thePencil.org Ar RaiYan: Tahun Baru 2009

Thursday, January 01, 2009

Tahun Baru 2009

Salam tahun baru buat semua. Moga tahun ini dapat memberi sesuatu yang terbaik. Dengan keteguhan azam, keperibadian yang luhur, ketinggian iman, kekuatan dakwah yang berterusan moga dapat memberikan sesuatu buat ummah. Ya Allah kabulkanlah cita-cita murni diri ini, serta sahabat-sahabat yang sering singgah di sini...Amin...

Saya sudah ke angka 30 tahun ni. Beberapa orang rakan sebaya sms mengingatkan tentang angka 30-an itu. hihi. Suka ker atau sedih? Jangan berpaling kebelakang.Ayuh ! Masa sudah suntuk!

Ada beberapa perkara di dalam kepala telah direncanakan. Adus. Moga Allah permudahkan. Saya perlukan kekuatan untuk melaksanakan.

isk...apa serius sangat nih?? hikss

ok2... citer lain la...
oh ya, bebaru bawa Tasneem naik bas ekspres. Alor Setar-Kuala Lumpur. Saya, Tasneem dan abang. Hadiri resepsi wedding Aisyah-Rizal di Dewan MBSA, Shah Alam. Agak kalut sebenarnya dengan suami yang berkursus sejak 27-31 Dis. Ponteng kursus sehari, malam naik bas... pergi kenuri...petang naik bas balik semula. So..so.. kesian. Mujur balik saya dan tasneem balik dengan ummi, ayah, kakak ibah n adik-adik.

Bertolak dari Stesen Bas Alor Setar jam 11, tiba di Puduraya jam 4.30 pagi. Awalnya alahai. bajet sampai jam 6 ker, tapi bas trans ni tak berenti memana pun. Bawak terus aje sampai puduraya. Suasana di puduraya agak menakutkan. Agaknya kalo saya sorang diri, tak dapat bayangkan.
Seawal pagi menaiki LRT, Singgah masjid,naik komuter,dengan anak kecik begitu. huh!

on da way... atas transnasional

menanti komuter tiba

Menanti lrt dari Masjid Jamek to KL Central

Sedang tawaf kawasan Masjid Jamek sambil menanti ummi solat
atas komuter.....mengantuk le tu...


Lega Tasneem tak banyak kerenah. Baik aje. Tengok je orang sekeliling. Agaknya orang sekeliling mesti kesian tengok kami bertiga, sape lah mereka bertiga ni agaknya. Bawa anak kecil seawal jam 5 pg.Pendatang asing kot.... atau baru nak mula hidup di KL agaknya.haha

Lepas solat, singgah breakfast di KL Central, amek komuter ke Shah Alam, ayah yang sudah berada di Intekma Hotel, terus datang ambil kami di komuter seksyen 19. Lega dapat rehat. Rehat kejap aje, tinggal Tasneem di hotel dengan maid,terus ikut adik-adik ke PKNS shopping tudung n blouse. i'm so...so rambang mata.

Lepas zuhr, bersiap-siap bersama rombongan pengantin ke dewan MBSA. Aduh, penat ngantuk semalam tak abis lagi. Terpaksa berlama-lama di dewan. Maklumla, ikut rombongan keluarga pengantin perempuan, takkan nak dok kejap aje datang jejauh kan. huhu. Tasneem n Ibah dah boring, kena bawak jalan luar dewan la pulak. Ada anak-anak kecil ni penat juga ya!

Ni mak-mak n ayah-ayah pengantin.

abang: lor...awat tu... rupa macam ikan duy....
saya: isk abang nih...syhhh !

Tema lilac mengingatkan saya dan suami yang pernah menjadi pengantin suatu tika dulu.hehe. Actually, I'm waiting cute photos from Mus'ab (wedding photographer) yang tolong amekkan gambar kami berempat in blue (saya, abang,Kakak Ibah, Tasneem). Tak sabar nak tengok gambar kami tu. hehe

Semoga berbahagia hingga ke syurga buat Adinda Aisyah n Rizal. Tahniah ummi tambah sorang lagi menantu. Ape pun saya masih lagi menantu perempuan tunggal :)

2 comments:

Aina Ana said...

Lor..walimah adik ipar hang ke kat dewan MBSA tu? Sama tarikh dengan walimah Adilah adik Bash laa..tapi dia buat kat wisma PKPS, depan Grand Blue Wave.

Alahai, dekat tapi jauh ye..kalau tak boleh kita semua berjumpa :)

the author said...

kakda,
walimah adik bash sabtu. adik ipar aku ahad. patutnya aku pun nak hadiri juga walimah adilah. tapi pakdin ada kursus, kami bertolak naik bas sabtu malam. so terlepas walimah adilah.huhu. so so sedih tau! uhuk

 
blog template by suckmylolly.com