thePencil.org Ar RaiYan: Bangkitlah Ummah!!

Wednesday, January 14, 2009

Bangkitlah Ummah!!


Gaza terus diasak. Anjing-anjing Israel dengan kejam melahap anak-anak Gaza. Sasaran utama ialah anak-anak Gaza supaya tiada pelapis untuk jihad dimasa akan datang. lebih 1000 terkorban sehingga semalam. Cedera parah tak usah kira betapa ramainya.Terkini rejim zionis berusaha mencederakan pasukan perubatan dan sukarelawan. Dunia mengutuk serangan kejam ini. Bercampur baur perasaan. Marah dan pilu.

Umat Islam terlalu ramai di bumi ni. lebih 150 juta, Israel lebih kurang 15 juta. Tapi tak mampu mempertahankannya. Apa yang kita perlu lakukan? Anda tak mampu. Saya pun tak mampu. Tapi!! saya mampu dan anda mampu berdoa dan mampu memboikot barangan atau produk Israel. Hanya dengan cara ini, kita mampu mempertahankan wang kita daripada mengalir masuk ke kantung-kantung Isreal untuk membeli bedilan peluru yang membunuh saudara seagama kita. Ayuh, lakukan sekarang!!

Ucapan Palestine kepada kita: Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya..

Bermula dengan mengedar risalah pada penduduk Kangar tentang senarai barangan yang perlu diboikot, harini bercadang nak letak kat pasaraya Hafifah, minta tolong dengan cashier, masukkan dalam plastik pelanggan. Moga dipermudahkan.

Ada orang tanya, Nak boikot semua ke? Kalau boleh semua la tapi kalau tak boleh, ada pakar dah jalankan kajian dan buat kesimpulan di bawah mengikut priority saham syarikat mana yg jelas byk menyumbang dan bersimpati dengan Israel, kesimpulannya spt di bawah: Priority 1: Mesti boikot, jangan sentuh: Syarikat yang jelas sokong/menyumbang kepada Israel: Mcdonalds, Starbucks, Coca cola Priority 2: Kalau boleh boikot juga, syarikat yang melabur di Israel: Nestle, Nokia, Priority 3: Buy American Last: Semua syarikat Amerika yang lain.

Bila fikir balik, inilah peluang untuk kita gunapakai produk tempatan kan? contohnya, daripada makan McD atau KFC, boleh cuba-cuba Radix Fried Chicken (RFC). Rasanya hampir sama, tapi masih di Sg Petani je. Insyallah cawangan akan dilebarkan di serata Malaysia. Daripada sedap menghirup Milo keluaran nestle, lebih baik guna Radixcoco. Rasanya hampir sama, koko asli, tiada campuran, malah lebih berkhasiat. Ataupun kalo susah sangat, beli aje vico atau ovaltine. dan.. banyak lagi barang lain boleh diganti untuk produk yang menyokong Israel ni. Insyallah.. tak mati aihh...kalo tak makan McD tuuuhh...

p/s: pssstt....aduh...harini Hp Nokia communicator saya rosak, abis hilang semua contact number. Harapnya rakan-rakan yang mengenali diri saya, sila sms saya ye. Supaya saya dapat save kan number anda :) . Sekarang pinjam hp lama my MIL. Suami kata, hp nokia rosak, satu petanda tuh! kan ke ngah boikot? Nampaknye nak kena beli hp barula pulak! huhu

2 comments:

Aina Ana said...

Beli Samsung laa..tu Korea mari..ahaks :P
Takpun kalau nak local punya, CSL. Boleh tengook TV lagi tu

Najah Farahin said...

kakda,
satu cadangan yang bagus :)

 
blog template by suckmylolly.com