thePencil.org Ar RaiYan

Saturday, March 14, 2009

Aku juga pernah bergelar guru a.k.a teacher

Catatan saudara Haikal dibawah membawa saya mengingati kembali kenangan suatu ketika dulu.Saya pernah bergelar teacher selama 6 bulan di sebuah sekolah nun di dalam kampung di Perlis, mengajar subjek Bahasa Inggeris dan Science .
Yah, pertama kali saya masuk kelas, seolah-olah saya bercakap dengan dinding. Sepatah haram pun depa tak paham. Lama kelamaan dan hari-hari seterusnya baru saya mengerti dan terpaksa mengajar Science dan English versi melayu. Kalo tak, satu apa pun subjek science anak murid tak paham. wahai pihak yang melaksanakan, korang takda didalam situasi guru-guru yang terpaksa mengajar hulu banat sana. Dimana anak-anak kampung yang taktau sepatah haram pun bahasa inggeris. Cemana nak applikasi subjek sains dalam kehidupan harian mereka? wajarlah PPSMI di hentikan...
Tapi saya kagum dengan anak-anak murid saya yang tak pernah jemu belajar, mempraktis dan bertanya. Mungkin sebab saya ni cikgu yang baik dan suka buat games :)
Last week, saya mendengar luahan teman universiti saya, Eda yang kini bergelar guru, mengajar Science di sekolah felda chuping yang datang mencari buku tambahan di kedai saya. Apa yang dia alami sama juga seperti saya pernah alami 2 tahun lepas. Moga Allah memberkati usahamu, eda. Menjalani hidup dengan 3 orang anak perempuan di Perlis dan suami yang bekerja di Penang. Hanya berjumpa 1-2 minggu sekali. Saya kagum dengan insan-insan yang terpaksa bekerja dan berpisah dengan keluarga. Saya tidak sehebat mereka...
Tu belum dengar lagi cerita teman baik saya yang mengajar di Limbang,Sarawak. Jannah, really miss u!


Saya copy dari blog Aini,Forwarded fr another yahoogroup. Interesting. ...

Aku yang pernah bergelar guru a.k.a Sir...

Haikal Ghazali
Final Med
RCSI


“Hah…Mama dah carikan kerja utk hang. Jadi cikgu kat sekolah kawan Mama. Mau?” kata mak aku semasa kami dalam kereta, pulang ke Kedah dari KMB setelah aku tamat belajar disitu sekitar 2004.

Aku memandang kosong ke luar tingkap kereta. Warna merah senja masih lagi di situ, belum pudar.

Cantik!

“Ma…malaih lah. Kalau boleh oghang nak gheja macam Tu’ai, jadi maintainer kat kelab bowling kat City Plaza tu. Best sket” aku menjawab malas sambil mataku menjeling kepada Tu’ai, adikku di sebelah. Fikirku, bolehlah kami keluar petang ke tempat kerja, dan balik awal pagi. Sambil-sambil tu bolehlah merewang ke tengah-tengah bandar Alor Setar sebelum balik ke rumah. Bila lagi?

“Hang jangan nak menggatai. Mama dah habaq dah kat Cikgu Cek Puteh. Esok lusa hang pi daftaq kat sekolah tu” mak aku membantah.

“Laa…ingatkan nak bagi option tadi. Rupa-rupanya arahan mandatori” cetus hati aku.
Habis takat tu…

Bermula episod diri aku diberi peluang mengenali sendiri apakah erti perjuangan memartabatkan anak bangsa dari kaca mata seorang guru, yang dikerah mendidik pelajar luar bandar. (kalau boleh aku katakan, sekolah yang aku pergi ini adalah sekolah yang lagi luar daripada ‘luar Bandar’. Maknanya sangat sangat terpencil).

Aku menjadi cikgu ganti, menggantikan seorang guru lain yang cuti bersalin. Dan sekali sekala aku masuk ke kelas-kelas tingkatan yang lain, menjenguk apa yang pelajar-pelajar di sana sedang buat sewaktu ketiadaan guru.

Biar aku ceritakan…

1. Biasalah, sesi perkenalan menjadi modal utama untuk cikgu baru macam aku untuk ‘skip’ hari pertama daripada kena mengajar. Ni yang berlaku di sebuah kelas tingkatan 5 Sains 1.

