thePencil.org Ar RaiYan: hmm?

Tuesday, August 16, 2011

hmm?

saya sedang memikirkan sesuatu....
semalam aisyah, adik ipar saya di UK ada reply message di fb. katanya back for good july on 2012. jadinya kalo nak ke sana, perlu sebelum tu la. hmm... khadijah di france pun akan pulang pada date mcm tu juga. rugi juga kalo diorang ada kat sana, kami tak pergi. sebab jimat sikit accomodation.huhu. kalo diorang balik, entah bila saya nak boleh pergi. lagipun saya bukan kawen dengan pegawai tinggi kerajaan yang selalu dihantar berkursus di luar negara. nak kemana-mana, kena guna duit sendiri la. ala... itu bukan satu kelemahan pun.hihi. kawen dengan bisnessman ok apa. cuma dia akauntan. rigid sikit. syhhhh

ya... saya perlu memikirkan sesuatu bagi memenuhi tabung UK-FRANCE supaya tidak mengganggu tabung untuk urusan haji. keduanya perlu berjalan serentak! mak aaai. kena lipatganda sales kek la gamaknya. have to think smart. tour europe merupakan salah satu dalam list impian saya, awal tahun 2012 maybe rumah kami siap sepenuhnya. lepastu nak kena isi barang-barang rumah. wah, tak kurang banyaknya nak kena spend money tu. boleh botak kepala memikirkan. masa sekarang ni di kepala saya hanga terlintas satu ayat, faiza azzamta fatawakkal alallah....

insyallah, di mana ada kemahuan, disitu ada highway!

mungkin boleh mula fikirkan projek-projek mega dari sekarang. tulis beberapa perkara. list down dalam buku nota kecik ni. yaa.... ada satu projek 6k harus disiapkan kertas kerja. harap agar projek ni boleh membantu untuk tabung travel ni. Lepas raya nak start siapkan paperwork. moga berjaya. amin. 

yah... mungkin suatu hari nanti dapat ke tempat aisyah di sini (thames river,london)
dan berpeluang bergambar di eiffel tower paris, di tempat khadijah....

faqa la ud'uu ni...astajiblakum!!


3 comments:

aida said...

kak, better pergi sebelum diaorang balik.. sebab kos accommodation kat sana quite expensive gak.. tapi ada gak budget accommodation macam youth hostel, budget hotel yang quite cheap jugak kalau book awal...

so kalau tak sempat ke sana tahun depan, insya Allah boleh duduk di tempat2 camni, itinerary pun boleh draw up dah..

Ummu Auni said...

letak priority yang mana dulu. kalau nak ke europe, pulun yang tu dulu. Rumah sambil duduk pun boleh beli perabot - biarlah beli yang menang beli & pakai (eh lupa peribahasa)

Mynie said...

alah membeli menang memakai hehe :)
semoga tercapai impian..

 
blog template by suckmylolly.com