thePencil.org Ar RaiYan: Our 6th Annyversary

Monday, August 31, 2009

Our 6th Annyversary


Ya sudah 6 tahun kami berkahwin. sudah 6 tahun jugakla saya menjadi isteri kepada belahan jiwa saya ini. Tanggal 31 Ogos 2003.... indahnya jika dikenangkan saat-saat itu.

Setiap kali soalan yang sama ditanya, "sayang nak hadiah apa?", "semua dah ada, bang", jawapan yang sama juga saya beri setiap tahun. haha. jika mau bagi hadiah, bagi sajalah yang oi, takyah tanya.haha

Tapi itulah dia, suami saya. jarang-jarang saya tuliskan entry khas mengenainya. The most silent romantic man bukan jenis orang romantik ni, gitu la kot. Ada caranya tersendiri menunjukkan caring dan kasih sayang. Kadang-kadang nak panggil saya 'sayang' kena tunggu kami berdua bersama anak-anak je, takde sesapa kat situ (orang luar) , baru dia nak panggil. bosan betoila.haha

Betapa saya bersyukur dianugerahkan seorang suami sebegini. Melalui perkahwinan ini banyak mengajar saya segalanya, mematangkan saya, mengajar saya untuk menerima dan memberi, mengajar saya untuk tidak mementingkan diri sendiri. Teringat masa tahun-tahun awal perkahwinan dulu, saya selalu merajuk. Mungkin dalam proses mengenali pasangan, selalu terasa hati, susah nak bertolak ansur, sikap keanak-anakan saya masih lagi terbawa-bawa. Sekarang baru faham setelah 6 tahun madrasah perkahwinan ini mengajar saya. Suami selalu perli, sekarang ni saya susah nak merajuk, cool aje. Kalo dulu, sket2 merajuk n nak nangis. haha. Sekarang dah nak masuk anak 3 orang la bang...

Kadang-kadang nak merajuk pun takde masa, dan jarang sangat ada salah faham, agaknya semakin hari kita semakin faham kehendak pasangan kita kot. Kita tau apa yang dia suka n apa yang dia tak suka, begitulah juga sikap suami terhadap saya. Walaupun bekerja sekali, sentiasa bersama, tu pun masih banyak hal nak diceritakan baik dalam kereta, mau pun semasa makan. Bercerita itu ini macam jarang berjumpa pulak

Saya mengakui, saya bukanlah isteri yang baik seperti didambakan olehnya (mungkin), tapi saya cuba sedaya upaya saya untuk bahagiakan dirinya. Saya juga mengakui suami saya pun ada kelemahannya. Ada juga perangainya yang saya memang tak suka. Tapi dalam banyak-banyak kebaikan dia, takkan satu dua perangai buruk itu aje yang saya nampak sangat. Kan!
Suami dan isteri saling melengkapi....

"Abang, sempena ulangtahun perkahwinan kita ini, inginkan sayang meluahkan segala pengorbanan abang yang tak pernah sayang lupakan sepanjang hidup sayang. Hanya Allah yang dapat membalasnya..."

- Saya terharu suami saya memenuhi keinginan saya untuk mendapatkan kereta itu. CRV 2nd Edition kaler biru tu menjadi milik saya akhirnya. mujur saya tak mintak kereta baru kan! hehe. Terima kasih kerana memenuhi impian saya...

-Seingat saya, tahun ni.. saya belum pernah isi minyak kereta. Seperti tahun-tahun sebelumnya. Sepanjang tempoh 6 tahun perkahwinan, rasanya 5-6 kali isi minyak. purata setahun sekali. tu pun isi rm10 untuk diri sendiri je.

-Saya tak pernah mengeluarkan duit sendiri untuk perbelanjaan keluarga, pendapatan dari Nusayba Design hanya terus masuk ke akaun saya, kegunaan saya. Saya cuma berbelanja untuk diri sendiri, dan sekali sekala membeli baju anak-anak. Suami saya amat memahaminya kerana saya ketika ini sedang menyara mama dan adik-adik, membayar kereta mama dan sebagainya setelah kami kehilangan ayah sejak 3 tahun lalu.

- Saya terharu apabila suami membantu membiayai keseluruhan modal dan kelengkapan pembukaan Butik Tshirtlabuh di Star Parade, ianya 100% dari simpanan suami saya. Makan berbelas ribu juga.

