thePencil.org Ar RaiYan: Gelagat Pelanggan

Wednesday, March 26, 2008

Gelagat Pelanggan

Alhamdulillah.... sudah 25 hari Iqra' Books ini beroperasi dengan seorang staf yang boleh dipercayai, Allah mudahkan pencarian staf baru ini, syukur. Seorang yang cepat belajar, agak tegas dan rajin.

Pengalaman 25 hari membuka kedai ini sedikit sebanyak memberi ilmu baru kepada saya. Walaupun saya tak selalu ke kedai, kerana menumpukan kerja lain pula lepasni. Tapi saya tahu semua yang berlaku di kedai. hehe.

Gelagat pelanggan, kalo masuk kedai melayu.... mesti mintak diskaun, ada yang sampai mintak diskaun tak logik pun ada. Kenapa ya? Tapi kalo kat MPH, takde pulak memujuk cashier agar memberi diskaun.hehe...
hmm...mungkin perlu memikirkan beberapa perkara untuk di upgrade. Mungkin tokeh kedai tak perlu ada di kedai selepas ni. sekarang ni pun, perlu jarang-jarang ke kedai. Sebab nampak aje muka tokeh, mesti dimintanya diskaun :).
Susah juga ya...

Semalam, sambil sibuk saya bermesyuarat perancangan strategik JIM yang dalam keadaan yang agak tegang, ada pulak customer call dari kedai mintak diskaun. aiyark!!
Nak tak nak....bagi la juga. Tapi kalo staf baru saya yang jaga.... agak strict juga staf saye ni :)

hmmm.... mungkin perlu dipercepatkan sistem computerized, scanning barcod tu!

p/s: semalam pertama kali dalam hidup saya, tshirt labuh di beli oleh seorang kakak yang free hair. alhamdulillah, semakin diterima ramai sejak stok hilyah dan sumayya di jual. Saya mendoakan moga kakak tu, suatu hari nanti dibukakan pintu hatinya untuk bertudung. Amin...

4 comments:

mama ranggie said...

biasalah tu kak...

kalo bende lain,mcm afundi x de plak die nak sayang duit...

:)

Aina Ana said...

Najah..org melayu ni dah biasa dgn diskaun. tapi bukan semua la...sapa dapat pelanggan macam aku ni untung..hehehe..aku jenis tak minta diskaun pun w/pun kat pasar. Nasib baik aku bukan jenis suka berbelanja..kalau tak, laju je duit mengalir macam air.

zam Penang said...

Tahniah wan..ingatlagitak? kita pernah berjumpa di kursus DADIH...makan sama2....BIsnes Dadih camna..OK

raiyan said...

mama ranggi,
haa...memang pun. kalo bab itu2 tak syg duit pulak kan!!

kakda,
bertuahnye daku jika semua pelanggan seperti kamu.hehe

zam penang,
oo ye? yg pergi kursus dadih tu suami saya. nanti saya tanya wan, tentu skali dia masih ingat encik zam :)

 
blog template by suckmylolly.com