TRIP TO TERENGGANU
Aduh….penat betoi merentas banjaran titiwangsa ni. Travel in slow n steady. Banyak berenti rehat, bertukar-tukar driver. Bertolak dari Kuala Terengganu jam 10 pagi. Sebelumtu sempat lagi ummi bershopping. Aku pun sempat juga menambah ole-ole untuk mama n adik-adik di Penang :) . Sampai di Changlun, perut terasa lapar sebaik saja melintasi JO Cendol pulut, terus pi pekena kat situ. Sampai di Arau lebih kurang 8.30 malam.
25-28 DIS (di Kuala Terengganu)
Alhamdulillah…sampai juga akhirnya aku ke Kuala Terengganu. Seronok rasanya pabila sekali sekala bertukar angin timur ni. Sebenarnya kami ikut ummi n ayah ke PPN. Angkut satu family. Ummi ayah pi meeting, kami adik-beradik kenala jejalan. Nak tau tak… aku makan banyak sangat keropok lekor n nasi dagang. Heheh….kawin dengan orang terengganu, ikut selera terengganu ler…hiks. Malamtu pulak…aku bantai makan sambal n budu. Pedasnyerr. Sedap siot. Ye la…kat penang manader mama kenalkan budu kat aku.
Kampung ummi n ayah ni special sikit, kampung dalam pekan. Kuar ke pekan kuala terengganu leh jalan kaki ajer. Sempat jugaklah aku ikut roommate aku ni jejalan . masuk pasar, kuar pasar, rambang mata tengok batik sutera.adui…penat jalan, sakit kaki. Sempat lagi pekena cendol peberet abg :)
Lepastu siap panjat bukit puteri lagi. Mmm…walaupun penat, tapi best! Syukur rasanya kerna masih lagi dapat menikmati alam ciptaanMu.
Tuesday, December 30, 2003
Tuesday, December 23, 2003
## INSHA ALLAH AKAN DI UPDATE NANTI.....TENGAH BERPROGRAM "TUNAS TAQWA" 21-25 DIS 2003 ##
-masuk hutan kuar hutan..
-masuk gua..kuar gua...
-aktiviti best....rasa cam bebudak semula coz kena handle bebudak :)
Friday, December 12, 2003
SALAM
Nampaknya sudah lama aku tak menulis di blog ni. Kurang kesempatan berlama-lama di alam maya ini. Agak sibuk kebelakangan ni menguruskan anak-anak muridku di HLCC (Huda Learning and Care Centre) .
Oh ya, program Tamrin dan Muqayyam Tunas Taqwa pun semakin hampir. Tinggal seminggu saja lagi untuk kami di Perlis ni membuat persediaan menjelang program aulad yang agak ramai jumlah penyertaannya. Setakat ini tugasku membuat buku cenderahati,games serta borang soal selidik sudah selesai. Cuma nak fotostat ajer lagi. Takper ummi baru ajer beli mesin fotostat dan laminate. Ini memudahkan lagi perjalanan urusan kami. (ehem,lepasni leh bukak bisnes fotostat Wan Muda & Co. ehehe). Manakala tugas aku yang lain adalah di hari program tersebut sebagai urusetia program selama 5 hari di Kem Semarak, Batu Pahat, Perlis.
Petang tadi ada meeting di Kem Semarak. Lepastu makan lagi.kalo dengan makcik Mahanum, asyik makan ajer.siap berkelah lagi ha di kawasan chalet tu. Malam dapat sms dari naqibahku, mck Zinirah.ajak jamuan raya kat rumahnya esok. Alahai... Sejak raya ni, rumah mck-mck ni asyik ter open ajer.Aku pulak belasah ajer apa yang ada. Semua aku kata sedap. Isk...baguih juga aku nih, tak memilih. Makan ajer :)
Mm...dalam dok sibuk-sibuk ni terpikir pulak assignment usrahku yang belum siap lagi.Ulasan tafsir surah al- A'la. Semalam pergi godek-godek (selongkar) library rumahni, maka terjumpalah dengan tafsir fi zilal jilid-17. sebenarnyer aku bukan selongkar pun. Elok ajer tersusun berjilid-jilid kat lemari buku tu ha.Hehe. aku ajer yang malas membaca. Isk..isk..
(bersambung...tiada ide datang menerpa..)
Tuesday, December 02, 2003
Mabruk buat Adinda Khadijah dan Kekanda Naimah
Alhamdulillah… adik iparku Wan Khadijah Wan Muda yang telah selamat ditunangkan pada jumaat (28.11.03) lalu dengan seorang ikhwah bertuah. Sape ikhwah tu yer? Jeng..jeng…jeng… bersama-sama kita nantikan kemunculannyer. Eheh…ops…orang kata kalo dah tunang jangan heboh. Sori ek khadijah….akak awak ni over exited pulak!