“ Ok class, My name is Haikal. Your new English teacher here, for 2 months bla..bla..bla” Now I would like to know each of you before I begin my lesson. Please state your name, ambition and where are u from. Ok. let us start from u”
“ err…sir. Saya tak pandai cakap Inglis. Bahasa Melayu boleh dak?”
Aku jawab “ Cuba, takpa salah pun. saya pun bukan pandai cakap omputih”
“ I is Syahrul (nama rekaan)”. Yang lain saya tak gheti sir”
“Ok takpa…teruskan. Saya tanya tadi cita-cita dan tinggai kat mana”

Dalam hati “mampoih, macam mana aku nak mengajaq dalam BI ni? Kalau kelas 5 sains 1 pun tak berapa gheti BI?”

2. Ada satu hari tu, aku kena masuk ke kelas tingkatan satu. Cikgu yang sepatutnya berada dalam kelas tu tak datang. Sekali lagi, sesi berkenalan, sebab aku memang tak disuruh mengajar pun.

“ Nama saya cikgu Haikal. Saya masuk mai ganti cikgu Sharifah. Saja nak berkenalan dengan kamu semua. Soghang-soghang bangun dan habaq nama dgn cita-cita. Hah kamu…mula”
“ Nama saya Rosdi. Cita-cita nak jadi..emm…perbaik gheta. Pak saya ada kedai pomen gheta kat pekan”
“OK takpa, kamu” aku menuding pada seorang pelajar yang berdiri kat pintu, gaya macam nak lari keluar dari kelas.
“ Saya…nama Ku Nazim. Cita-citaku nak jaga lemu pak ku” (memang disebut LEMU, bukan lembu). Jawab Nazim serius dalam loghat Kedah hulu yang pekat. Lembu pun kedengaran lemu. Saya diganti dengan Ku…bahasa diri kebiasaan bagi orang-orang kampung kat tempat aku.
“Sebab apa nak jaga lembu?”
“Ku tak tu dey. Pak ku banyak Lemu. Dia pun dok sughuh ku jaga lemu dia”`
“ Oo…ya ka?” aku menyetujui kata-katanya

Dalam hati “ Bertuah betul orang Bandar. Anak-anak semuanya bercita-cita tinggi. Nak jadi doctor. Saintis. Paling koman pun Polis. Tapi kat sini. Cukuplah kalau boleh warisi apa yang bapak depa ada. Mungkin depa ni masih naïve…tapi kalau dibandingkan dengan anak Bandar yang sebaya, depa ni jauh naïve. Seolah-olah tiada langsung cita-cita”

Dan memang benar, pelajar-pelajar di sini memang datang ke sekolah bukan kerana ingin belajar. Tetapi kerana ingin berjumpa kawan-kawan. Itu sahaja dorongan mereka utk terus berada di sekolah dari jam 730 hingga jam 2 petang. Dan peluang daripada kedatangan mereka ke sekolah itulah yang digunakan oleh guru-guru untuk menumpahkan ilmu yang sedikit buat bekalan anak bangsa ini.

Lalu…bagaimana ingin mempunyai cita-cita?

3. Aku diberi amanah untuk menanda kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan English in Science and Technology (EST). Tingkatan 4 dan 5.

Untuk tingkatan 4…semua fail untuk 2 mata pelajaran yang aku tandakan tu.

Untuk tingkatan 5…ada seorang 2 sahaja yang lulus ataih pagaq EST. Untuk Bahasa Inggeris, ramai jugak yang lulus. Tetapi sekadar lulus. Tak lebih dari itu. Itu pun…aku kena jadi seorang pemeriksa yang sangat bermurah hati.

Bila ditanya kepada guru-guru lain tentang perkara itu “ Hah…besa la tu. Budak-budak sini bukan gheti BI. Lepa (Depa/mereka) bukan mau pun belajaq BI. Sabit tu (sebab tu) kalau hang tengok budak-budak yang ambik Sains dgn Math dalam BI kat sekolah ni semua tak luluih. Habuk pun takdak” kata seorang cikgu lelaki, sambil menghisap rokok daun yang digulung sendiri, sewaktu kami bersembang di kantin.

“ Kalau dulu, waktu dua-dua subjek ni lepa ajaq dalam BM pun student tak pandai. Ni pulak nak mengajaq dalam BI. Punah anak bangsa hang tau dak Haikal. Lepa ni orang kampung. Satu hapa pun depa tak gheti. Lagi nak suruh belajaq dalam BI. Apa punya otak pun aku tak tau” sambung cikgu itu dalam nada kesal bercampur geram. Ada juak-juak meluat di mukanya.

