thePencil.org Ar RaiYan: Cerita Tasneem

Friday, August 21, 2009

Cerita Tasneem

Sebelumni citer Ibah, ni cerita Tasneem pula.lama tak bercerita pasal anak-anak ni. Kalo citer bab anak, sampai esok pun tak abis. Lucu telatah mereka

Tasneem dah boleh berjalan. Baru aje boleh awal Ogos ni. Sebelum ni meniti kat tepi-tepi dinding aje.Sejak boleh jalan ni, satu rumah ditawafnya. Baru dapat kaki katakan. Tapi kena beli kasut saiz 3 sebab kasut-kasut sebelumni dah tak muat. Kadang-kadang kasut Ibah pun dibedalnya.
kemain lagi, nak main macam budak besar, tanak orang pegang-pegang dia

Bebaru ni beli durian, Tasneem punya la gelak dan perati durian tu hampir setengah jam mengadap durian. sambil gelak, jerit-jerit, sambil sentuh duri-duri tu. Pastu tolak-tolak supaya tergolek dan ketawa lagi. Agaknya dia ingat binatang apalah ni. Bila dah buka durian tu, bagi dia makan. Banyaknya makan, sampai 3 ulas besar.


Toy peberetnya sekarangni adalah anak patung yang saya beli dari Bandung, saya ternampak dia tidur peluk anak patung ni, terus snap gambar.
Anak-anakku, moga menjadi anak-anak yang solehah, pewaris dakwah, cemerlang dunia dan akhirat. Amin...

2 comments:

khadijah said...

dah besar tasneem.macam2 ragam ada.kalah kak ibah dia kot.
tengok muka tasneem lain ye dari muka ibah :)

isma@ibu said...

comey anak2 farah...dah besar diorang kan.. bila la kit dpt jumpe ye farah..rindu kat hang

 
blog template by suckmylolly.com