thePencil.org Ar RaiYan: Titipkan Sedikit Airmata Untuk Palestin..

Saturday, January 17, 2009

Titipkan Sedikit Airmata Untuk Palestin..

Kematian di palestin sudah melebihi 1000 orang dan kecederaan rakyat palestin adalah lima kali ganda dari itu.

Entah apa yg israel marah sangat kepada anak anak palestin. Paling tindak 300 org dari yang mati adalah kanak kanak.

Entah apa kegilaan askar israel. Mungkin hati mereka penuh dengan kebencian. Atau mungkin mereka dimabukkan sebelum pergi berperang. Ada satu kes, seorang anak yang telah mati ditembak, diambil dan dibuat sebagai target practice. Kelakuan ini adalah melangkau hati kemanusiaan. Benarlah kata kata Allah, apabila seorang itu telah jatuh kebawah, mereka lebih hina dari anjing.

Titipkan doa doa kalian untuk palestin selepas sembahyang kalian. Kalau kalian jenis yang tidak sembahyang, titipkan juga doa semoga doa itu menyedarkan kalian adakala lemahnya kita sehingga kita memerlukan untuk menyerah diri kepada yang Maha Esa.

Titipkan sedikit airmata kalian utk palestin. Jika hati kalian terlalu keras, biarkan sedikit air mata itu sebagai lenangan dikelopak mata kalian.

Jika hati kalian masih keras, tataplah gambar gambar anak anak palestin yang ditembak mati. Bayangkan anak itu adalah anak anda. Katakan kepada pasangan anda, bayangkan anak ini anak kita.

Dikala kesedihan itu atau jika kesedihan itu datang, berdoalah pada masa itu kerana masa itu doa kalian penuh syahdu, penuh penyerahan kepada Allah.

Palestin berjuang dengan nyawa, darah, harta, masa, tenaga..

Kita berjuang dengan harta masa tenaga dan emosi ...sebagai tanda kesatuan ummah.

Salam Perjuangan,

hamdy 013 3696712 (www.rancanghidup.blogspot.com)




2 comments:

HappyIrfa said...

x sanggup baca psl perang dibumi palestin.hanya doa je yg mampu.
suka tgk kek pooh awak.kalau dekat buleh oder..

the author said...

irfa,
ape yg kita mampu buat...boikot yg termampu
pooh tu awak pun leh lukis irfa :)

 
blog template by suckmylolly.com