thePencil.org Ar RaiYan: Moga dipermudahkan

Wednesday, December 23, 2009

Moga dipermudahkan

Tahun 2009 lagi beberapa hari meninggalkan kita. Tahun yang banyak mengajar saya erti kehidupan dan kesusahan. Erti pengorbanan dan kasih sayang. Dengan kesibukan yang tak pernah habis. Amalan bagaimana? alangkah rugi dan celanya pabila bertambah tahun,tapi amalan tak bertambah. Nauzubillah...
Betapa aku merasai kasih sayangMu Ya Allah, tapi kenapa aku tidak bersyukur....

Tahun 2010 hampir saja lagi. Saya rasa agak berserabut sebenarnya. Tapi buat-buat cool aje. huhu. Entah kenapa saya memikirkan macam-macam hal. Saya perlu belajar berfikiran positif dan kritis. Amende tuh?

Tahun depan seperti dalam perancangan adalah untuk membina rumah. kecil sahaja. Tapi fikir punyala berat, macam nak bina rumah banglo 3 tingkat pulak. Agaknya orang yang nak bina umah banglo 3-4 tingkat pun tak fikir serabut macam saya. Yelah, orang-orang macamtu takyah fikir apa dah, duit banyak. Saya ni sedang fikir ketidakcukupan duit. huhu. Orang tanya, nape tak beli jer rumah, leh buat loan. Buat rumah nak kena buat personal loan. Kalo keja gomen senang jer. Ni sape suruh kerja sendiri? kan susah. Ahh...hanya sekadar kelebihan itu saja tidak mengurangkan semangat saya berbanding dengan keterikatan diri bekerja mengikut segala arahan. isk.Nampaknya saya perlu kerja lebih keras untuk mengumpul duit jika mahu berumah sendiri. Kesian kekasih hati saya. Tahun depan mungkin tugasan paling berat menanti dirinya. Andainya kita terpilih untuk program MSC tu, boleh pecah kepala nak siapkan sofware tu. hehe. Insyallah, mohon Allah permudahkan.

Dan saya tidak jadi seperti ini tanpa sokongan suami saya. Saya sudah meyusun beberapa plan untuk mengumpul duit buat rumahni tanpa menggunakan sumber yang ada sekarang. Perlu set up bisnes lain yang semata-mata tujuan untuk pembinaan rumah. Usah ditanya tentang modal, nanti berserabut lagi jadinya. Haha !!
Nampaknya saya terpaksa memendamkan sebentar hasrat nak bercuti tu. Hal-hal pembinaan rumah perlu diselesaikan dulu. Tambahan pula dengan penantian kehadiran baby baru :-)
oh sungguh tidak sesuai jika mahu travel. Lupakanla sekejap.
p/s: eh, apa yang kau merepek ni....

2 comments:

SMM said...

moga dipermudahkan, kak najah!
tapi kenapa kena buat personal loan (interest tinggi!), bank boleh bagi loan rumah.. tapi kena ada pelan proper dan kelulusan pbt etc bagai lah. (kalau tak silap saya). kitorg pun belum pergi bank discuss loan terms etc, tp company yg buatkan pelan kitorg tu cakap should be okay..

Najah Farahin said...

hmm...
kami buat umah lukis pelan sendiri aje nih. haha

 
blog template by suckmylolly.com