thePencil.org Ar RaiYan: Daftar Perniagaan

Thursday, June 14, 2007

Daftar Perniagaan

Semalam ke SSM untuk daftar perniagaan. Saja nak asingkan produk makanan bawah perniagaan lain. Sinarmawaddah Ent tu letak untuk buku, fotostat, gelang kristal & t-shirt labuh.
Buntu saya dok prepare awal-awal lagi confident nak letak Najah Food Industries. Bila cek kat SSM, dah ada orang daftar nama tu. aiyarrk.

At last, jadik la Najah Freshfood Industries. hiks. Macam tak percaya ada nama & perniagaan sendiri. Jakun kan saya? hehe. Bukan apa, sebelumni dok buat bisnes kek batik n dadih jer homebased lak tu. Jadiknya lepasni kot2 nak mohon pembiayaan ker,nak buat produk baru atau nak buka kedai ker (tatau la bila) sudah siap daftar perniagaannya.

Sebaik je lepas daftar, terserempak dengan kawan yang berkursus asas perniagaan masa kat pejabat mara awal tahun dulu. Terus dia inform pasal showcase usahawan yang bakal diadakan bulan depan. Saya tak tahu menahu pun. Maklumlah sejak accident ritu, jarang pula merayau-rayau cari info di Kangar ni. Terus menapak ke Bangunan Mara bersama suami yang kebetulan ingin berjumpa pegawai mara berkenaan penyewaan. Saya pun amik kesempatan untuk tanya pasal showcase usahawan yang bakal diadakan di Dewan 2020 Julai ni. Mara menyediakan 100 booth percuma untuk para usahawan Negeri Perlis memperkenalkan serta mempromosikan produk mereka.

Dengar aje booth free kami pun terus isi borang. Padahal tatau lagi nak perkenalkan produk apa.hehe. Belum ramai lagi penyertaan setakat ini. So ni pertama kali la saya mendaftarkan penyertaan di bawah nama Najah Freshfood Industries sebagai peserta showcase usahawan. Padahal baru aje daftar penubuhan perniagaan sebelah paginya.haha.lawak sungguh!

Hmm.... harap2 la pihak MARA buat betul-betul la promosi showcase ni pada orang ramai. kalo tak, berkampung le kat dewan tu tanpa sambutan pelanggan/pelawat.huhu

Nak promosi sket... T-shirt Labuh Muslimah (tanpa cop)



Dunia fesyen khususnya di Malaysia memang tidak kurang meriah dengan busana-busana yang sesuai untuk Muslimah, namun agak kurang yang bersifat kasual dan sesuai untuk keperluan-keperluan Muslimah yang lasak dan aktif. Mutakhir ini, beberapa syarikat Muslim sepertimana kami di Sinarmawaddah Ent, cuba untuk menghasilkan secebis solusi buat dunia fesyen yang agak ketandusan busana alternatif untuk Muslimah hari ini.

Meskipun masih bertatih dalam bidang perniagaan, Sinarmawaddah telah mengeluarkan beberapa siri tshirt labuh pelbagai warna dan sebagai produk utama dengan Muslimah remaja dan penuntut IPT sebagai pasaran sasaran. Kami turut menerima tempahan selain memasarkan tshirt beridentitikan Islam buat dan Muslimat yang gemarkan gaya ringkas tetapi kemas dan menepati kehendak syari'at Islam.


Kini!! RM25 sehelai (promosi...promosi cepat! sementara stok masih ada) Belilah sebagai hadiah istimewa buat yang tersayang. sebarang pesanan, sila sms ke 012- 5735856 atau emel saya, salju79@yahoo.com

15 comments:

minnie said...

Salam..
Menjenguk dari rumah Luna...

Baguslah... Dah melangkah setapak lagi... Semoga berjaya...

Raiyan said...

jangan le jenguk aje,sila la masuk :),
thanks minnie!

Amir said...

As'kum, Salam perkenalan, nak register company kat SSM tu kurang2 nak ada 10 nama dlm senarai, pengalaman saya dulu dlm 10 senarai hya 2,3 jer yang ada. Kira yang kita minat smua orang dah sapu.. walau bagaimanapun semoga sukses..

Raiyan said...

ha'ah yela en Amir,lepas saya cek nama yang saya minat tu dah org lain sapu, suami saya suruh fikirkan 10 nama lain.pening saya buat listing.hehe

nurazzah8 said...

tahniah, sudah maju setapak lagi...
buatlah website..boleh jual online pulak...ntah2 dari oversea pun ada order nanti...

Raiyan said...

kak nur,
terima kasih kak atas cdgn n doa.
web tengah buat, tp lum siap2 le jugak.hehe

lukluk said...

erm kaklong, nama pengenalan tshirt labuh tu mcm ada typo/perkataan tertinggal :D tertinggal time paste kot? huhuhu meh sini edit sket ;)

mardhiah12 said...

akak, nak tanya el dah bersalin ker? sunyi sepi je blog dia..ada no dia tak? sms saya nanti

ummibatrisya said...

salam,

lama ummi tak kerumah najah. najah, ader jual tak swimming suit? penah tgk tak kat satu website ni, swimming suit untuk wanita islam.

kalau ader ummi berminat sangat.

ZLAA said...

Salam. Tahniah dah register 'company'. Tu tandanya business dah serius tu.. Selamat maju jaya.

kakLuna said...

tu dia..najah dah melebarkan sayapnya..

sehari selembar benang, lama2 jadi t-shirt labuh kosong.. :)

Raiyan said...

ummi: nak beli baju renang muslimah ke?kawan mak saya ada jual ni contact number dia, mck umi 012 6170308. dia tinggal di cheras. Harga baju renang muslimah tu kalo tak silap rm130

kak Zlaa: sehari semakin serius! hehe.doakan kak. baru bertatih nih

Luna: lawakla peribahasa hang.haha.tergelak aku.

Raiyan said...

Rin: sorry tak perasan msg rin. tertinggal yg mana? akak amik pengenalan yang rin tulis tu separuh aje.hehe.

Beauty said...

Salam. Bole share camane prosedur & byrn utk daftar ur biz? TQ & smg maju jaya :)

Eariey said...

sy pengurus dan penerbit sebenar SinarMawaddah..dah lama sy lihat abang guna nama sinarmawaddah dan sy jg pernah terbuka fs abg.bukan nak marah tp dulupun sy pernah bertanya abg pasal nama sinarmawaddah ni..tp tak ada jwpn. sy berdaftar atas nama PERNIAGAAN SINARMAWADDAH.Ada pe² nak kongsi pengalaman layar blog sy..

 
blog template by suckmylolly.com