“PUNAH ANAK BANGSA” terngiang lagi perkataan tu dalam fikiran aku sampai sekarang.

4. Satu hari tu, aku masuk mengajaq BI kat dalam kelas tingkatan 4 Perdagangan. Ada 4 orang pelajar lelaki sewaktu aku sedang mengajar di depan, depa dok berkumpul 4 orang dalam satu bulatan kat belakang.

“ Tu kat belakang, hangpa tengah buat apa tu” Aku dah tak cakap Inggeris lagi dah dalam kelas (Pelik kan. Mengajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu. Tapi apa boleh buat... Payah. Susah. Kesian dengan mereka yang tak faham apa-apa)

Ada budak lain yang tolong jawabkan soalan aku tu, tapi dalam keadaan yang separuh berbisik:
“ Depa tengah main Sing-Kong Sir”
“Menatang apa tu?” aku bertanya kehairanan.
“Judi” (Sing-kong: lambung duit syiling, pastu pakat-pakat teka kepala ka ekoq. Sapa betoi dia dapat duit syiling tu)
“ Budak-budak kat belakang…baik hangpa berenti sebelum saya panggil PK HEM. Kalau tak mau belajaq, Hangpa dok diam-diam kat belakang. Tidoq!” tegas aku dalam nada separuh bengang.

“Ok sir” jawab seorang dari mereka dalam keadaan senyum. Aku hanya mampu geleng kepala dan teruskan pengajaran “Mari Mengenal Bahasa Inggeris”

“Ok kelas…kalau I…padan dengan Am”
“I am”
“kalau he atau she yang maksudnya Dia…padan dengan Is”
“He is”
Itu antara situasi-situasi yang berlaku di luar Bandar. Ops…di luar lagi daripada luar bandar. Sekolah tempat aku mengajar tu, ada antaranya pelajar Siam. Memang di utara Kedah ramai orang Siam dan anak-anak mereka ini dihantar ke sekolah-sekolah kerajaan, macam juga orang melayu.

Kesimpulan mengenai system pendidikan Malaysia:

1. Hancur.

System pendidikan yang hanya memihak kepada orang di Bandar memang hancur. Dulu, bolehlah pelajar-pelajar luar Bandar ni dapat walaupun sedikit ilmu sains dan matematik kerana mereka faham apa yang diajar sebab diajar dalam bahasa ibunda mereka. Sekarang? Tak dak!

Alasannya adalah untuk mewujudkan semangat persaingan. Kalau tak dipaksa, mereka tak akan belajar. ITU ALASAN SEMATA-MATA.

Berpijaklah ke bumi yang nyata wahai menteri-menteri terutamanya Menteri Pelajaranku! Cuba kalau hangpa yang datang mengajar di sekolah tu. Hangpa akan jadi tertekan seperti juga guru-guru di situ. Malah sepatutnya lebih lagi. Sebab hangpa menteri yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Budak-budak di sekolah hilang langsung minat untuk belajaq sains dan matematik. Sampaikan soalan 4 divide by 2 equals? pun…terkial-kial nak kena cari makna divide dan equal dulu.

2. Tak adil.

Cikgu-cikgu di luar Bandar dikerah melakukan macam-macam. Buat kelas tambahan itu ini. Pelajar bukan datang pun. Sebab mereka tak mahu.

Sebab apa tak mahu?

Sebab meraka tahu mereka tak akan lulus. Sebab mereka tahu, mereka akan hanya masuk paling tinggi pun ke politeknik. Sebab mereka tahu, mereka tak akan ke mana. Tiada universiti dalam hidup mereka. Tiada obersi. Tiada. Tiada. Tiada.

Sebab apa mereka sebegitu, begitu pessimistic?

Sebab mereka tak mampu. Nak cari guru tuisyen macam orang Bandar? Nak beli buku ulangkaji 2 3 buah? Mana nak cari duit?

Ayah buat bendang, tu pun tumpang bendang orang lain. Mak menoreh getah. Tu pun pokok getah orang lain. Abang gheja pomen gheta. Tu pun kat kedai pomen orang lain.

Mana ada duit?

Apa yang mereka ada?

