato' ni. Bila tiba hari nak ambil upah, Dato' tu kata dia tak puas hati dengan plan rumah tersebut dan dia reject. Pulangla pelukis plan ni dengan tangan kosong. 3-4 bulan selepas tu, pelukis plan ni lalu kat kawasan perumahan dato' tersebut, dia nampak rumah banglo hampir siap dibina sama seperti plan yang dia lukis. Alangkah terkejutnya dia. Bahkan kontraktor yang membuat banglo tersebut adalah kawannya sendiri dan dato' tu menyerahkan plan yang pada awal tadi kononnya reject tu untuk kontraktor bina. hmmm....kesian kan.

Ini semua merupakan cabaran bagi para usahawan melayu yang chick feet seperti kita sebenarnya. Tu la kau, sape suruh nak join bisnes, nak jadi usahawan? hehe. Tanggungla risiko!

Teringat mak saya selalu cakap, rezki dalam mulut pun adakalanya boleh terluah. Maknanya bukan rezeki kita la tu, walaupun dan nak masuk mulut dah :)

Thursday, December 17, 2009

Tahun Baru

Esok mula tahun baru Islam... apa azam anda? mesti berderet-deret tu...
Azam saya, nak dok umah. hehe. (ape punya azam nih)
Takpe, saya akan pastikan income saya setanding dengan orang yang keluar bekerja pada umur saya ini. hihi
Saya semakin suka buat kerja dari rumah. Ada orang kata memang penat sangat jaga anak berbanding kerja-kerja pejabat. Tapi saya amek maid. hehe. Alhamdulillah, Neni banyak membantu kami sekeluarga. If takde Neni, saya leh pengsan jugak woo. Masuk Feb 2010 ni cukup 2 tahun Neni bekerja dengan kami dan akan sambung 2 tahun lagi. Neni sudah pandai memasak berbanding saya yang hanya tahu instruct dia aje. Masak itu, masak ini. Buku-buku resepi segala macam saya hadiahkan pada Neni (lupa ker... saya kan buka kedai buku. hehehe)
Ish, entry ni bukan citer pasal Neni tau. Pasal azam tahun baru. isskk...

Dok umah aje ke? macam-macam boleh buat rupanya. Saya bebas kesana kemari tanpa sebarang ikatan. Keluar shopping kalo teringin, tapi saya selalu shopping online aje. Setakat shopping di Kangar, apela yang ada. Kalo Alor Setar, bolehla tahan. Ooh... baru teringat, saya perlu berjimat cermat kerana sedang mengumpul wang untuk ke London dan France untuk melawat ipar duai. Apa-apa ajelah kau nih.

Tapi, dok umah atau bekerja, bagi saya kesibukannya tetap sama. Sibuk uruskan bisnes, sibuk dengan kerja-kerja kebajikan dan program JIM. Nak-nak diorang tau saya tak terikat dengan mana-mana kerja jabatan, lagik la saya kena buat banyak kerja. Takpa, itu satu pelaburan bank akhirat insyallah. Setting niat!

Teringat diri saya sebelumni yang masih blur untuk bekerja, lepas kahwin... jadi cikgu English sek agama. Tahun 2006 jadi cikgu English Tadika Huda. 2007 dan 2008 set up kedai kat Kangar dan kedai online. tahun 2009 sudah ada staf dan alhamdulillah semua staf yang uruskan. Bila semua staf dah buat, saya jadi takda kerja la pulak. Kena cari/cipta kerja lain. Huhu.

Alhamdulillah tahun ini bertambah pula kedai lagi satu kat Star Parade, Alor Setar. Tapi sales di sana cukup-cukup makan aje. Kena rajin promote, sebab kedai letaknya di bahagian belakang.Mujur suami rajin mempromosi. Insyallah tahun depan, mahu menembus pasaran KL. Sudah bertemu teman untuk share kedai di Melawati. Lepas bersalin ni, kena sain MOU la. Banyak duit tu nak kena curah. Nampak gayanya lambat lagi la boleh buat rumah sendiri tuh! Berdoalah, nescaya ada rezeki datang tanpa disangka! Solat Dhuha jangan lupa.

Isk... apa yang dibebelkan itu? oh ya, harini ada buat Carrot Cake Walnut with Creamcheese dengan tujuan nak habiskan stok barang-barang bakery sebelum bersalin hujung bulan ni. Mujur kawan-kawan datang halaqah malamni dan tolong habiskan. hehe

Maaf kerana kualiti gambarnya kurang, tapi tidak pada keknya ya! bila tengok gambar-gambar yang diambil, rasa teringin pula nak memiliki camera DSLR. Seronok tengok orang lain ambil gambar cantik-cantik. Harijadi saya nak dekat, saya berharap agar si dia tu mendengar... hehehe

Wednesday, December 16, 2009

Perniagaan apa yang boleh jadikan kita jutawan?

