thePencil.org Ar RaiYan: Perkembangan Memuaskan

Sunday, January 21, 2007

Perkembangan Memuaskan

Alhamdulillah, masuk harini sudah 20 hari saya berada di kedai dan bekerja dari rumah. Tapi baru seminggu ini saya betul-betul bekerja dari rumah. Pengurusan tadika sudah diambil alih oleh orang baru. saya cuma pergi membantu sekiranya perlu. Tapi kontrak potostat, mereka perlu datang ke kedai saya (suatu arahan hehe). Buat masa ni, guru-guru hanya menelefon jika ada soalan berkaitan pengajaran dan pengurusan. Tahniah buat Syakirah (orang baru yang menggantikan saya),dia dapat menguruskan tadika dengan baik sekali.
Baru 2 minggu produk kek batik butter saya betul-betul berada di pasaran. Itupun sekitar jajahan Arau sahaja. Belum lagi ke jajahan takluk lain :).Alhamdulillah sambutan memberansangkan. Permintaan melebihi pengeluaran. Membuatkan saya berasa tidak cukup tangan dan letih juga. Tapi saya puas :)
Buat masa ni hanya saya seorang yang menguruskan produk kek batik butter saya ini, manakala suami membantu sekali sekala. tambahan pula suami saya amat sibuk dengan projek tesis tahun akhir masternya.
Saya target dalam bulan ini sebanyak 3 set kek batik sehari saya keluarkan. weekend saya cuti. Dalam seminggu, cuma 5 hari (weekdays) saja saya menyiapkan tempahan kek batik. 3 set X 5 hari= 15 set. 1 set saya perolehi rm27. Seminggu dapat dalam rm405, tapi saya kumpul dalam sebulan rm405 x 4minggu= rm1620 (tu hanya sales la, bukan kira untung lagi tu.huhu) keuntungan produk ini adalah 100-110% daripada pengeluaran modal. Kira ok la tu buat permulaan sebagai salah satu side income saya :). Saya teringat pabila membaca tips haritu, Dr Irfan Khairi minta kita senaraikan 4 aliran masuk wang tunai kita. so, saya senaraikan produk kek batik sebagai salah satu dari 4 aliran masuk wang tunai tersebut. Yang lagi 3 tu, kristal dan tshirt labuh. Lagi satu aliran masuk saya masih kekosongan.hehe. Ada pendapat ke? Saya kira bulan ini saya menerima gaji tetap di kedai potostat saya kerana saya sudah mula bekerja disana membantu suami menjalankan kerja potostat (tempahan pensyarah uitm)serta saya meningkatkan sales al-qur'an tafsir dan buku bulan ini. Bolehke saya masukkan sekali dalam senarai aliran masuk wang tunai tu? (harap suami saya membaca entry ini.hehe)
Berbalik pada projek kek batik butter,salah satu niat saya adalah nak membantu pendapatan sampingan pelajar-pelajar IPT yang ingin menambahkan duit poket mereka. Saya bagi satu set, di setiap kolej-kolej/asrama dalam uitm, satu kolej dapat sekali seminggu. Kalau bagi tiap2 hari di kolej yang sama, jemu la.
Kalo di sekolah, saya masuk melalui koperasi, so...bina link baik sket dengan sekolah. haa...IPT n sekolah-sekolah ni, lubuk tau!! Link dengan diorang kena cantek :), supaya senang nak masuk produk lagi. hiks

p/s: Sinar Mawaddah Ent dan SM Excel Consult mengucapkan Salam Maal Hijrah 1428, Moga tahun ini menambahkan lagi ilmu yang bermanfaat, rezki yang luas serta semangat yang tinggi dalam mengerjakan kebajikan. Ya Allah, tunaikanlah hasrat saya.... saya ingin sambung MBA

Terharu dapat SMS dari seorang adik di Uitm, berbunyi: "Ya Allah, muliakan temanku ini, bahagiakan keluarganya, berkati rezekinya, kuatkan Imannya, eratkan silaturrahim kami. Ahlan Wasahlan Hijrah 1428H.

3 comments:

mardhiah12 said...

wah wah..sedap tak kek batik tu. ada resepi nak kongsi tak (nak order jauh benar...)

Raiyan said...

wokeh,nanti akak emel resepi, ingatkan akak tau! ni nak keluaq jap.beli barang

dyna said...

saya pun berminat dgn keja sebegini. bila baca blog ni, rasa bersemangat je...boleh la belajar dari akak ye...eh, mcm sedap je kek tu? tapi jauh sgt nak order...bleh mintak resepi tak? saya suka mencuba resepi baru..

 
blog template by suckmylolly.com