thePencil.org Ar RaiYan: Kaya bertambah Kaya

Thursday, May 24, 2007

Kaya bertambah Kaya

Saya singgah di website Tips 1 minit Dr Irfan Khairi...
ooo...baru saya tau...begini rupanya orang- orang kaya dok berniaga. Patutla mereka kaya dan bertambah kaya....

------------------------------------------------------------------------------------

By Dr Irfan Khairi

Baru-baru ini, saya berkesempatan berbual dengan seorang jutawan (kita gelarnya Mr.A) yang mempunyai beberapa perniagaan. Saya sering kagum dengan mereka yang menjalankan beberapa perniagaan sekali gus yang melibatkan ramai pekerja oleh kerana, bagaimana dirinya mencari masa untuk mengendalikan kesemua perniagaan???

Jawapan Mr. A adalah, kerjanya hanya memulakan perniagaan, dan melantik seorang pengarah atau pengurus perniagaan itu. Segala keuntungan perniagaan itu, beliau mengambil 30% sahaja. Namun, beliau tidak perlu mengendalikan perniagaan itu- hanya menubuhkan sahaja.

Ini memberi kebebasan kepadanya untuk membina perniagaan lain dan melantik pengurus & pengarah untuk perniagaan yang lain pula. Perniagaan ini juga beliau mengambil 30%, namun, membebaskan masanya memulakan perniagaan yang lain.

Saya juga bertanya. Mengapa 30%? Selalunya, pengasas perniagaan mengambil sekurang-kurangnya 50% keuntungan. Baru puas hati :)

Beliau berkata, sekiranya mengambil 50% keuntungan, memang puas hati :) Tetapi dimana dirinya tidak terlibat dalam pengendalian, ia akan mengurangkan motivasi pengurus & pengarah perniagaan tersebut. Dengan mengambil 30%, jumlahnya adalah kecil dan berpatutan untuk dirinya tidak bekerja. Masanya lebih efektif di tumpukan untuk membina lagi perniagaan lain.

Amat bijak. Sekiranya masanya bebas dan mendirikan 10 jenis perniagaan, Mr.A menerima 30% x 10 atas keuntungan setiap satu perniagaan yang ditubuhnya. Dan masih tidak memerlukan dirinya untuk mengendalikan walaupun satu perniagaan.

At a larger scale, konsep ini juga di lakukan oleh billionaire-billionaire di dunia yang memiliki berbagai-bagai jenis perniagaan besar multi-million-dollar. Perniagaan mereka tetap berjalan walaupun tanpa kehadiran mereka.

Fikirkan, bagaimana anda boleh membina satu perniagaan, yang tidak memerlukan diri anda untuk perniagaan tersebut dijalankan. Ataupun, mungkin suatu hari nanti anda boleh membebaskan masa anda dari perniagaan anda dan memulakan beberapa lagi perniagaan menggunakan konsep ini.

*Tip bonus Mr.A*
Mr. A juga mempunyai konsep yang bijak iaitu kesemua perniagaan yang dimulakan tidak menggunakan wangnya sendiri, tetapi menggunakan pinjaman dari institusi kewangan. Kejayaan perniagaan pertama memudahkan mendapat pinjaman seterusnya dari institusi kewangan untuk perniagaan kedua, dan kitaran ini berulang untuk setiap perniagaan dan pinjaman.

4 comments:

mardhiah12 said...

sebenarnya saya kagum dgn akak. bukan mudah utk uruskan satu perniagaan, apatah lagi untuk mulakan langkah awal..saya betul2 respect dgn daya gigih akak. kalau saya sendiri mampu berhenti dan jadi macam akak, fuhh!!

Raiyan said...

ish aini nih.
akak ni lagi kagum ngan aini. aini pernah/still sakit. tapi mampu bekerja dan belajar serentak pulak tu dengan uruskan anak-anak tanpa maid. hebat tuh!

Aina Ana said...

apabila kita bekerja kerana Allah tanpa memikir sangat pasal duit, lagi best. Sebab tau2 je rezeki ada..itulah hikmah Allah. Rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk..baik dalam bentuk jualan barang, bonus gaji, diskaun belian and even barang2 free :D..teruskan usaha ko, aku ni pun baru2 gak nak berjinak2 berniaga. bukan sebab nak kaya, tapi sebab seronok..hehehe

Raiyan said...

aina: yer betul.sokong pendapat aina.good luck to u too! Miss u sis, lama tak jumpa...

 
blog template by suckmylolly.com