Mereka ada kelas tambahan di sekolah yang jadi tenaga pengajarnya adalah cikgu-cikgu sekolah tu jugak. Yang pagi tadinya mengajar dalam kelas, dan mereka tak faham. Petang, bila buat kelas tambahan, cikgu yang sama jugak. Mestilah tak faham jugak.

“Habeh tu, buat apa aku mai kelas tambahan?”

3. Mengarut.

Tok-tok menteri…saya nak tanya. Ada dak hangpa hantaq anak-anak hangpa mengaji kat sekolah kerajaan macam yang kat atas? Paling koman pun, SBP. Paling koman pun MRSM. Dan yang paling menarik…pak menteri yang dok push supaya system yang ada sekarang ni diteruskan pun hantaq anak belajaq kat sekolah swasta.

Tolonglah pak menteri. Berpijaklah di bumi nyata. Takkan bila hari ni Bahasa Inggeris menguasai dunia, kita belajaq Sains matematik dalam BI. Esok lusa kalau bahasa Cina naik jadi bahasa utama dunia? Waktu tu hangpa terketaq-ketaq nak suruh orang melayu belajaq sains matematik dalam Bahasa Cina? Tak ka bercelaru system pendidikan Malaysia waktu tu

Kita ada golongan luar Bandar yang mereka nak juga pandai sebagaimana orang-orang di Bandar. Tapi mereka kurang kemampuan. Janganlah aniaya mereka. Kalau menteri sendiri pun tak hantar anak belajar di sekolah kerajaan…tidakkah itu mengarut???


Sedikit pengalaman manis:

1. “Sir…awat cepat sangat sir mengajaq kat sini? La ni baru kami rasa seronok sikit belajaq English.”

2. “Sir. Lepaih sir keluaq dari sekolah ni…saya malaih mai sekolah lagi dah.Tak best dah lepaih nih”

3. “Sir, nanti kalau sir dah pi obersi, jangan lupa hantaq gambaq sir kat kami naa. Kami nak pi…mesti tak buleh punya. Tengok gambaq sir main salji pun kami dah rasa best. Sir jangan lupa naa.”

4. “Sir, nak ambik gambaq dgn Sir. Nanti takdak la kami teringat selalu kat sir”

5. “Ni sir…hadiah daripada kami. Kami share duit ramai-ramai ni sir” (menitis air mata aku bila aku bukak kotak hadiah tu…hadiahnya hanyalah sebuah jam loceng yang baru semalam aku nampak ada dijual di pekan sehari…harganya hanyalah sekitar RM2)

5. “Sir…ni ada sorang budak dia lukih gambaq sir. Tapi dia malu nak bagi sendiri kat Sir”
“Mana dia?” aku tanya kembali.
“Dia tak mau mai sekolah hari ni…dia sedih”

6. “Ok kelas, hari ini hari last saya ajaq hangpa kat sini. Insha Allah kita jumpa lagi. Kalau sapa-sapa nak kontek saya, saya bagi alamat emel. Kalau ada yang pi CC (cyber café) kat pekan tu nanti, tulih la emel kat saya. Tulih dalam bahasa Inggeris tau. Biaq salah pun takpa. Kalau dak…saya tak mau layan”

Dan sehingga ke hari ini…memang ada yang menulis pada aku…tapi dalam BI yang dhaif. Takpalah…semangat kalian aku hargai.

Dan ada juga pengalaman-pengalam an lain…yang tak manis diceritakan di sini. maklumlah…cikgu muda katakan.

Friday, March 13, 2009

Tugasan Pertama


Ini pertama kali tugasannya, tanpa guru di depan. Buat untuk orang. Hadiah untuk staf Iqra' Books n kawan-kawan dia, sempena result SPM dia yang dirahsiakan tu.hehe

Komen untuk diri sendiri:
1. Lukisan masih tak smooth, tangan terketar-ketar time lukis. menggerutu lining jadinya
2.Paling susah nak frosting untuk kek square, kelemahan saya selalu tak sama tinggi,belah tepi pun masih senget. uhuk. tapi paksa diri jugak buat
3. Deco yang simple (sengaja buat sebab tak sempat,nak cepat.lain kali jangan buat terburu-buru dah)
4. masih praktis dan mengasah bakat (skill)
5. Jadi kau ni, bila nak buat tugasan kedua pula? aiyaarkk

Walau apepun, budak baru... the beginner... agaknya lepas 40 biji kek baru la terer kot.ntahla.hiks
Jadi....benarlah pepatah "Practise make perfect"

Wednesday, March 11, 2009

Nota

Kami ke Star Parade atas urusan penting, terpaksa membawa anak-anak kecil dua orang tu yang kebetulannya kami travel dari Penang nak ke Perlis. Parking di lorong parking bertentangan Kompleks Peruda. Ada pasar malam yang baru nak bermula dalam jam 3.40 petang.

