Alhamdulillah. Kelmarin Rabu-21/01/2009, JIM Perlis telah menggempur pasar malam di Stadium Utama Kangar( pasar malam terbesar di Perlis) untuk kempen dan kutipan derma Palestin.
Operasi bermula jam 6.00 petang sehingga 10.00 malam. Operasi gempur pasar malam kali ini melibatkan :
- mengedarkan risalah kempen boikot barangan Israel - 1000 risalah diedarkan, tu pun tak cukup, kalau print 3000 keping rasanya pun habis juga
- kutipan derma untuk Palestin dari orang ramai - alhamdulillah berjaya mendapatkan sebanyak RM 1,900.00
- membuka booth jualan barangan Palestin - badges, buku, lil books dan VCD
- menggantung banner BOIKOT barangan sekutu Israel yang mendapat tarikan orang ramai
Terlupa bawa microphone dan portable sepaker, mujur Prof Madya Shukri mengambil alih tugas microphone dengan melaungkan: "Palestine! Palestine! Derma untuk Palestin! Bantulah saudara-saudara kita di Palestin! Hari ini hari mereka, manatau esok-esok hari tuan-tuan", sampai ada abang gerai sebelah tanya, abang tu kerja apa ya? kami kata Pck Shukri mengajar di Uitm. Abang tu kata " patutla bersemangat semacam ja"
Melihat kepada sambutan yang memberansangkan, insha Allah jadual seterusnya ialah Ahad ni, Gerak Gempur Palestin di Pasar Tani Kangar pula. Jom pakat turun ramai-ramai.
Ramai terkejut melihat pck mck JIM ni yang turun ke pasar malam mengutip derma terdiri daripada para profesional (lecturers,doktor,teacher). ada yang menegur, "uik.. Dr azlan... buatpe kat sini? kutip derma palestine?"
Kalo ikut hanya sedikit sangat sumbangan yang kita mampu buat, berbanding dengan saudara di Palestine mempertaruhkan darah mereka untuk akidah. Tapi kita masih lagi bersenang lenang meneguk Coca-Cola serta mengenyangkan perut anak-anak di McD kan?
1 comment:
salam.
Nak tanya, Ustazah Rusmawati tu pernah ngajar di Sabah kan? Ngajar di SMK Inanam.
Post a Comment