thePencil.org Ar RaiYan

Sunday, September 19, 2010

Kauthar Hana dah 8 bulan

ni kauthar...mata dia boleh bukak sampai takat tu aje. haha

Friday, September 17, 2010

7 tahun berlalu

Happy 7th annyversary...31 ogos 2003
terima kasih kerana belanja buffet berbuka puasa tempohari.

sesungguhnya saya bertuah punya suami seperti abang, andainya saya dah takde lagi kat dunia ni, pinanglah suami saya yang baik ni.hehe

start keja...

lepas cuti raya punya la lama. lama ker? harini start kerja semula masuk dapur. berbaking la apa lagi. untuk order wedding esok. wedding cake dan doorgift. nanti saya update kat www.najahbakery.com, mekasih saif adiah kan hosting ni. buat masa ni takleh amek order banyak-banyak sebab bibik balik kampung sampai 25 sept ni. amek order jerung aje. ha, jerung? kui kui kui

best juga deco mendeco ni, sangat suka melihat reaksi dan kegembiraan customer bila datang ambil kek. satu kepuasan bagi saya...

ada satu kek hantaran ni, mck sunirah tak habis2 sms memuji... rasa sangat terharu... ni kek nya

mekasih mck su....

hmm....september ni memberikan satu pengalaman baru buat saya, tatkala menerima tempahan dari unimap sebanyak 1550 pcs cupcakes. sangat sukar nak buat keputusan. samada nak terima atau tidak. masa dah suntuk. terima kasih, ramai yang membantu. terima kasih kepada pn andrina kerana percayakan saya. saya sendiri tak percayakan diri saya pada mulanya.haha

sejak lepas order tu,rasa teruja nak buat doorgift pula. hihi. yeah harini dah jumpa supplier kotak!

Thursday, September 16, 2010

mood raya

salam,
selamat hari raya. lama betoi tak update.sebenarnya pulun juga mencari kewangan hujung-hujung tahun ni sebab due nak buat umah dah dekat. duit tak cukup2 lagi. huhu. doakanlah kami agar dimurahkan rezeki serta cukup duit nak buat umah kecik kami tu. huhu. ya allah perkenankanlah!

beberapa hari lepas bercuti ke langkawi, sebab tunaikan janji nak bawak anak-anak pi waterworld. alhamdulillah tertunai jua

Tuesday, August 03, 2010

update

salam,
saya terlupa yang saya ada satu lagi blog yang dah lama saya tak update. hehe. asyik mengadap kek sejak dua menjak ni. adoi la. kerjaya baru setelah bersalinkan kauthar. najahbakery.blogspot.com rasa seperti tidak percaya perkembangannya hampir setiap hari menerima tempahan cupcakes, kek dan tart. Alhamdulillah. rezeki anak-anak.

kauthar harini sudah 7 bulan, sudah boleh duduk walaupun adakalanya terbalik dan terlentang. kesian sungguh. tapi sehari dua ni, tak terlentang pula. cumanya dia susah sangat nak berpisah dengan saya. asyik dukung aje. pantang hilang pada pandangan mata dia, mula nak menganga... uwaaaa



ya...anak2 saya semua perempuan. hihi

Tuesday, May 25, 2010

Football Fever

depa ni demam bola agaknya. nak piala dunia ni...order kek pun nak gambaq bola ngah masuk jaring.hiks. ni first time buat kek style gini. terkial2 la juga. terima kasih fid kerna memberi peluang pada najah.

Thursday, May 13, 2010

Tamrin Tunas Taqwa

 
WJIM Perlis mengadakan Program Tamrin & Muqayyam untuk anak-anak 8-12 tahun bertemakan Smart Solat Smart Hayat. Pendaftaran kini dibuka. Jangan lepaskan peluang ini!

Saturday, April 24, 2010

Fun n Fenin Class

 Selama 2 hari berkurung di kelas kak ina. huhu... thanks kak Ina, sangat best dapat belajar. peserta terdiri dari sifu-sifu belaka, Rani & Syima. Saya aje yang masih terkial-kial dengan dunia fondant nih. huhu

any order? hehe

Monday, April 12, 2010

photoshoot

Harini buat photoshoot....
untuk majalah apa pun tatau.tak lalu agaknya majalah nak amek.amek gambaq terkial-kial.haha saya la wartawan, saya la photographer...


Monday, April 05, 2010

Cupcakes Class

Alhamdulillah selesai sudah kelas semalam. seronok tengok keceriaan di wajah student yang datang belajar dan bawak balik cuppies untuk dimakan bersama keluarga.

masyithoh dan fairuz, fairuz ni kawan kak hanin kolej komuniti yang datang belajar cupcakes last week

kak syikin dan hajar sudah lama saya mengenali mereka ini....

kak rohaya, tokeh roti dan kek. kata kak rohaya, anak lelakinya sangat pandai forsting kek buttercream. cayalah zaid

ni feza, teman baru kenal di FB... salam perkenalan Fiza. anak kembar you sangat comel

terima kasih kerana sudi datang belajar cupcakes, saya mohon maaf jika ada sebarang kekurangan atau terkasar bahasa. Nanti jumpa lagi ya, selamat berbisnes :)

alhamdulillah...harini sudah cukup simpanan saya selama sebulan menjalankan projek baking. akhirnya dapat memiliki dslr idaman. hiks. lepasni, buat tabung untuk tour europe pulak.

 
blog template by suckmylolly.com