Buat khadijah, tahniah akak dan abang ucapkan. Jaga diri bebaik….selamat membuat persediaan untuk menempuh alam rumahtangga. Belajar rerajin. Ummi kata cuti semester UM akan datang…macam nak kenduri ajer. Heheh….
p/s: buat akh xxx (tunang khadijah)…kita bakal bersedara ler…hiks. Bertuah enta dapat
khadijahni. Tahniah buat enta.
Sabtu (29.11.03)
Mabruk buat Kak Naimah
Harini balik ke Penang sekali lagi selepas balik hari raya pertama haritu. Balik makan kenuri Kak Mah. Lepas menyaksikan istiadat pernikahan di masjid Kebun Sireh. Tersenyum-senyum aku sesorang mengenangkan ditempat yang sama aku dinikahkan 3 bulan yang lalu. Alhamdulillah…kedua mempelai selamat dinikahkan. Malamtu kami semua lepak umah toklang sampai tengah malam. Sembang-sembang, makan-makan sampai pening. Best tengok video cam. Seronok tengok gelagat pengantin yang agak kelakar dan selamber. Cayalah!
Ucapan tahniah ditujukan dari kami khas buat kakak sedara saya kak Naimah Mokhtar yang selamat melansungkan perkahwinannya dengan abang Rashidi pada Sabtu (29.11.03) lalu. Moga kebahagiaan hingga ke syurga insha allah.
Ahad (30.11.03)
Pagi ni kami berkonvoi menghantar pengantin perempuan ke rumah kenduri pengantin lelaki. Makan dengan pengantin. Lauk pauk yang best! Sekali lagi berjalan ke Kuala Ketil. Dulu pernah sekali ke sana bersama Missapple. Ingat tak lagi el? Kita ke rumah makcik Salmah? Tapi rumah abang Rashidi ni dekat dengan pekan Kuala Ketil. Kalo tak…leh jugak singgah ket umah mck Salmah.
Petang- beraya ke rumah coursemate abang di Lahar Kepar. Seronok melihat pemandangan jalan masuk ke kampungnya. Kiri kanan sawah padi menghijau. Subhanallah….
Malam- celebrate with hubby….harini cukup 3 bulan nikah. Thanks for da pizza :). Sakit perut pabila dipaksa habiskan makanan….hiks
Monday, November 24, 2003
Wanita Solehah-Bidadari Mencemburui Kesolehannya....
Perhiasan yang menjadi dambaan..
"Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.
Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?
Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.
Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada
syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:
" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."
Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.
Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.
Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.
Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha
Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.
Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-sutau perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini.
Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!
Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.
Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:
"Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya"
(Riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)"
Sunday, November 23, 2003
Baju Raya....
Sabtu-21/11
Alhamdulillah….tugas mengambil adik-adik pun dah selesai. Skang ni nak buat apa yer di KL? Mmm…cadangnya haritu nak beli baju raya kat sini. Ape lagi…marilah adik-adik sekelian. Temankan akak awakni membeli belah.hehe. buat pertama kali berjalan-jalan di jalan TAR sempena musim hari raya bersama suami tercinta serta adik-adik ipar yang sentiasa ceria ni. Masyaallah…ramainya orang. Sesak nafas dilautan manusia. Agaknya cemana di padang mahsyar nanti yer??
Sudah merata kedai kami pusing. Masih tidak berjumpa baju raya yang aku berkenan. Kesian melihat si Aisyah ni yang sudah penat berjalan. Akhirnya terjumpa juga baju yang berkenan di Semua House. Hiks…bila tengok ajer Semua House ni, teringat pula aku bersama Faizah dan Asma pergi cari baju kawin beberapa bulan yang lalu. Faizah n Asma’… ingat lagi tak kenangan kita ket KL haritu? Rindunyerrrr….
Bila dah jumpa baju yang berkenan…tatau pulak nak pilih yang mana satu. Isk Najah ni…nak kena nih!!! Kerana aku sorang…orang lain pun turut susah sama.hihi. At last… abang yang pilihkan. Thanks…taste kita sama laaa….hiks. Sabar aje abang mengikut kerenah Najah yer…..hehe
Lepas baju raya….tudung raya pulak daahh…. Kalini, kami bertiga sibuk memilih tudung masing-masing. Last-last…kami pakat-pakat nak pakai tudung sama pattern la raya nanti! Haha….
Kesian betoi abang….tensen tengok kami bertiga dok memilih tudung pulak. “Susah and lama betoi orang pompuan ni nak beli barang. Amik aje laaaahh….” Katanya. Kiter orang gelakkan ajer. Dia pun sibuk aje pilihkan skali untuk kami. Bukan ape…abangnye jugak yang bayar nanti. Hehe.