Saya tertarik dengan entry dari blog Dr Irfan Khairi,

Perniagaan apa yang boleh jadikan kita Jutawan

Perniagaan apa?

Ni memang soalan favourite ramai yang tanya saya. Perniagaan apa yang boleh jadikan kita usahawan jutawan?

Selalunya saya akan tanya balik kepada yang bertanya. Rasa-rasanya perniagaan apa? Dan jawapan yang saya selalu dapat…

  • Perniagaan hartanah
  • Perniagaan construction
  • Perniagaan telekomunikasi
  • Perniagaan restoran…
  • …dan sebagainya!

Hendak tahu jawapannya? Jawapannya adalah….

Semua perniagaan boleh jadi jutawan!

Tak kira apa sahaja perniagaan, kita boleh jadi usahawan jutawan. Tak percaya? Lihat sahaja semua industri… bukankah ada jutawan yang tercipta?

  • Jual produk kecantikan boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… usahawan Sendayu Tinggi, De Navichee dan ramai lagi telah membuktikannya!
  • Jual kasut boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… siapa tak kenal Jimmy Choo, usahawan jutawan kelahiran Malaysia yang menempa nama sampai ke Hollywood!
  • Jual perkhidmatan design boleh jadi jutawan? tentunya boleh… thats where my first million came from! :)

Jual baja boleh jadi jutawan? Jual kacang boleh jadi jutawan? Jual keropok boleh jadi jutawan? Jual ikan boleh jadi jutawan? Jual basikal boleh jadi jutawan? Jual dompet boleh jadi jutawan? Jual gitar boleh jadi jutawan?

Semuanya boleh. Sebut sahaja apa sahaja industri dan pastinya ada usahawan jutawan dalam industri tersebut!

Oleh itu, berhenti dari mencari alasan industri ni tak boleh… industri itu tak boleh… industri ni susah dan sebagainya. Semua industri boleh mencipta usahawan jutawan. Ianya bergantung kepada usahawan - ANDA - sendiri! Kalau tak jadi usahawan jutawan, bukan salah industri. Tetapi SALAH KITA

-Dr Irfan Khairi-

Tuesday, December 15, 2009

Kelas Deco Cake lagi

salam,
ni kelas terakhir sebelum saya bersalin. Terima kasih Buat Afiza dan KakRozi. Saya tambah kawan baru. Mintak maaf segala terlebih atau terkurang yer

Kawan-kawan ada minta buatkan kelas cupcakes n deco. Insyallah early March 2010, saya akan buka semula dengan:
1. Cupcakes baking n deco for beginner
2. Choc Moist Cake with Rose Ganache

Tuesday, December 08, 2009

Choc Moist Cake



Semalam pergi belajar Choc Moist Cake with Rose Ganache kat Inasaly di Perda. Rasanya ini kelas terakhir saya sebelum bersalin. hehe. Lepasni berehat kat umah dengan anak-anak yang sering ditinggalkan ini (kesian mereka)

Terkejut datang je kelas, Mck mahani (mak sedara suami) pun ada. Tergelak kami. Masing-masing... Aikkkk??

Alhamdulillah, kelas berakhir dengan selamatnya dan kek tersebut selamat saya bawa pulang ke Arau. Kak Rohaya nak beli kek tersebut untuk hantaran anaknya harini 8 Dis. Rasa sayang lak nak bagi. Hehe. Anyway Zaid, Selamat Pengantin Baru. Ahadni akak n Abg saif serbu ke majlis kahwin Zaid yaa!!
Ada sesiapa nak order? sementara saya masih belum due. hehe

P/s: terima kasih cikgu Lina, sempat saya shopping keklapis darinya untuk hadiah hantaran walimah Cikgu Amin.

Sunday, November 22, 2009

Basic deco class

Alhamdulillah... berakhir sudah kelas petang tadi. Merasa jadi cikgu kejap. hehe. Memula macam tak konfiden juga. Tapi kawan-kawan ni teringin nak belajar. Ikutkan aje. Lagipun ajar kawan-kawan, takde hal punya. Yuran pun amek harga kawan-kawan juga. Feedback, diorang happy sangat sebab dapat tau serba sedikit skill baking cake n deco terutamanya...pastu request pulak mintak buat kelas cupcake. aiyaarkkk!

