thePencil.org Ar RaiYan: WJIM Perlis Bersama Masyarakat

Sunday, January 04, 2009

WJIM Perlis Bersama Masyarakat

Alhamdulillah... satu pembukaan tahun baru yang baik. Harapnya lepasni pergiatkan lagi usaha ke arah ini. Pada Rabu dan Khamis lepas, 31 Disember 2008 dan 1 Januari 2009, WJIM Perlis telah membantu mereka yang kurang bernasib baik. Hasil kutipan dari beberapa ahli usrah telah berjaya sedikit sebanyak membantu 4 keluarga yang dikenalpasti. Saya, Ustazah Ruswati dan Puan Marja selaku wakil WJIM Perlis sempat bertemu 2 keluarga, dimana satu keluarga yang menetap di Taman Fauziah ibu/isterinya dikenali sebagai Kak Nah yang baru sahaja menjalani pembedahan kanser payudara. Kaknah menyara keluarga dengan mengambil upah menjahit baju. Suaminya mengidap sakit lelah yang agak teruk. Sejak Kaknah selesai menjalani pembedahan kanser payudara, dia tidak boleh lagi menjahit, mujur ada anak lelaki sulung yang bekerja secara sambilan, telah banyak membantu mereka. Kehadiran kami mengembirakan beliau.

dari kiri: Ustazah Ruswati, Kak Nah dan saya

Keluarga kedua adalah Kak Ani yang menetap di Santan dimana ibunya sudah 8 tahun lumpuh tetapi tiada menerima apa-apa bantuan walau berkali-kali diminta bantuan. Ibunya memerlukan sedikit peruntukan untuk membiayai kos ubat-ubatan. Kini ibunya tinggal bersamanya dimana Kak Ani pun mempunyai 7 orang anak kecil dari umur 12 tahun hingga 2 bulan. Kak Ani juga mempunyai seorang nenek yang sudah tua dan agak uzur. Kak Ani pun baru abis berpantang. Suaminya bekerja mengambil upah membuat rumah dan sebagainya. Sumbangan kami sedikit sebanyak membantu ibunya dan membeli keperluan anak-anak untuk bersekolah

Ustazah ruswati menyampaikan sumbangan, Ibu Kak Ani (bertudung oren) dan Puan Marja bertudung biru. Tiada dalam gambar ialah: Kak Ani,ketika itu beliau sibuk memandikan anak-anaknya untuk bersiap-siap ke masjid.

Banyak pengajaran yang telah saya pelajari, betapa bersyukur dan beruntungnya kehidupan yang saya lalui. Melihatkan Kaknah yang menghidap kanser payudara, timbul keinsafan dalam diri dimana, sewaktu Kaknah masih sakit, dia masih lagi meneruskan kerja-kerja mengambil upah menjahit baju sambil menahan sakit walaupun dalam keadaan terpaksa. Ini dilakukan adalah untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Walaupun dalam keadaan sakit, beliau terpaksa menaiki basikal menghantar anak ke sekolah,kerana ada ketika hari suaminya diserang lelah, suaminya tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan.

Pada keluarga Kak Ani pula saya rasa kagum kerana beliau dapat menjaga ibu yang sakit, nenek yang uzur dan anak-anak yang ramai. Kami tiba di rumahnya hampir maghrib melihat betapa sibuknya Kak Ani menguruskan setiap orang anaknya dan beramai-ramai (anak lelaki) berjalan kaki ke masjid untuk solat maghrib. Terdetik di hati saya,bagusnya anak-anak ini. Pergi masjid bersama-sama. Pada masa yang sama Kak Ani sibuk pula menguruskan neneknya dan ibunya serta bayinya yang berumur 60 hari. Semuanya ini memerlukan pengorbanan wang,masa dan tenaga. Menginsafkan saya. Moga Allah meringankan beban keluarga-keluarga ini dan merahmati mereka sekeluarga. Amin

Sumbangan seterusnya adalah pada keluarga di Kuala Perlis dimana telah dihadiri oleh Puan Marja dan Ustazah Ruswati. Saya tidak dapat hadir, ada kerja terpaksa dilakukan.

p/s: terkilan pula kerana tak bawak kak Ibah. Adakalanya perlu bawa anak-anak ke lawatan seperti ini supaya anak-anak turut menyaksikan sendiri keadaan sekitar mereka. Ini dapat memberi pengajaran dan mendidik mereka erti rasa syukur.

2 comments:

HappyIrfa said...

salam najah..
tabahnya mereka.saya kena uji sikit pun dah mengeluh mcm langit nak runtuh.insaf sekejap

the author said...

irfa,
samala saya pun. huhu

 
blog template by suckmylolly.com