Lorong parking yang sempit, nak keluar parking perlu undur dan memuatkan sebuah kereta sahaja. Tetapi takleh nak keluar sebab ada kereta Myvi putih KCE XXXX yang menghalang. Saya taktau kenapa dia boleh park tengah jalan laluan kereta keluar begitu. Apa tujuannya pun saya tak pasti. Dalam keadaan panas terik dan anak-anak kecil yang mengantuk dan menangis, kami terpaksa menanti agar pemilik kereta itu datang mengubah keretanya. horn sudah dibunyikan tetapi tiada tanda-tanda pemilik kereta akan datang mengubah keretanya.

Terus terang kami katakan agak geram juga. Tapi bersabar aje la. Saya teliti Myvi putih (baru beli ni) tersebut moga-moga ada la contact number dalam kereta tu untuk saya call pemiliknya. Huhu bertuah le kalo ada. Rupa kereta/keadaan kereta yang pasti pemiliknya adalah wanita. Sticker berpelakat KUIN (Insaniah). Saya tak pasti samada student/staf/lecturer Insaniah. Hati-hati ya kalo kereta berpelekat/ bersticker universiti atau persatuan, maksudnya kita membawa nama/statusnya. Nanti orang akan cakap sebagai contoh, "nama aje staf XXX (sebab ada sticker XXX), tapi bawak kereta macam ape je". hehe tu contoh je

Mujur ada sorang adik yang baik hati, yang parking di dalam kotak parking di belakang kami menyedari dan mengundurkan keretanya untuk kami ajdust agar dapat keluar.

"ada pen tak? kita tulis nota kat owner myvi ni nak tak?", tanya abang. "bak kertas saya tulis" cadang saya. Saya membetulkan niat supaya bukan menulis untuk menyakitkan hati, tapi sekadar peringatan, moga pemiliknya tersedar dan tidak mengulangi perbuatan menyusahkan orang lain. " cik, meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya adalah zalim, jangan parking merata-rata". Tu nota saya dilekatkan di viper. Saya minta maaf jika ada owner myvi putih tu yang membaca blog saya. hehe. Saya menulis dari hati ya. Memang sebelum tu tengah hot juga. Tapi cepat-cepat cool kan diri. Betulkan niat. Saya rasa jika owner ni parking di KL, pasti kereta barunya sudah dicalarkan. Mungkin.

Friday, March 06, 2009

Bertemu Akhirnya...

Sudah sekian lama saya ingin mendengar ceramah beliau. Sebelum saya hanya membaca buku beliau yang best tu, "Travelog Haji".

Terima kasih prof, ceramah prof begitu terkesan di hati saya. Airmata mengalir sepanjang ceramah prof. Menginsafkan saya. Prof menekankan berkali-kali ngenai kekuatan dan konsep doa, betapa teruknya saya yang selalu berdoa dalam keadaan kelamkabut, sambil bersahaja. Tidak bersungguh-sungguh.Pastu mengharapkan supaya Allah kabulkan hajat. Zalimnya saya selama ini.

Satu perkara yang telah lama sangat saya tinggalkan iaitu solat Dhuha, saya tanamkan azam baru iaitu nak amalkan solat dhuha setiap hari

tengok tu prof kamil tandatangani buku beliau sambil berposing, sempat lagi tu. hehe


Kisahnya di sini dan di sini

Wednesday, March 04, 2009

Macet

Library buat Pesta Buku 25 Feb hingga 1 Mac, tapi tak ramai yang tahu. aiyaarrk. Banner pun takde, bunting lagi lah takde. Anyway...tahun depan panggil kami lagi ya. Alhamdulillah sponsor dari PTS. Kebetulan Saif ada kursus 5 hari pada tarikh yang sama di Alor Setar. Duuh...kena jadi runner, kena jaga kedai sementara staf jaga booth kat library.

Penat rupanya jaga kedai, blur dengan system smartpos tu. Lama-lama jadi reti juga. Rupanya, bila kita dah tinggal seorang diri, kena buat sendiri, jadi pandai juga akhirnya.

