thePencil.org Ar RaiYan: Kunjungan...

Monday, March 31, 2008

Kunjungan...

Semalam kedai buku kami dikunjungi oleh orang kuat Galeri Ilmu, Abu Hassan Morad bersama dua orang anak daranya, salah seorang yang saya kenal ialah Ummu Hani, penulis novel yang sedang mencipta nama. Saya teringat cerekarama Sabtu lepas bertajuk "ehsan" kalo tak silap saya la tajuktu. Kisah anak derhaka yang membuatkan saya mengalirkan air mata dengan cerita tu. Huhu. Penerbitnya adalah Abu Hassan Morad! pengarahnya, saya lupa la namanya... lupa lagi!

Saya berbisik pada suami, "pakcik tu muka dia macam Abu Hassan Morad la, Majalah Anis tu". Tup2 dia datang memberi kad nama. hehe. Rupanya dia datang untuk menemuramah Tokeh Pasaraya Hafifah, usahawan berjaya di Perlis. Anak Melayu yang dibanggakan.

Ala...saya tak sempat bergambar dengannya.... cari camera tak jumpa pula! Tapi... dia bukannya datang nak menemuramah saya. haha.

sedikit ngenai Bookfair PWTC: suami kata Pak Habiburrahman nak datang bookfair la. ala.... masa saya tengah sarat ni la terlepas peluang best2. Mesti Aini n Aida suka tu! Jelesnya. Ala...teringin nak ikut abang ke sana.huhu. last year tak dapat pi bookfair sebab accident, tengah patah tangan. Tunggu tahun depan pulak la gamaknyer :(

5 comments:

Ummu Auni said...

ala, tak pasti nak pergi lagi ke tak ni...aida masuk spital, geng ku tiada

Mynie said...

wah - orang kuat media islam malaysia tuh.. buku2 galeri ilmu sb dah ada ke di iqra'? this year dia interview tokeh pasaraya hafifah, next year tokeh iqra' pulak :)

Raiyan said...

aini,
aida masuk spital?? sakit apa? kemsalam kat dia ek.

mynie,
tokeh iqra' dok blurr lagi. kalo interbiu....lagi la blurr...hahaha

Dr Azwan said...

Assalamualakum Ya Boss...

Mari sama-sama boikot barang produk Belanda. Senarai barangan ada di dalam blog saya.

Dulu Ustaz Hassan Morad mengajar sekejap di sekolah saya kat Sek Men Agama Kuala Lumpur. Dia berpindah dari Maahad Hamidiah ke situ. Saya pun sempat sekejap. Lagu sekolah SMAKL dia lah yang cipta dan kumpulan nasyid Now See Heart adalah anak2 murid nasyid yang dia kembangkan... Tapi tak lama sebab Ustaz Hassan dulu orang kuat Arqam. Jadi kementerian tukar dia dalam beberapa bulan. Wallahu A'lam

ummi_ammarz said...

kedai akak bukak tiap2 hari ke?teringin nak pegi kedai akak.

 
blog template by suckmylolly.com