-Setiap kali dia meminjam duit saya (kebetulan dia takda cash tika itu), dia pasti membayarnya semula. Tapi jika saya pinjam duitnya, jarang sekali saya membayarnya. kira halal ye bang :)

-Saya sangat menggilai udang, setiap kali kami makan di kedai, saya selalu memesan makanan yang ada udang besar. terutamanya char koew teow peberet saya. Tapi masalahnya saya malas nak kopek udang, nanti kotor tangan. Setiap kali itulah suami saya tolong kopekkan udang untuk saya dan habiskan makanan yang saya tak larat nak abiskan

- Kalo anak-anak berak, dia yang tolong basuhkan dan buat susu anak pepagi. Ini rutin hariannya. Saya hanya basuh berak anak bila suami takda atau suami tidur, tu aje. Alasannya, sebab saya ngah pregnant, tak larat. Tapi time saya tak pregnant pun, suami juga yang basuhkan.heee . Dulu masa takda maid, setiap pagi dia mandikan anak siap-siap dan saya mandikan sebelah petang. Kadang-kadang sebelah petang pun dia mandikan sekali. hehe

-Suami saya suka mengemas, berbanding saya. Kalo saya dan anak-anak balik kampung tanpa dia, bila kami balik semula ke Perlis, bersih aje bilik n lantai.

-Saya banyak cakap, suami saya dengar aje cerita saya. luahan saya. impian dan angan-angan mat jenin giler saya. Saya rasa (agaknya) walaupun dia boring nak dengar, tapi dia dengar aje. hehe. Lagipun suami saya jarang bercerita jika saya tak tanya, so kalo ada apa-apa cerita sensasi, saya kena tanya dia, baru dia nak buka mulut cerita. itu sifat orang laki kot.

-Suami saya jarang marah, kadang-kadang saya lupa bila last dia marah. Tapi saya tahu, kalo dia marah, dia diam tak cakap. Tu tanda dia ngah marah kot

-Sebelum beli atau buat apa-apa, selalu begitau saya dulu. Saya rasa dihargai. Tapi semua suami orang lain pun macam tu kot? haha

-Jika dia balik agak lewat malam, dia call tanya, nak burger oblong ke? mee goreng mamak ? char koew teow atau nak beli nasi goreng ikan masin? nanti balik makan sama-sama. Sedangkan saya kalo kat luar, saya tak pernah pun tanya kalo-kalo dia nak pesan apa. apa la saya ni. Saya terlupa nak tanya la. aduh.

-Setiap malam, jika dia nak turun bawah ke dapur, dia akan tanya... nak pesan air apa? Air kokonya sedap sekali.

-Suami saya banyak mempengaruhi hidup saya, pemikirannya, hobi dan kegemarannya, perangainya, buatkan saya terikut-ikut samada yang baik dan yang buruk (yang buruk tu bahaya nih.hehe)

-Saya tahu kemana dia pergi dan apa dia buat bila saya tiada kat situ, sebabnya kejap lagi mesti dia terbagitahu. hehe

Tu beberapa hal yang saya tak dapat lupakan sepanjang 6 tahun berkahwin.Bayangkanlah jika insan seorang ini tiada dalam hidup saya. Kadang-kadang bila suami pergi ke program contohnya 2 hari. Saya rasa kehilangan dan sangat tensen. Sebab banyak kerja, suami yang biasa lakukan.

Saya memohon pada Allah agar diampunkan segala dosa saya selama saya menjadi isterinya. Moga Allah sentiasa merahmati suami saya dan perkahwinan kami serta zuriat yang solehah, cemerlang di dunia dan akhirat. Semalam saya minta maaf dan ucapkan annyversary,sampai nangis-nangis pulak saya ni.hehe. entah terharu pula hati saya. Padahal setiap kali lepas solat, ada minta maaf. Tapi rasa biasa aje, cuma semalam agaknya betul-betul dari hati, mungkin.

Selamat ulangtahun perkahwinan abang, hope our love will grow stronger day by day. Ameen. Love u so much!

p/s: Abang harap-harap rumah kita cepat la siap ya.hehe. tak sabar nak duduk rumah sendiri

6 comments:

Ummu Auni said...

wah wah sangat prihantin dan romantik betul abg saif ni...hihihi

happy anniversary to both of you :)

Ummu Mishkah said...

salam ziarah.. happy anniversary!
Samalah anniversary kita!

SMM said...

wow.. sangat sweet.. happy anniversary. may Allah bless you both :)

me01my said...

tahniah kak! moga ikatan yg suci itu dirahmati & diberkati..

untung badan yer kak ;)

@mn4ever98@ said...

aduh aduh..tetiba terasa lak coretan tu mcm pengalaman sendiri...hehe. agaknya after bertahun-tahun baru makin matang ek...selalu je kite ni merajuk..hehe.anak manja la katakan dah biasa senang ;-).

apapun ni nak bagi hubby baca coretan akak nie..best sgt rsnye ;-)apapun ...selamat ulgthn ke 6 kak!!..semoga keluarga bahagia dunia n akhirat...ameen! ;-)

Najah Farahin said...

terima kasih duhai kawan-kawan! terima kasih atas ucapan n doa kalian.
-najah-

 
blog template by suckmylolly.com