thePencil.org Ar RaiYan: Apa kata Ibu Naim

Saturday, August 15, 2009

Apa kata Ibu Naim

tahniah Mck Peed, saya memang meminati segala penulisan n ucapan Mck Peed. Tiapkali berjumpa,Mck Peed selalu sebut n ingat nama saya walaupun kita jarang bertemu
-------------------------------------------------------------------------
Sememangnya sedari awal kami merasakan peluang untuk terlibat dalam pertandingan adalah perancangan Allah untuk menaikkan agamanya. Ikhwah dan akhawat bayangkan peluang ini datang kepada SRI dan SMI Aman di saat2 hampir tarikh tutup pendaftaran cabaran SIR peringkat negeri. Itu pun kerana inisiatif seorang bapa anak SRI Aman kita, kakitangan NSTP yang beria-ia mendaftarkan institusi kita. Ana difahamkan masa final SIR baru2 ni yg pertandingan ni utk govt funded school.Dengar kabarnya smi Hidayah nak masuk pun tak dapat.

Bermula saat itulah cabaran SIR bermula . Yg pasti pertandingan ini berjaya menimbulkan minat para pelajar di SMI untuk mempelajari bahasa Inggeris dalam suasana yang lebih menyeronokkan . Terbaru di SMI Aman KB mereka sendiri menganjurkan Pertandingan SIR di peringkat sekolah sesama pelajar.

Dalam pertandingan akhir tu memang mendebarkan . Dalam pertandingan peringkat sekolah rendah dari 14 peserta akhir hanya 5 Melayu/Islam dan peringkat sekolah menengah 6 dari 14 adalah Melayu/Islam. Peringkat saringan tu laluan Naim ok je. Tak banyak halangan. Sampai semifinal bila dia tak boleh jawab perkataan ‘Calabash’ kami dah suspens takut dia tak boleh masuk final. Masa tulah rasa sangat bergantungnya kita kepada rezeki dan pertolongan Allah. Di hari dan waktu yg sama rupanya di KB Pengetua SMI Ust Abd Rashid dan pengunjung jamuan laksa sempena kutipan derma pembinaan masjid kompleks pendidikan Aman turut mengadakan solat hajat. Sesungguhnya setiap sesuatu itu hanya dengan izin Allah dan akhirnya bersyukurnya kami bila Naim dapat tempat ke 2. Yang paling mengharukan kawan-kawan dan guru-guru Naim seramai hampir 20 orang mengambil inisiatif sendiri untuk turun ke KL naik keretapi . Siap pakai baju merah red warrior untuk memberikan sokongan. Bergema dewan dengan sorakan mereka dan keluarga kami di KL . Sampai presenter SIR dari NSTP Balan Moses kata Naim ada fan club. Icon SIR Adibah Noor yang hadir hari tu pun tolong sorak untuk Naim. Kakitangan RHB yang bertugas hari tu yg rata-ratanya Muslim pun kata mereka harap sangat Naim menang untuk mewakili orang ‘kita’.

Utk merasai debaran SIR Nasional ikhwah dan akhawat boleh tune in ke TV3 pada 19/9/09 (ramadan masa tu) selama 1 jam , 7-8 malam untuk liputan SIR Nasional

Bagi Naim pula peluang berinteraksi dengan peserta bangsa Cina yang duduk sebilik di tempat penginapan pula membuka jendela peluangnya untuk menghadapi realiti dunia luar berdakwah non muslim. Maklum sahaja di Kelantan 95% penduduk Melayu muslim.

Kesan baik untuk Institusi pendidikan kita memang banyak . Bermula dengan Cabaran SIR Negeri yg diadakan di KB Mall Mei lalu, sekolah kita menerima banyak panggilan dari mereka yang berminat. Malah ada yang dah mendaftar anak untuk tingkatan satu tahun depan!

Berbalik kepada Naim, kami beruntung dan mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah yang empunya segalanya kerana dianugerahkan anak macam dia. Setakat ini memang tak susah menjaga dia, penuh dengan inisiatif utk meningkatkan diri dan dalam banyak hal menjadi penasihat kepada kami. Namun yang utama ingin dirakamkan bahawa kejayaan Naim datangnya dari usaha-usaha jamaah kita terutama JK Pendidikan termasuk Musleh dan juga JK Remaja/Belia. Kalau ditanya beliau dari mana datangnya keyakinan dalam dirinya. Tentu akan dijawabnya peribadinya terbentuk dari siri pembinaan remaja yang diusahakan oleh JK Pendidikan dan Remaja. Pengalaman yang dikutip bermula di SMI dan SRI secara formal dan disusuli KBM , kemudian Xrek di Batang Kali, Leaders di Masjid Muaz b Jabal, Xpert di Johor dan yg terbaru Xcell di Pulau Pinang semuanya berperanan besar membentuk peribadinya. Peranan Pakcik2 spt Pak Lang (Akhi Mokri) , Abu Nuha dan Abang Wan Am, Abang Hafiz Bai, Makcik Latifah Bee, K Fida’ (sekadar menyebut bbpa nama sahaja) selain naqib-naqib nya di Kota Bharu adalah antara nama besar yang kami tidak boleh lupakan.

Akhirnya jzkk kerana kesudian membaca coretan ini. Ana sedar bagi Naim ini adalah permulaan. Perjalanan hidupnya masih panjang. Kami tak boleh menjangka masa hadapannya. Namun kami minta ikhwah dan akhawat mendoakan kejayaan kami mendidik Naim dan adik beradiknya menjadi jundi dan mujahid penegak agama Allah. Semoga usaha ini Allah terima sebagai satu usaha jihad di atas jalanNya.

Astaghfirullah Al azim li walakum.

Wassalamu alaikum wr wb

Dr Fizah

1 comment:

nurinmz said...

Dulu masa rin form 1, Hira' pun pernah masuk Spelling Bee peringkat negeri Selangor, samalah macam SIR ni. Memang pentas tu dipenuhi non-Muslim dan non-Malays serta sekolah-sekolah yang agak terkenal la juga. Pengalaman manis dengan Allahyarham Kak Nabeelah, Akhi Rizzuddin dan...erm Zaid Sahak ke ye, tak berapa ingat. Dah sikit lagi nak masuk final rasanya and I was the last Hira'ian yang tinggal tapi kalah jua akhirnya...but it was pure fun mashaALlah!

 
blog template by suckmylolly.com