thePencil.org Ar RaiYan: Pemurah

Sunday, January 31, 2010

Pemurah


Sudah sebulan Raiyan Nusaibah di dalam darjah satu. alhamdulillah, buat masa skarangni tiada masalah untuk bangun pagi. Ada 3 orang cikgu peberet dia, Cikgu Atikah, Ustz Yaser, Ustz Firdaus. Bila ditanya cikgu lain, dia kata tak ingat nama. Saya kenal cikgu-cikgunya terutama 3 orang cikgu diatas tu. Ada kelebihan masing-masing :). Manakala guru besarnya Ustz Fakhrul, pelanggan setia kedai buku kami :)

Jumaat bebaru ni tolong Ibah mengemas begnya, tetiba dia bagitau, "ada sorang kawan Ibah tu dia takde kaler, sian dia. Ibah bagi kaler Ibah yang kecik tu kat dia, sebab baba dah beli kaler besar kat Ibah semalam".
Aiyo...padahal kaler tu baru guna sekali aje.

baba: "ni baru sebulan sekolah dah sedekah kaler, bulan depan dia nak sedekah apa pulak ek. pemurah betoi anak kita nih"

9 comments:

@mn4ever98@ said...

ibah sekolah mana kak? dia pergi balik sekolah sendiri ke..tetiba teruja tgk anak2 kwn dh pi school :)

Anonymous said...

ibah dah darjah 1..?rs mcm dia kecik lg...

the author said...

nuha,
sekolah rendah islam furqan, pi n balik sekolah, baba dia hantar. tapi tu la lawak, nak beli makanan tak berapa pandai duit tukar. harap mck kantin je bagi duit betul, sebab dia tak pandai kira lagi.

ha'ah ibah darjah 1 at 6 years. sekolah ni tak menekan sangat dari segi pelajaran / tusyen bagai, lebih kepada baca iqra', hafazan, nasyid2, praktikal solat. so, masuk aje la. lagipun umur Ibah, saya tanak menekan dia sangat, umurnya sesuai utk bermain2 n praktikal doa/solat/berkawan

Zila said...

tak apa...anak2 akak dulu pun selalu bersedekah masa masuk tahun 1....hehehe!

the author said...

salam kakzila, lama tak dgr brita. bila nak balik mesia? atau dah balik nih?

Ummu Auni Afif said...

wah, dah masuk darjah 1 ek? ibah ambil UPSR masa 11 tahun ke nanti?

the author said...

aini,
ha'ah, dia kawen la awal sket. muahaha
eh, upsr dimansuhkan thn 2012 katanya. betoi ka

Ummu Auni Afif said...

ye ker?? macam tak percaya je :P UPSR dimansuhkan :P

Mynie said...

masuk sekolah awal rupanya kak ibah...
selamat bermain dan belajar dan berkawan :)

 
blog template by suckmylolly.com