Sebaik saja bookfair selesai (alhamdulillah sales melegakan) disambung pula dengan aktiviti serta perasmian Plaza Kangar tempat kami berniaga ini, dirasmikan pada hari ini 4 Mac oleh Dato' Noh Omar, Menteri Usahawan. Nampaknya saya kena jadi camerawoman aje, sementara bos besar nak berposing tu haa :)



Saif hadiahkan buku Travel Dakwah untuk Dato' Noh Omar. Selamat membaca Dato'!

Sebelah petangnya saya perlu menyertai pertandingan hias kek harijadi. Tapi kalah sebab saya taktau yang syaratnya nak kena tulis "happy birthday" atas kek tu. Aiseh, juzz a small mistake but its a big impact (impak maksima la pulak). Alhamdulillah saya berpuas hati walaupun tak menang, anggapla bukan rezki kita. yer tak?

Nak tergelaknya hakim yang adili pertandingan kek tu datang jumpa saya personally, "kenape adik tak tulis tema "happy birthday"? kalo tak, dah lama jadi juara". Ish manala saya tau kak oi, ni kali pertama saya dipaksa masuk acara ni oleh orang-rang MARA tu ha. hehe. Walaubagaimana pun, ini merupakan pengalaman berharga buat saya. Terima kasih semua. Banyak lagi perkara yang perlu saya belajar, banyaknya menda yang saya tak tahu. huhu.

Sayang la sebab takde gambar yang close up. huhu. Abang la yang amek gambar ni. isk..isk..


Ni part final touch, siap leh duduk rileks lagi. Masa belum tamat. Lama la jugak. lebih sejam. Cikgu Rani, thanks for da cute ladybird. Ada saya letak kat atas dan tepi kek.Tapi tak dapat belanja cikgu la sebab kalah :). Sebenarnya saya masuk bukan sebab nak menang pun, ada kepentingan.hiks. Pertamanya, nak jaga hubungan dengan MARA, sebab tak nak hampakan permintaan mereka. Keduanya, nak cuba samada, menggeletar atau tak kalo hias kek depan umum. Ketiga, nak tau setakat mana kebolehan diri sendiri (test power). Keempat, salah satu cara nak promotekan/memperkenalkan diri sendiri pada pelanggan. Kelima, kot2 la (kot la kan, kalo orang MARA baca ni) depa nak bagi kedai bakery Plaza Mata Ayer tu kat kita ker kan.. hehe. ops. Nadia baca dak? hehe

dan... paling membahagiakan, Saif kata saya tetap juara di mata dia. haha. thats it! Itu kemenangan mutlak :)

Sebaik saja penyampaian hadiah, terus datang 2 orang mahu menempah kek dan mohon saya bukakan kelas cake deco untuk peserta KEMAS. Aiseh, gue ngak bisa (baca:tak pandai) mengajar lho...Amek tempahan boleh la. Tahap nak buka kelas tu, fuh... jauh lagi tu!
See? salah satu objektif saya tercapai kan! hehe.

pssst Rani, bila mau buka kelas fondant??

Tuesday, March 03, 2009

Kereta

Kami ada sebuah (seekor?) kancil. Dibeli 9 tahun lalu. Tahun 2000. We 'really' use that car. Kemana saja, dekat dan jauh. Banyak kali juga rosak. Pernah mati di tengah jalan di Pendang, kena tolak masuk bengkel. Pernah berasap.Pernah takleh nak start. Pernah overhaul. Pernah kebocoran air walaupun baru beberapa hari servis. huu...banyak juga kerosakan ya.

Satu lagi yang takleh lupa pintu belakang takleh nak bukak. kena orang luar bukakan. haha. Ni kawan-kawan yang naik, kadang2 depa tergelak. Ha... ni part paling best, kalo hujan kan, kat tingkap driver tu tiris, air menitik basah kena baju. Kalo parking takde bumbung, time hujan, seat driver akan basah. Pastu bau lembab, bila duduk kat seat tu, baju akan basah dan berbau busuk.

Sekarangni kerap meragam, sejak saya suarakan nak beli kereta baru. Nizah kata, kalo nak beli kereta baru, jangan cakap hal ni pada kereta lama, nanti kereta tu dengar. Coz tu makhluk Allah juga. Besi. hikhik.