Dalam kesibukan tu sempat juga aku terkenangkan insan-insan lain yang kurang berkemampuan. Entah ada atau tidak baju raya untuk mereka. Entahkan beraya entahkan tidak. Sedangkan aku sibuk-sibuk membeli itu ini, tapi, masih ada lagi mereka yang kurang bernasib baik. Aduh.. sungguh menginsafkan……
Hampir pukul 6.00 petang barulah kami bertolak ke Perlis semula. Kalini berbuka di R&R Sg Buluh pula. Pekena sate kajang. Perrghh….sudah lama aku tak makan sate Hj Shamuri ni. Kalini tercapai juga hasratku. Perjalanan diteruskan. Setelah bertukar-tukar driver. Kami sampai dengan selamat- alhamdulillah tepat pukul 3.30 pagi di Perlis. Risau ayah, tak tido menantikan kepulangan anak-anaknya….
Friday, November 21, 2003
Trip to KL....
Harini ayah minta kami ke KL amik adinda-adinda kami, Aisyah n Khadijah. Selesai berkemas lepas asar tu, tunggu abang balik. Lewat jam 6.20 petang kami berangkat dari rumah. Singgah berbuka kat Restoran Cendol Pulut (lupa nama spesifik restoran dia) yang terletak di Changlun, Kedah. Agak glemer juga kedai ni. Bak kata orang…kalo lalu sini tak singgah ‘pekena’ condol pulut dia, kira tak sah ler…
Lepas maghrib, kami mereruskan perjalanan. Till kol 9.30 pm, exit tol Jawi. Singgah di umah pakcik Razak untuk serahkan dokumen yang dikirim oleh makcik Zinirah. Kesian makcik Zinirah, dilanda accident beberapa hari lalu di Jawi. Agak teruk juga kereta wajanya. Alhamdulillah makcik Ni and anak-anaknya takde pape.
Sampai saja kat umah pakcik Razak tu, kelakar n kagum rasanya melihatkan pakcik Razak bertungkus lumus berseorangan memasak juadah buat kami berdua. Katanya…isteri n anak-anaknya keluar bershopping. Tinggallah dia sesorang. Pandai rupanya pakcik razak memasak. Juadah ape yer bang?? Hehe…..tersenyum sendirian rasanya tiap kali nak makan daging burger bersalut telur lepasni. Hehe…
Lebih kurang 45 min kemudian…kami meneruskan perjalanan ke destinasi. Mm… perjalanan yang dikatakan agak bersantai ini memakan masa agak lama juga coz driver kita tu mengantuk benar. Merata berenti rehat. At last berenti ket hentian Bkt Gantang…disitulah kami bantai tido. Dalam kereta pun jadiklah…..
Sedar-sedar sudah sampai waktu sahur rupanya. Singgah bersahur di Tapah. Akhirnya sampailah ke Lembah Beringin ambil cik Aisyah kiter ni dan teruskan perjalanan ke UM nak amik Cik Khadijah pula :)
Wednesday, November 19, 2003
Semalam...
Semalam….entah kenapa hati ini terasa begitu syahdu,pilu dan rungsing sekali. Mahu saja aku menitiskan air mata. Namun…apa sebabnya??Mungkin juga diri ini sudah tidak tertanggung beratnya dosa-dosa yang dilakukan.
Lepas berbuka…serasanya air mata ini seakan-akan mahu dihambur keluar. Seingatku….rupanya diri ini sudah lama tidak menitiskan air mata. Keras sungguh hati ini ya Allah….
Bila saja masuk ke bilik, mahu saja aku menghamburkan titisan air ini. Namun… tersekat juga pabila terserempak dengan teman sebilikku. Terdiam.Tatau nak cakap apa. Mungkin dek kerana aku terdiam sebentar tadi. Dia mula bertanya, “nape ni? cam sedih ajer”….(masyaallah…. Ini yang dikatakan soulmate kot….cepatnya dia concern. Dalam aku dok sembunyi tu! Hiks). “Takde pape” ( tu jawapan aku…memang aku pun tatau ape puncanya).” Mmm…mesti ada tak kena ket memana ni….kalo tak..takkan senyap ajer ni” telahan dia lagi. Dia seolah-olah mengerti perasaanku,sedikit ketenangan pabila berada didalam pelukannya.
Terima kasih abang……..
Dirinya banyak memberi kekuatan pada diri ini dalam mengharungi hidup ini. Bersama-sama kita mengejar pahala berganda pada akhir-akhir bulan yang penuh barakah ini.
