Sabtu lalu, saya kehilangan teman yang agak rapat dengan saya. Kak Midah berumur 35 tahun, mengalami masalah usus yang telah pecah dan virus merebak ke dalam badannya ke paru-paru dan hati. Hanya 12 hari di hospital dan ICU. Satu masa yang terlalu sekejap, meninggalkan rakan-rakan dan keluarga dengan usia yang muda.
Arwah meninggalkan suami dan anak-anak masih kecil, 3 orang anak yang sulong berumur 14 tahun, 12 tahun serta 9 tahun dan suami Dr Bad yang umur lebih kurang sebaya beliau merupakan dekan engineering di Unimap. Saya rapat dengan kakmid sejak saya membantu program perkhemahan anak-anak Tunas Taqwa. Pertama kali saya kerumah kakmid sewaktu dia meminta saya bawakan beberapa helai tshirt labuh untuk dia dan jiran-jirannya. Kakmid sering membeli kek dan cookies saya. Tahun lepas saya menerima tempahan kuih raya di Unimap agak banyak disebabkan promosi dari arwah. Saya akan terus kenang jasa arwah hingga ke akhir hayat saya.
Tahun ni saya tak mengambil tempahan kerana sibuk menguruskan Tasneem yang baru lahir. Saya agak terkilan bila teringatkan saya terpaksa menolak permintaannya untuk membuat tart nenas pada raya bebaru ni. Saya tak sangka beliau pergi meninggalkan kami dalam saat begitu singkat ! Rasa macam tak percaya... raya bebaru ni kelihatan beliau masih sihat dan dengan sifat lucu dan peramahnya tu. Kalo kakmid ada dalam meeting tunas taqwa, mesti meeting abis lambat... sebab asyik gelak aje dengan sifat lucunya serta soalan-soalan luar jangka. Saya akan terus merinduinya. Saya akui, saya suka mendengar celotehnya. Sebab dia suka bercakap :)
Kakmid merupakan surirumah yang terlalu sibuk pada pandangan saya. Ini mungkin disebabkan beliau mempunya seorang suami yang sering berkursus luar dari Perlis. Dari urusan penghantaran anak-anak sekolah, tusyen, beli barang dapur hinggalah ke urusan pembayaran bil semua dilakukan sendiri. Saya rasa kesibukannya mengalahkan orang bekerja. Nah, sape kata surirumah tak sibuk? tu ayat yang saya pernah dengar darinya :), saya pernah bergurau dengannya, untung Dr Bad dapat isteri superwoman macam akak! serba serbi boleh buat. Tula, suami akak pun tak bagi akak kerja, sebab kerja kat umah ni dah melambak sangat dah. kalo akak keja, tatau le ape jadi. Dari ceritanya, masa mula kawen dulu,kakmid ni sanggup menolak tawaran ke maktab perguruan semata-mata kerana mengikut suaminya menyambung master n phd ke luar negara. Bagi saya,itu satu pengorbanan yang paling besar untuk masa depannya dan keluarganya.
Saya bersyukur atleast saya sempat melawat kakmidah di hospital, cuma saya tidak sempat melawatnya di hari-hari akhir kakmidah di ICU. Saat paling menyentuh hati pabila melihatkan Dr Bad dan anak-anak mencium jenazah buat kali terakhir. Luluh hati saya.Pulang dari tanah perkuburan, hinggalah ke saat ini fikiran saya masih teringatkan arwah dan saya merasakan bagaimana jika saya pula pergi dalam usia muda begini. Meninggalkan Kakak Ibah yang suka merajuk, Tasneem yang suka tersenyum dan suami yang penyayang. Sungguh menginsafkan. Terbayang amalan saya yang lompang serba serbi. Menakutkan. Ya Allah! Ampunkan saya. Tiba-tiba saja saya merasakan masa saya pula sudah suntuk. Macam tak sempat aje nak hidup lama. Huhu.
Semalam terjumpa mck Marja (antara rakan baik kakmidah), beliau bertanyakan saya samada dah pergi jumpa anak-anak kakmid ke? Saya yang belum kesana. "nampaknya, Dr Bad kena cari mak baru la untuk anak-anak dia,sebab diorang masih kecil" saya bersuara pada mck Marja. "Isk... berebut dah tu, tak sempat Dr Bad buka pencalonan, sape tanak weh Prof Madya Dr tu", jawab Mck Marja. hehe. sempat juga berseloroh. Jauh di sudut hati saya... saya tetap mendoakan agar mereka dikurniakan pengganti sebaik ummi mereka. Ameen. Bukan senang nak cari pengganti superwoman macam tu, yang sanggup berenti kerja kerana keluarga, yang sanggup berkorban segalanya. Moga Allah tempatkan ruh sahabat saya ini di kalangan salafusoleh. Ameen
Monday, October 27, 2008
Sahabatku Dalam Kenangan...
Labels:
cerita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
AlFatihah buat sahabat. Itulah, sume slalu ingat hanya orang dah tua je yang akan pergi walhal ajal tu bila2 masa je bile tiba bile dijemput pergikan. Harap kite sama2 sempat menutup lopak sebelum dijemput ye, amin.
huhu kak farah,kehilangan dia menginsafkan saya. muda2 lagi dah pergi.tinggal anak2 masih sekolah. moga pengakhiran kita juga dlm husnul khatimah.amin.
sedihnya.. alfatihah buat kak mid
Post a Comment