Tapi kancil ni telah banyak memberi perkhidmatan maksima pada kami sekeluarga. Banyak kenangan bersamanya :) (sentimentalnya kau nih)

ni awat buat entry kereta ni? saja nak bgtau abang supaya kesihanilah isterinya ini. hehehe

Monday, February 16, 2009

Tahniah n Thanks to Pck Khudzir

Sebaik saja tamat kuliah tafsir semalam, Mck Ana menjemput ke jamuan kesyukuran sempena Dr Khudzir (uitm) mendapat professor (penuh) kat Linda Ikan Bakar, Kuala Perlis. Tahniah pck khudzir, moga terus cemerlang. Terima kasih atas ikan bakar yang best itu :)

This is a women (girl) outing. Having a nice dinner with a nice chat! (talking about biz n melancong, aiyaarkk)
Sebelah kanan saya tu, mak mertua saya, she was so confuse tatkala dia melihat waiters kedai ni yang sungguh misteri statusnya. hehe

Here we are, most of them were lecturers (prof madya belaka). Jangan terkejut, saya berkawan dengan makcik-makcik tau! hehe. They are so simple n humble. Kadang-kadang saya terlupa dengan sapa saya berkawan (kedudukan n status mereka).

soalan cepu mas: patutkah saya menyambung master dan phd? huhu

Sunday, February 08, 2009

Selamat Pengantin Baru

Harini saya ke walimah Dr Bad & Fatimah Dr Danial. Ini adalah perkahwinan kedua Dr Bad. Saya pernah cerita di entry sahabatku dalam kenangan, alhamdulillah beliau telah berkahwin dengan rakan sekolah saya! itulah jodohkan!

Saya mengenali kak Fatimah sejak sekolah rendah, sehingga kini merupakan salah seorang rakan di dalam JIM. Orangnya baik yakmat. Anak sulung Dr Danial Zainal Abidin. Bertuah Dr Bad dapat pengganti sebaik isterinya. Saya terharu dan amat gembira. Moga Allah memberkati perkahwinan ini dan berbahagia hingga ke syurga. Ameen.

Majlis resepsi diadakan di dewan jubli perak, Sg Dua dengan dihadiri oleh rakan-rakan dan sanak saudara pengantin sehingga habis gerai ABC :). Kak Ibah je sempat capai semangkuk. Ummi tak sempat kan kak! hehe. Anyway kak Timah, nasi n lauk sedaplaaa...nyum2.
Banner Iqra' Books depan pintu masuk dewan Walimah Dr Badlishah & Fatimah. Lepasni ada sape nak pinjam, bagitau ye. Free aje.

Lepas kenuri, terus ke Borders at QueensbayMall...

kiter ada jumpa sorang pekerja baru, bawah umur...hehehe
Saya baru masuk kerja ni. Teringin nak jadi librarian bila masuk sekolah nanti. hehe



Alahai... mereka berdua ni meletihkan saya. Terkejar-kejar. Kalo nak shopping, takleh bawak budak berdua ni, tapi kalo niat nak window shopping, ok.

p/s: Alhamdulillah, sudah membuka satu lagi store DI SINI . Mohon bagitahu kawan-kawan ya!!

Saturday, February 07, 2009

Pening...

Sejak 2-3 harini ni pening dengan isu di Perak. Terganggu woo... (malas nak ulas)

Tapi lagi bertambah pening dan sibuk menguruskan ini. Sejak seminggu ni hits pulak. Bertambah pusing kepala ini pabila supplier inform tak dapat sediakan stok seperti diminta. Stok di store mereka pun nampak almari aje. Patutnya dah dapat permintaan tinggi, mereka kena gandakan pengeluaran. aiyaak.

Sekarang musim sukan sekolah, tshirt sample pun kena rembat. adus. paling kelakar, jam 3 pagi pun ada sms masuk bertanyakan tshirt.Abang kata, haa...takpe tu bukan sekadar sms yang masuk,tapi duit yang masuk tu. Kadang-kadang memang terlambat reply, yelah sibuk itu ini,kadang-kadang tak pi kedai pun sebab sibuk buat kerja lain, terus customer tu call, maybe tak puas hati sebab lambat reply.

