thePencil.org Ar RaiYan: KL...

Thursday, June 28, 2007

KL...

Kuala Lumpur? Itulah tempat terakhir dalam kepala saya jika diminta untuk memilih tempat bermastautin. Sesaknya dengan kereta di jalanraya, udara tak best,pening tengok flat tinggi bertingkat2,manusia ramai yakmat,bersesak-sesak.

Tapikan, saya suka datang KL :), jika diberi peluang untuk berbelanja, tempat pertama dalam kepala saya adalah KL. hehe. Jika suruh menetap, itulah tempat terakhir rasanya. Tanak dok KL, tapi suka ke KL.isk,apala.hehe. Menghabiskan weekend di KL berdua-duaan. Indah juga ya! :)

Tujuan asal ke sana adalah untuk membeli stok buku untuk jualan Pesta Buku Perlis nanti. End up, buku-buku semua dihantar naik bas sebab tak muat kereta. Alhamdulillah, kami dapat bertemu empat mata dengan para supplier buku. 3 hari di sana,puas hati.

Sepanjang suami membeli buku pada hari Sabtu, saya mengambil kesempatan untuk mengikuti kursus cupcake and buttercream dengan Cheffarid-Bakeri Ria Academy , tapi chef Farid tak ajar la, anak buah dia, chef Ramli yang ajarkan. Sempat juga saya mengenali rupa chef farid tu :)



Chef Ramli dengan machonyer menghias kek.hehe


Inilah kek sulung saya. Comot rupanya. guess wat,inilah pertama kali dalam hidup saya menghias kek.Betapa kerasnya tangan saya.huhu.



dan juga diajar menghias cupcakes.Saya tak kreatif la. kalo Kak Farah-Funmuffin dan Kak P-nut tengok, mesti depa gelakkan saya. Bab-bab hias ni, failed!

aahh...cukup ini hari pertama. Letih betul. Balik hotel,tido terus.

Hari kedua,harini yang paling best. Saya pula nak bershopping.Ke mana lagi, Jalan TAR la. Diorang tengah lelong barang-barang banjir. Aduh, sesaknya nak memilih kain pun susah. At last, beli juga kain untuk mak,tok n adik-adik sebagai hadiah sebab tolong jagakan Nusaibah dalam 3 hari ni.

Tujuan utama adalah nak beli tudung untuk bawak balik jual kat kawan-kawan di Perlis. oits,oits... ini bukan tudung banjir tau...

Saya masuk satu kedai tudung, pekerja kat situ macam nak tak nak aje layan saya. Dalam masa yang sama ada pelanggan yang masuk kedai tu juga. berpakaian cantik, ala-ala mak datin gitu. sedangkan saya, hanya berselipar dan bertshirt. pelanggan sebelah saya ni nak beli sehelai tudung. sedangkan saya nak memborong 100 helai tudung. Macam tak dilayan aje saya ni. agaknya nampak saya macam lekeh sangat kot.hehe.

Atlast saya ke kedai sebelah. Nah! abis stok tudung kedai tu saya borong! pekerjanya yang baik hati, senang berurusan. Siap bertukar-tukar bisnes kad, pesannya call dia dulu sebelum datang, dia akan inform stok tudung dan jenis terbaru jika ada.



Seronoknya harini, hari menghabiskan duit.hiks. Sempat membeli pakaian Nusaibah, kain,kasut,jubah jeans(bila balik perlis,adik ipar berkenan pula,saya jual padanya). Orang yang paling banyak bersabar ialah suami saya yang sporting



Sambil menanti saya memilih tudung.Ini laki sapa la dok tengah-tengah jalan nih!

Lepastu terus ke Pustaka Fajar Ilmu Baru & Pustaka Indonesia dan lepak di sana sampai kedai tu tutup.hehe.Puas telek buku sampai pening.
Sebelah malamnya, nak survey rak buku la. Jom kita pi IKEA nak? Joom.....





Harga ok jugakla. Takla mahal sangat. Ni kalo nak beli kena bawak lori nih.



Saya suka meja ni. Sesuai juga kalo saya letakkan di kedai buku nanti. Meja untuk deal contract ngan customer.huk eleh.
Isk, orang KL mesti dah biasa ek. Kami yang datang IKEA ni macam jakun aje. Macam nak beli semua. Seronok tengok barang.Kat Perlis manade la wei. Siap berangan, kalo ada rumah sendiri, nak letak itu...letak ini. Nama berangan,memang la best. kan!

Then, hari Isnin...last jumpa supplier. Kami walk in ke pejabat yang jual barangan Ana Muslim. Cantik cover2 buku,lukisan n printing mereka. Berkualiti. Bila dah face to face, baru senang nak deal. Alhamdulillah... mereka dengan senang hati memberi consignment barang-barang mereka di Pesta Buku Perlis nanti.

Hmm... ini kali pertama bersantai-santai di KL, selalunya kalo dtg KL sebab ada tugas, tak sempat nak ke mana-mana. Dalam perjalanan pulang, sempat lagi bermalam di Bukit Merah Lake Town, kat rumah yang ayah beli tu. thanks.

Rindu banget pada Nusaibah, 4 hari berpisah. Tapi riang aje sepanjang ketiadan kami,suka sangat bermain ngan pak n mak sedaranya.Seronok dapat peluk Nusaibah semula :)

p/s: Sape tau lagi kat mana kedai rak buku murah-murah?

7 comments:

Raiyan said...

GOT EMEL FROM MYNIE,REALLY LIKE THIS EMEL ;).SHARING...

Assalamualaikum,

Harap Kak Najah seisi keluarga sihat.