Rahmati dan berkatilah rumahtangga kami ini ya Allah…..
Raiyan: laaa....apehal la pulak posting kalini jiwang la pulak nihh....isk...dah tulih baru nampak!
Sunday, November 16, 2003
Jejak Kasih di bulan Ramadhan....
Harini balik ke Perlis semula. Bertolak awal pagi. Abang kelas kol 11.30. sampai UUM kol 10.45. nasib baik ada notebook. Leh online sementara tunggu orangtu abi s kelas. Alhamdulillah….gembira dapat bertemu juga dengan teman seperjuangan-Kak Yati yang sama-sama mengajar di Hira’ Shah Alam dulu. Dah lama aku mencari dirinya di UUM ni. Allah mendengar isi hati ini. Dia temukan kami dibulan yang penuh barakah ini sewaktu aku selesai sahaja solat zohor di surau fakulti. Bercerita panjang juga dengan akak sorangtu. Kesian juga Kak Yati, katanya risau betul dengan thesisnya. Takper Kak Yati. Mudah-muadahan Allah permudahkan urusan Kak Yati. Satu sem aje lagi kan! Semoga terus cemerlang.
Petang- iftar bersama keluarga ikhwah/aat JIM negeri Perlis. Best..reramai berbuka dari sekecik-kecik sampaila sebesar-besar. Rasanya famili kami yang lain sket kot dari yang lain, coz family lain datang bawak anak-anak. Tapi famili kami datang bawak anak-anak + menantu. Heheh. Alhamdulillah…majlis selesai kol 10.30 mlm sesudah berkemas dan berterawih bersama-sama makcik-makcik n anak-anak. Pakcik-pakcik solat ket masjid. Kalini ramai sungguh yang menanyakan soalan bonus padaku “dah pregnant ker?” hehe.. sengih ajer la jawapan terbaik kot. Belum lagi laaaa…..
Moga soalan-soalan bonus tadi merupakan doa-doa mereka buat kami. Amiiiinnn….
Saturday, November 15, 2003
Balik Penang....
Pagi ni cadangnya nak balik Penang. Rindu dengan nasi ayam mama. Tepat kol 8.30 abang dah bersiap ke ofis. Katanya sampai kol 10 pagi ajer ket ofis. Lepastu dia balik umah n terus kami bertolak ke Penang. Hampir kol 9.30 pagi selesai aku packing barang. Terus ajer bukak notebook n ape lagi…online ler. Asyik sungguh membaca emel. Sampai terlupa nak mandi. Tup-tup jam dah kol 10. abis le kali ni kalo abang balik, aku lum siap lagi. Hehe….dah agak dah…
Bertolak dari Perlis jam 10.45 pg, singgah Alor Setar jap. Tengahari baru terus ke Penang. Merata singgah. Sampai kat Penang, pergi PC Fair kat PISA. Best tengok computer canggih manggih itu. Setakat tengok aje la kami ni. Hiks. Singgah pulak makro. Biasala..ummi kami ni kalo kami balik Penang ajer, mesti ada benda yang menarik perhatiannya kat Makro. Adalah barang yang dia suruh beli ni. Kalini besar punya barang. Apetah nama dia. Lupa pula. Cam container plastic 4 tingkat tu. Memula dok pikir-pikir juga ngan abang. Eh! Muatka masuk dalam kancil ni. Aaah…pasrah ajelah…kalo tak muat, kita lelong murah-murah barangni ket car park makro tu.hihi. at last….alhamdulillah….elok-elok ajer muat.
Sebelum sampai umah tu….singgah pula pasar ramadhan…amboi…banyak betoi juadah. Sudah serik…sebelum-sebelumni kalo membeli belah ikutkan nafsu ni, mesti tak abis makan kuih masa berbuka nanti. Membazir gitu aje. At last….diri ini yang dihambat rasa serba salahnyer kat kuih-kuih tu. So….beli sikit ajer. Akhirnya…dapat juga beli kerabu mangga yang dah lama dok kempunan nak makan tu.
Sampai juga kami ke destinasi terakhir…sampai ajer umah, bukak tudung saji tu..terus nak jerit. Waaa….nasi ayam!! Yes! Yes! Saaayang juga mama kat kami ni. Baru jer cakap haritu kat mama yang kaklongnyer ni dah lama tak makan nasi ayam. Maklumla… bulan-bulan posa ni, kedai nasi ayam mama kan tutup sebulan.
Finally…dapat juga berbuka posa dengan keluarga tercinta…..bersama nasi ayam kegemaranku ini….hiks. mmm… ape nak buat dengan kerabu mangga yang aku beli ni? Makan bersama dengan nasi ayam ajelah. Hiks