Sepanjang minggu ni terpaksa ke kedai tolong staf, dok sana dari jam 11 pg hingga 5 ptg. Lunch kadang-kadang jam 4 baru jumpa nasi.huhu. Terpaksa tinggalkan Tasneem kat umah with stok susu (Tasneem masih fully breastfeed tau). Mujur Tasneem dah mula makan, Neni (maid) pun dah pandai suapkan makan. Takleh lupa soalan Neni, "kakak sudah dapat kerja baru ya? kayaknya seperti kerja pejabat". haha. ye la...sepanjang 2 minggu ni keluar pagi balik petang. Kalo sebelum ni, dia nampak saya kerja kat umah je, depan komputer, keluar pun kejap-kejap aje. Ape pun, harapnya ini adalah sementara aje, bila staf dah leh handle semua, rutin saya akan kembali seperti sediakala insyallah.

Ape pun... saya bersyukur sangat dengan kehidupan dan anugerah ini.

Harini Luna datang Perlis. Suaminya ada kursus. Saya bawaknya ke kedai kami yang caca merba tu (masih berselerak). Sori Luna, saya tak sempat nak layan Luna. Tinggal je Luna ngan Oman baca buku sendiri. Lain kali jangan serik nak datang lagi ya!

Dalam kesibukan sempat hadiri kenuri kawan Saif, kedua-dua pengantin ni classmate Saif masa degree dulu. See... we're having 2 kids. Hangpa dua kena pecut la lepasni yer... he he he. Saya dari dulu sukakan Liana tu, tinggi,slim dan comel.



Selamat Pengantin Baru Zubir n Liana, moga berbahagia hingga ke syurga!

p/s: Alhamdulillah... semalam Pasaraya Hafifah mendermakan 5K untuk Palestine. Terima kasih, moga Allah merahmati kalian.

Sunday, February 01, 2009

Saya dan angka 30

Baiti kata, bukan makin tua (nak sedapkan hati) more WISER . hiks. Harap-harap gitulah hendaknya. Terima kasih buat kawan-kawan yang sms ucapan n doa. Saya doakan yang sama buat anda!
Saya sudah 30 tahun. Apa sumbangan saya untuk ummah? masih panjangkah lagi umur saya ni? lama mana lagi boleh menikmati kehidupan yang bahagia ini?
Seramkan bunyinya? Tapi jauh disudut hati saya mendoakan janganlah dipanjangkan umur saya sehingga tua renta begitu, terlalu tua terketar-ketar sehingga tak mampu menguruskan diri sendiri. Sehingga menyusahkan orang sekeliling. Saya tak sanggup ya Allah.
Abang selalu tanya setiap tahun sepanjang hampir tahun ke 6 ni, "nak hadiah apa? abang tatau nak bagi sebab semua dah ada". saya ulangi, nak WISH sebijik. haha. keduniaan betul. oo tidak, CRV cukuplah.
Entry di atas cuma sebuah celoteh, tak bermaksud apa-apa duhai abang. Saya sudah cukup segalanya. Alhamdulillah, syukur.Dan yang pastinya...Saya sudah lengkap dengan mereka ini....


awat adik? sampai terpejam-pejam tuh. Anak-anak cina, bak kata supplier alat tulis haritu

dan abang... saya ada kamu!
dan lagi, saya ada seorang ibu mertua yang baik hati, menghadiahkan saya sebiji kek coklat special dari bakery Dr Wahab (Alpine Delice)

Terharu sebenarnya....

tudia, selepas sesaat dipotong... ilang separuh!

Saya juga ada hadiah untuk diri sendiri, dengan menghadiri kursus cheese tart secara percuma, best! Terima kasih Cikgu Rani!! Saya sudah pandai buat cheese tart. eceh...

Saya tataula sejak masuk ke angka 30 ni. Muncul hobi baru pula, mengumpul buku resepi (dari internet dan buku). Ini antara buku resepi yang saya borong di popular haritu.
Buku yang paling saya suka ialah buku Alex Goh- Irrestible Pastry, resepi cheese tart yang saya belajar tu diambil dari buku Alex Goh la. Sedap. Buku resepi yang lelain tu saya suka tengok gambar aje. Beli semata-mata sebab suka tengok gambar. Apa la kau nih!
Cuba tengok dari buku Azza Pawanchek-Makan cupcakes,muffin tu... ilustrasinya cantiklah


hmmm....gambar saya ambil tu yang tak cantek. Saya memang tak pandai amek gambar!

SELAMAT HARI LAHIR NAJAH!!

 
blog template by suckmylolly.com