Baru baca post terbaru Kak Najah.. wah sakan bershopping di KL
nampaknya :) byk betul aktiviti sempat cover, sempat belajar buat
cake/cupcake lagi :) boleh lah tambah produk Najah Freshfood
Industries lepas ni :) Saya setuju ngan Kak Najah - saya pun tak suka
tinggal di KL tp byk benda available sana, tp Bangi jd pilihan hati
sbb (selain drpd mmg dibesarkan situ) Bangi dikira outskirt dan bukan
KL and yet still accessible kalau nak gi KL. Sbb tu lah sampai kena gi
berulang berjam2 sehari nak gi kerja huhuhu.. sampai bila lah... saya
masih memendam cita2 nak berenti kerja. Or at least nak improve the
conditions (kalau tak berenti pun) sat lg ada announcement company
policy baru on flexibble working arrangement... tengoklah... oh pasal
rak buku, saya biasanya beli jenis yg pasang sendiri (flatpack) di
hypermarkets... kualiti kurang la kot berbanding ikea, tp murah. the
last one we bought cuma rm99, tinggi lebih kurang 1.8m, lebar dlm 1m,
ada 10 compartments (2x5).. tp tu cuma utk pakai sendiri la.. kalau
utk biznes maybe worth invest yg mahal sikit dan lebih berkualiti
supaya tahan lama dan nampak professional (presentation) bila customer
dtg...

Kak Najah ke KL dating berdua2an pulak tu... hmm saya pun teringin
nak dating berdua2an dgn hubby. Actually last time keluar berdua bulan
4 baru ni, takdela long time ago sgt. Ambil cuti sehari, hantar
Munief ke rumah babysitter mcm biasa, pastu gi Midvalley ngan Hanief
berdua. Beberapa jam je, tp itu pun dah kena 'sound' ngan my parents.
"Ada ke patut pegi jln tinggal anak?" Diorg mmg a bit 'old fashioned'
kot dr segi tu kot. Mmg jenis anak yg sentiasa berkepit ngan diorg
masa kecik (termasuklah saya hehe).. sampaikan belum pergi haji
hingga sekrg krn risaukan "Nak tinggal anak2 ngan sapa? Boleh ke anak2
survive?" My youngest brother is 7 years old skrg (tp sgt manja
aduhai!)....

Ops terlebih pjg cerita pasal tu pulak. Sebenarnya intention saya
tulis email ni sbb hari tu ada terfikir pasal produk Kak Najah (&
hubby) kek batik & dadih yg boleh dipasarkan sbg walimah doorgift
(atau pun mmg dah ada dlm perancangan?). Sbb kalau di Klang Valley
sini, bermcm2 org buat sbg buah tgn org yg dtg kenduri cthnya
cupcakes, kuih, kerepek, cookies, coklat, even creme caramel/puding
telur etc... tak tau pulak kat Perlis mcm mana budaya dia, kot2 masih
teguh dgn bunga telur? Yg bestnya kalau dpt order utk sediakan walimah
doorgift ni 1) agak besar order dia, sekali buat boleh sampai 1000
unit! 2) dpt margin utk bahagian hiasan dia. letak riben 20 sen
(contohnya). kalau dadih, guna bekas yg paling kecik tu sesuai sgtlah
saiz dia.. yumm :)

Wassalam,
Mynie

lukluk said...

Hmm seronok baca progress manusia, apalagi yg dekat di hati. Every entries of yours, membuatkan saya terasa rindu bangat pd waktu2 bersama ... I mis syou! Anyway, I think, dgn bisnes, suami dan anak, u're much happier now though, so ... I wud only hope for a future 'together' InshaALlah :) salam sayang dr jauh

Raiyan said...

terharu ingatan dari luk, really miss u too.
really bersyukur dengan segala anugerah yang Allah beri. berkat doa luk juga.
rindu banget mau ketemu sama kamu sis!!

kakLuna said...

aku baca entry hang ni, aku dpt rasa kegembiraan hang..syukur pd Allah, semuanya dimudahkan untuk hang..

aku pun tak suka dok KL..hingaq, kan?tapi kalau turun skali skala p kenduri umah sedara tu, ok la..sib baik laki aku pun sporting gak cam Saif..kalo tak, tak merasa la nak berjalan2 bila dh sampai KL.

lg satu aku ni pun pantang la pi kedai perabot apatah lagi IKEA (aku lg jakun weiii tak penah pi pun..hehe)..semua2 tu rasa nak beli...padahal umah besaq sket dr reban ayam ja..haha..

pesta buku perlis tu bila wei..aku nak pi la..jenguk2 hang..kot jd salesgirl pun buleh kot?hehe

Raiyan said...

Luna,
bestla hang dah beli umah. aku je takde umah sendiri lagi.huhu
haa...mai la perliar bookfair nanti. jgnla jd salesgirl,jadi duta (promote) utk booth aku ek! hehe.
-perlis bookfair 8-15 july.
-showcase usahawan 16-18 july (yang ni tak jual buku, cuma perkenalkan produk kita je)

Fun Muffin on da Net said...

Amboi la haiii.. sronok tol aktiviti mase kat KL no! Berduaan lagi tu.. kihkih! Memang tinggal kat KL ni x sronok, bile akak g holiday kan, rase cam nak tinggal je kat tpt yg akak g tu.. different sgt ngan KL yang hingar bingar. Tapi nak wat camnekan, dah tpt lahir pun kat sini, punca rezeki pun kat sini.. redha jelah.. huhu! Anyway, next time kalau g jumpak Bakeri Ria, habaq awai no. Kite leh g skali. Hasil Najah tu cantik la.. first timer dah leh wat cam2.. syabas weh!!

mardhiah12 said...

semua tak suka hingar bingar KL. tapi mesti dtg KL cari apa2. hehehe

 
blog template by suckmylolly.com