thePencil.org Ar RaiYan: Kursus UBS

Monday, August 11, 2008

Kursus UBS

Alhamdulillah berakhir sudah kursus akaun UBS (User Business System) anjuran MARA pada 4 ogos hingga 6 ogos selama 3 hari. Percuma aje ha .Khas untu para penyewa kedai-kedai MARA di Perlis ni. Tapi tak ramai penyertaan. Isk. Makan pun best.hehe.

Saya diberitahu kursus ini adalah silibus percubaan buat pertama kali dibuat di MARA, Perlis. Alhamdulillah kami adalah 1st batch la yang dapat kursus UBS percuma ni.

Sepatutnya suami saya yang dipanggil untuk menjadi peserta. Suami saya seorang akauntan, kalo dia pi nanti... baik dia yang mengajar. hehe. At last saya yang menggantikan tempatnya. Best juga belajar UBS ni.

Tapi bagi saya peserta perlu ada kemahiran komputer dan pengetahuan asas akaun sedikit sebanyak. Supaya datang kursus, takde la cikgu tu nak ajar basic akaun semula, nak ajar klik mouse,download file n sebagainya. Saya rasa buang masa kat situ aje.Coz kita ni mai nak belajar guna sistem UBS. Nak tunggu semua peserta seorang demi seorang faham, saya pulak kena jadi cikgu, tolong cikgu ajarkan peserta lain. Nampaknya MARA kena bagi upah kat saya nih.hehe.

Secara keseluruhannya, saya begitu seronok menyertainya dan masa adalah fleksibel mungkin sebab cikgu ambil masa lebih untuk ajarkan peserta lain yang belum faham, peserta yang sudah faham dan selesai siapkan tugasan, boleh buat kerja sendiri atau buat tugasan seterusnya. Jadi saya sempat lari balik umah menyusukan Tasneem. Itu yang penting :) hiks

ops... blog saya dibaca oleh salah seorang pagawai MARA la. huhu...

p/s; thanks to En Hanafi as our teacher and credit to MARA Perlis!!



Bergambar kenangan bersama Pengarah MARA Perlis, En Suhaimi dan En Hanafi as our teacher

1 comment:

Anonymous said...

saya nk tnya mcm mane saya nk dpt kn kursus seperti puan?

 
blog template by suckmylolly.com