thePencil.org Ar RaiYan: Fasa Terakhir...

Saturday, August 20, 2011

Fasa Terakhir...

salam,
kita sudah menghampiri fasa terakhir ramadhan. anda sedar tak? saya baru sedar. bukan tak sedar diri. tapi rasa macam kejap sesangat. dalam kesibukan aktiviti ramadhan, tup-tup sudah hampir ke penghujungnya. sekarang ni sedang berlangsungnya program 3R di Masjid Titi Tok Bandar, Kangar. saya tak terlibat sepenuhnya, cuma datang tolong hidang juadah berbuka untuk anak-anak remaja. sempat bertreawih di sana semalam, sangat best masjid tu. kak ibah n tasneem suka sangatla sebab masjid tu aircond. bersih ajer, pastu tak crowded sebab masjid nun jauh dalam kampung. Saif terlibat dan berkampung di sana hingga ahad ini. tapi kalo dia nak berkampung di masjid (iktikaf) hingga hujung ramadan ni pun saya lagi setuju. hihi.
yeah... kalini dia kata nak beriktikaf direct 10  hari di masjid. alhamdulillah, dalam hati yeay! sebab saya pun target nak speed untuk 10 hari ni. moga Allah perkenankan... amin..

alhamdulillah, program Tadarus dan Iftar Tunas Taqwa telah selesai. target 60 orang peserta, tapi lebih kurang 50 peserta. ok sangat tu. tambah ajk dan famili serta fasi ada kot 80 orang berbuka di surau Sek Ren Islam bebaru ni. meriaahh. best betoi. ni syok kalo join program anak-anak. fun.

cer cari dimanakah nusaibah? dan dimanakah ummi dia? hiks

No comments:

 
blog template by suckmylolly.com