thePencil.org Ar RaiYan: Tip Frosting/ Topping

Thursday, February 04, 2010

Tip Frosting/ Topping

Rujukan dari web http://alkiram.net

Haritu ada student yang bertanya, di sini saya copy dan paste kan serba sedikit tentang tips frosting

Carrot cake, sesuai hiasan dengan CREAM CHEESE. FRESH CREAM ni sesuai untuk hiasan fruit flan, blueberry, black forest, mousse, fresh fruit cake dan yang seangkatan dengannya.

kalau kek yang berat macam butter cake, coklat cake, carrot cake, kek pisang, tak sesuai guna FRESH CREAM.

kalau BUTTER CREAM pulak, tak sesuai digandingkan dengan black cherry, blueberry atau buah-buahan.

BUTTER CREAM yang biasa buat besday kek tu. biasa kek BUTTER CREAM murah. yang kecik boleh dapat dalam RM10.

FRESH CREAM guna untuk buat continental cake macam black forest, blueberry, kiwi, fruit flan dsb.

BUTTER CREAM sesuai untuk buat decoration kek yang berat atau yang ringan. tapi FRESH CREAM sesuai untuk kek yang ringan & gebu.

kalau guna BUTTER CREAM, tak boleh digandingkan dengan blueberry filling atau sebarang buah. tak sesuai langsung. tetapi sebaliknya kalau guna FRESH CREAM yang mana boleh dihias dengan kiwi, mango mousse, strawberry, peach dsb.

FRESH CREAM/WHIPPING CREAM

Sesuai untuk kek sponge. Hiasan menggunakan fresh cream adalah untuk continental cake. Combination yang sesuai, blueberry filling, mousse, hot fill (kiwi, chocolate, raspberry, mango, black cherry, pitted cherry, peach, pelbagai jenis buah-buahan, etc.). Contoh kek; Black Forest, Blueberry Cake, Mousse Cake, Cheese Cake, Fruit Flan, etc.

BUTTER CREAM

Sesuai untuk pelbagai jenis kek jenis rich atau sponge. Tidak sesuai langsung dikombinasikan dengan pelbagai jenis buah-buahan dan juga filling. Combination yang sesuai adalah chocolate & piping jelly. Contoh kek; Butter Cake & Sponge Cake.

CREAM CHEESE

Sesuai untuk topping Carrot Cake ,Chocolate Cake, Velvet cake, Any cupcake & Cheese Cake.

FRUIT FLAN

Gunakan fresh cream. Hiasan yang sesuai adalah buah-buahan jenis lembut seperti peach, kiwi, mango, grape, strawberry. Gandingan yang sesuai untuk hiasan dikeliling kek adalah hiasan coklat, croquant, cornflakes & kepingan badam bakar. Chocolate rice sama sekali tidak sesuai.

*Hasil Rujukan saya dari forum cari.com…mohon kemaafan sekiranya ada sebarang kesilapan dari posting di atas.

SEDIKIT PETUA .

“Untuk kek butter - Supersoft butter cake……kek tu tak perlu di belah , terus mendeco atasnya tanpa filling….. kek butter tidak naik tinggi ,cukup satu adunan sudah memenuhi acuan bulat bersaiz 9′.

Mengaising salah satu step yg paling susah berbanding hendak mendeco…..apatah lagi hedak melicinkan permukaan tepi dan diatas kek…..yg penting adalah aising perlu kena tebal supaya apabila merata, tidak terkena permukaan kek….nanti serdak kek bercampur dengan aising.Boleh juga ratakan bahagian tepi kek dulu then baru bahagian atas kek. Seeloknya pisau mengaising kek jangan diangkat angkat…..gerakkan di atas aising kiri kanan .. realitinya memang agak susah jugak…practise makes perfect….bila dah siap aising semua tu, celup pisau aising dlm air panas, lap airnya dan cepat2 sapu pisau tanpa terlalu menekan aising ke serata permukaan kek.,.satu kelebihan sbb bila kita melepa icing, icing tidak akan melekat pada pisau yg panas dan icing akan jadi lebih rata…..cuba dulu…tp utk teknik tu masa dah final touch up le…..InsyaAllah….tentu elok jadi nanti….

Spatula tidak menjadi hal samaada murah ataupun mahal….kalau yg sudah teror…guna pisau biasa pun boleh….yang penting semasa cara kita menyapu icing spatula jangan kerap diangkat….kena tolak kiri kanan sampai icing rata ikut petua, sebolehnya letak topping tu sebnyk2 di atas kek, then baru ratakan kiri kanan sampai habis….ingat mmg spatula x boleh angkat ikut suka…..sbb icing tu menarik serdak kek……..cuba lagi…..lama2 nanti biasa….

Yang menyebabkan cream berbintil2 adalah kerana memukul butter terlalu laju, putar butter/krimwell/shortening tu sampai gebu…tp hanya speed yg sederhana…..then masukkan gula icing sikit demi sikit…..sampai menjadi gebu/putih….. putar icing dalam speed yang sederhana tp biar lama tidak mengapa….cuma jangan terlaju ,nanti icing akan menjadi cair ” bubble ” dan permukaan icing tidak cantik dan tidak gebu ( smooth).

2 comments:

Baitul SMR said...

Subhanallah... very proud of you Najah. I didnt know you were doing bussiness.. Bitaufiq wa Najah! Thanks for sharing.. banyak yang Mar belajar. Hope to follow your footsteps.. :)

the author said...

salam mar, masyallah lama betoi tak jumpa. ingat tak kita satu group masa hari SRI?
saya jeles anda di geman sana. huhuhu. see ya around!

 
blog template by suckmylolly.com