thePencil.org Ar RaiYan: PDA

Thursday, June 21, 2007

PDA

Saya ada jugak la teringin sangat nak guna PDA.macam ni,



atau yang ini,



Bukan apa, seronok tengok orang dok tulis-tulis kat screen. Saya pun teringin nak tulis juga. Lagipun saya memang suka mencatat kat mana-mana saja saya pergi. Tapi kalo takde PDA pun,saya akan catat juga idea-idea yang terlintas tuh dengan pen dan buku.hiks. wahwahwah.... bukan main yer! Nak PDA la pulak.haha.

Sekarang saya tengok harganya semakin murah. Seribu lebih dah dapat. Kawan-kawan pun dah ramai guna.Dah biasa sangat dah. Cerita pasal PDA ni teringat pulak masa sembang-sembang ngan adik ipar di meja makan haritu. Saya la mula buka cerita yang kawan saya baru beli PDA kat Imbi Plaza. Murah juga. Adik ipar saya pun teruja juga. Dia pun angan-angan la juga nak memiliki. Then mak mertua saya menyampuk perbualan kami, "isk, beli handset mahal-mahal sayangla nak keluar duit. Orang gaji 9-10 ribu pakai handset biasat aje (ni merujuk pada ayah n kawan-kawan ayah) , korang gaji seribu dua ni la yang kalut nak pakai PDA."

Terdiam saya. Mujurlah saya tak suarakan hasrat nak beli PDA lagi time tu. Mujur adik ipar yang suarakan hasrat dia dulu.hehehe.
At last, ala....kalo macamni saya maluler nak beli (malu tapi mahu). Nanti diorang kata gaji seribu dua ribu, dah berangan nak pakai handset secanggih itu.

Apa saya nak buat ek? huhu

p/s: harap-harap mak mertua saya tak baca entry ni. muehehehhehe

p/s: tengok tu, cepat aje Dr Azwan dok promote dopod dia. hehe. Tangkas yer Dr!

10 comments:

SMM said...

kak najah, pada pendapat saya kalau individu tu betul2 manfaatkan pda sehingga meningkat effectiveness diri, tentulah worth duit yg 'dilaburkan'... especially utk org2 bizyness mcm akak, tentu sgt berguna utk keep track mcm2 data/order/contacts/etc... but it's not for me lah. i still prefer pencil n paper :) old fashion heheh.. opposite to hanief yg agak kaki gadget...

Anonymous said...

Bagus komen mynie ni.memberi semangat pada akak utk memiliki.hehe
mynie,akak pun old fashion mcm mynie gak. catat pakai pencil n buku kecik juga.hehe

Aina Ana said...

Najah, I think it's better you should own one. PDA ni bukan kita pakai sebab gaji RM 9-10 ribu, tapi sebab urusan harian kita. Aku rasa elok ko pakai sebab boleh keep track appointment, reminder, yearly planning. Ada word and excel. Boleh scribble. Boleh save powerpoint file. macam-macam la. Ko dah ada bisness sendiri nih WAJIB ada..hehehe

Anonymous said...

aina, sebenarnya kau lah orangnya yang aku bgtau adik ipar aku psl 'kwn kak najah yg beli PDA tu'.hiks.

Ummu Auni said...

suami saya dulu pakai pda. sekejap jer...tak puas hati katanya. byk juga nak tulis dan sbgnya. tapi puas hati jadi old fashioned juga kut. last2 jual kurang separuh dari harga asal. hmph, masa tu dah ckp dah kat dia, betul ke nak beli..balik2 guna pen & kertas. sayang jugalak sebab beli 1000 lebih, jual 400 jer.

functionaility kuranglah dari guna laptop tu, tp kalu selalu ada appointment dan suka keep track, ok gak ada PDA ni. kalau saya, rugi ler beli, hehehe..bukan business cam akak pun

hah t shirt tu, harap2 bolehler dpt sample. ada kawan lain nak tgk, bukan officemate saya sorang jer..kira tolong akak la ni

Anonymous said...

la...suami aini dah jual ke? kalo rm400, nak juga beli.hehe

akak dah courier tshirt tu.courier skynet.esok dpt la

zlaa said...

Salam. Jgnlah dibandingkan dgn En Wan Muda dan Kak Kamariah tu. Dia org orang lama..., ada PDA pun rasanya tak akan fully utilised. Buang duit je kalau dia org beli. Sebenarnya di sini mudah nak beli PDA, kita ikat kontrak setahun dgn syarikat komunikasi, bayar bulanan dalam 35 GBP, dapat handphone/PDA free. Genap setahun tukar yang lain pulak. Pilih-lah yg mana nak.., tapi disebabkan akak pun pun jenis tak scribble (mcm mertua Najah). Tak ada-lah membeli sebab tak guna beli kalau tak menggunanya. So, moral of the story, kalau perlu hp/pda dan akan guna fungsi2 tu, eloklah beli dan kalau duit cukup-lah.. he..he..

Anonymous said...

tq for da comment kak.
ha'ahla kak zlaa,org lama ni kalo beli pun tak digunakan.buat rugi.hehe.atlast anak2 aje yg guna :)
bestnyer style beli hp/pda kat sana ek!

Anonymous said...

ummu raiyan dh bli PDA ke? hehe. hubby sy xpakai PDA tp dia pakai hp nokia 9300series tu. mmg sgt berguna & convenient. bg org yg pakai hp utk call & sms je mmg xnmpak kepentingan dia tp utk orang yg simpan data2 penting & urgent mmg bagus sgt lah. kt mana2 pn bole wat keje, xpayah tunggu depan pc :)

Anonymous said...

Sitilina: belum beli lagi la. dok himpun duit. kena himpun semula. sebab duit habis pi beli menda lain.hehe

 
blog template by suckmylolly.com