Wahai anak-anak muridku... balik nanti praktis selalu ya!! Tahniah. Dalam banyak-banyak pattern saya ajarkan, semuanya pakat nak buat basketwave kat tepi kek. haha. apa yang best tuh.
Hajar... cantek deco dia. Orangnya diam ajer. concentrate betoi.
Ni anak dara sorang yang naughty! hehe. dah tak sabar nak 'ngap' the cake
Kak Maznah yang cool...
Kak Rohaya, bakal tokeh bakery... saya segan kat dia sebab dia pandai buat cheesecake n bun. huhu

Kelas seterusnya, lepas raya haji. Kawan-kawan juga nak datang belajar. Harap-harap saya masih larat lagi time tu. heee

Monday, November 16, 2009

Ihtifal Kak Ibah

Kelas 5 tahun. Kak Ibah dapat no. 1 (lagi), tahniah. Tapi itu bukan menjadi kayu ukuran kejayaan untuk dia sebenarnya. Apa yang saya bahagia ialah anak yang sorang ni berjaya mendapat pendidikan dari Tadika Huda yang mendidiknya selama 2 tahun sejak umurnya 4 tahun. Sudah boleh menghafal sikit-sikit surah pendek n mathurat, ayat-ayat dalam solat, sudah boleh membaca. Tapi satu jer, agak malas. Hmm... tapi saya tanak memaksa dia, sekarang peringkat umur untuk dia bermain puas-puas. Biarkan perkembangan otaknya dilalui secara normal.

Tapi ada satu masalah, kuat tengok TV la pulak! suka tengok kartun dan sinetron. aiyarrk. Pengaruh Indonesia sudah menular pada anak saya. Gimana nih...
Mujur Saif banyak membeli CD kartun pendidikan dan Islamic Edu untuk mengisi masanya daripada keje mengadap sinetron tuh!

hmm... saya pun suka tengok tv juga! tapi bukan sinetron. CSI. pastu citer-citer melayu pun layan la jugak. Tapi kalo tengok bersama Kak Ibah, ada juga saya selitkan beberapa pengajaran. Supaya dia sendiri dapat menilai baik dan buruk cerita tersebut. Tapi lately citer melayu pun bikin merapu juga macam sinetron.

Sedikit gambar-gambar Hari Ihtifal Ibah....

sedang memegang kad huruf P & H

Bacaan mathurat, paling kecik sekali belah kanan

kak Jus, simpan gambar ni elok2 ek... Imtiyaz dok sebelah girlfriend la... hehe

Iqra' Books Board Of Directors :)

Monday, November 09, 2009

Bertiga...

Saif bepergian lagi, ke Jakarta 5 hari. Saya kembali menjadi supermom. Sangat sibuk weekend ni, kena set up program Smart Start, kursus untuk bakal pengantin 7-8 November kerjasama JIM dan LPPKN. Biasa lah.. kalo program kerjasama ni, kena la buat yang terbaik. Nak kena nampak perfect aje. Sentiasa bersedia kalo ada apa keperluan yang tak mencukupi. huhu. Alhamdulillah... kursus berakhir dengan jayanya. Orang LPPKN pun nampaknya berpuas hati dan ingin bekerja sama lagi. Silakan!! Cuma tempat kursus tak berapa best. Toilet problem. Lepasni kena cari tempat lain laa... post mortem..post mortem..
Terima kasih Pak Utih (En Shafiai) sebagai penceramah jemputan bagi pihak JIM. (sabtu orang LPPKN bagi talk, Ahad orang JIM bagi talk). Dapat feedback peserta, slot Pak Utih paling best!

Kesian anak-anak ditinggalkan 2 hari di rumah. Umminya sibuk betul sepanjang minggu lepas. Baba pulak takda. uhuk!

teringat pulak suatu ketika sambil tinggal bertiga....

Tasneem: Ummi, citak ! citak! (sambil tunjuk cicak kat ceiling)
Ummi: Ha'ah la dik, cicak (saya sebenarnya penat giler time tu)
Kak Ibah: Ummi rasa cicak tu nak pi mana ek?
Ummi: Mana la ummi tau... (jwpn pun dgn nada malas)
Kak Ibah: Sebenarnya cicak tu nak balik umah cicak laaaa. Apala ummi nih!

pulaak!

tasneem
busy + busybodynyaaaa
abis dikerjakan laptop ummi, pc baba tak berani kaco lak

Tuesday, November 03, 2009

Selamat Hari Lahir


Selamat Hari Lahir buat mama tersayang, Pn Mahyon Hashim. Seorang ibu tunggal yang sangat tabah, kuat semangat dan pandai memasak. Kek ni ditempah khas dari seorang kawan yang tinggal berhampiran dengan umah mama, seorang graduan yang meninggalkan kerjaya asal, dan membuat duit melalui kelas kek dan mengambil tempahan. http://inasalybakery.blogspot.com/ yang buat kek secara marathon dan kelamkabut, sebab saya nak last minit. hehe. sori Lina! Mujur saya mintak yang paling simple. Asalkan Lina sanggup terima order saya. Hasilnya... rupanya ini dinamakan paling simple, siap berbunga-bunga tulip! perrgh...

Mama, kakak bangga jadi anak mama! mintak maaf sebab tak dapat bake cake untuk mama sebab pregnant kalini tak larat sesangat dan agak sibuk. Huhu. Next time, insyallah!

 
blog template by suckmylolly.com