thePencil.org Ar RaiYan: Rindu...

Sunday, May 20, 2007

Rindu...

Sudah hampir 6 minggu saya berehat di rumah. Tak dapat melakukan beberapa kegiatan harian seperti sebelum ini. Tangan masih bersimen. Bosan? perghh... bosan giler :)

Tapi bila direnung semula, inilah satu kesedaran amat berharga dari yang maha Esa. Menyedarkan saya, betapa berharganya pemberian Allah terhadap anggota kita walaupun sebesar jari kelingking. setiapnya mempunyai fungsi tersendiri.andainya saya ni,jika hilang sebelah tangan, sudah tentu saya tak dapat buat banyak/semua rutin dalam hidup saya. Sungguh menginsafkan.

Petang semalam, tatkala mengikut suami ke ofis di Bangunan Mara Kangar, saya turun ke surau untuk solat Asar. Sejak tangan patah dan bersimen ni,terkial-kial juga.... dari amik wudhu', bentang sejadah, pakai telekung dan solat. Ada sorang makcik asyik perhatikan saya sejak awal. Datang pada saya, tolong bentangkan sejadah dan ambilkan telekung. Tak habis-habis makcik tu cakap, 'kesiannya adikni'. haha. agaknya terharu tengok orang OKU macam saya nak pakai telekung n solat. hmmm... rimas saya sebenarnya orang dok cakap kesian-kesian ni :), saya ok la mck.... cuma tangah bersimen ajer....
neway... terima kasih mck kerna membantu....

Saya rindu sebenarnya nak buat kerja-kerja sebelumni. Rindu nak ke majlis ilmu seperti selalu.Rindu nak buat kek batik semula. Rindu nak ikat gelang kristal semula (buat masa ni kalo ada tempahan, minta kawan yang tolong ikatkan, thanks kak Pidah). Rindu nak buat cookies dan tart gulung pesanan pelanggan. huhu. dan yang paling saya rindu ialah... nak bawak kereta.hehe

Dalam dok sakit-sakit ni pun sales t-shirt, gelang dan buku berjalan seperti biasa. Bahkan banyak tempahan pula especially tshirts n gelang :) alhamdulillah. Semuanya perancangan Allah taala. Jangan merungut atas apa yang berlaku. teringat pula pesanan Pengarah Urusan Hafifah Frozen (jutawan/usahawan berjaya Perlis), semasa saya mengkuti kursus perniagaan dulu, pesannya supaya jangan sesekali menyesali dan merungut atas setiap musibah, kerana setiap yang berlaku... pasti ada hikmah di sebaliknya. Semua pahala tu. Kalo merungut. Maknanya kita marahkan siapa? nauzubillah...

Mujurlah dalam cadangan tuntutan ke atas pihak bas tu nanti (lepas dengar lawyer tu brief haritu) akan dibuat tuntutan gantirugi. Bagi kes saya ni ,dituntut atas patah tangan dan misscariage, dan juga tuntutan hilang sumber pendapatan kerana tidak dapat bekerja sepanjang sakit ni disebabkan saya bekerja sendiri (hehe,dlm dok sakit2 ni pun duit masuk macam biasa). Harap-harap la menang kes tu nanti. Tapi buat masa ni belum decide tuntutan lagi. Biar semua reda sket, sembuh semua dulu. Lagipun menda ni amik masa, bukan sehari dua. mungkin sampai lebih setahun, baru la dapat.Lega jugak amik takaful/insuran awal-awal. Kawan-kawan yang belum amik takaful tu, saya nasihatkan amikla sekarang. Malang tak berbau. Bahkan agent takaful saya tu suruh saya mintak MC banyak2 kat doktor supaya dapat claim lebih lagi.hehe

Lepas sembuh nanti, saya wish nak buat banyak benda. amboi, senarai panjang berjela dalam buku tu ha :).Semua yang tak sempat nak buat sebelum ni. Moga Allah tunaikan segalanya ....

p/s: Saya masih ada baki MC 5 weeks...aduh!! berakhir 19 jun...

4 comments:

kakLuna said...

kalau tak hujan, mana datangnya pelangi kan?

kalau tak ditimpa ujian, mana kan tahu kita buleh hadapi ke tidak..dan mendapat hikmah berganda di sebaliknya.

insyaAllah kebenaran akan terzahir, kes itu akan menang menjadi rezeki yang tak disangka2 utk najah dan keluarga. :)

sungguh beruntung orang2 mukmin itu dalam apa jua keadaan, yakni bila dia mendapat kesenangan, dia bersyukur, maka dia akan mendapat pahala, dan di saat2 dia diuji, dia bersabar, itupun dia masih mendapat pahala..

mardhiah12 said...

kak najah, moga cepat sembuh yer :)

ummibatrisya said...

salam,

wah dalam sakit2 masih bekerja. nilah namanya orang yang tak boleh duduk diam tanpa buat keje. sama macam ummi. susah hati kalau tak boleh buat keje sbb sakit.

rezeki datang bergolek. sapa sangka. syukur kepada Allah. yang penting raiyan dan keluarga mesti sihat. :)

Raiyan said...

thanks luna,ummi and mar,
doa korang amatlah diperlukan :)

 
blog template by suckmylolly.com